Parut Selepas C-Sec???

Farah Waheda Wahid
28
Source Extracted from Google
Cita2nya dulu kalau parut tu teruk selepas C-Sec nak pakai Dermatix ni sebab ramai juga di antara kawan2 yang dah pakai review produk ni bagus untuk menghilangkan parut... Tapi, Alhamdulillah, parut iolss cantik ok uolss...(ahaks puji diri sendiri... tapi puji lepas orang pujilah... takkan sendiri nak nampak kot kesan kat bawah tummy tu??? tak ada kerja nak susah payah menengoknya...nak pakai cermin pun cam tak sesuai jer...ahakss)... Mama kata cantik dan halus garisannya dan macam samar2, my suami pun cakap benda yang sama... ooopsss...ter-obscene pulak...tapi nak terangkan sebenarnya tak ada intention nak melucah tak tentu hala... hu hu hu... 

So sedikit sharing pada mummy2 to be di luar sana ataupun yang dah jadi mummy yang bakal dan dah melalui proses C-Sec untuk kelahiran baby2 comel uolss... 

Kata orang luka pembedahan C-Sec selepas bersalin ni susah nak jaga. Banyak pantang larang yang mesti dipatuhi untuk memastikan lukanya benar2 sembuh. Luka pembedahan memerlukan penjagaan rapi sebab ia melibatkan luka dalaman yang sebenarnya mengambil masa untuk sembuh kembali. Yolah, uolss bayangkanlah 7 lapisan kulit kannn??? Kat luar might be nampak cantik tercantum, kat dalam tu sebenarnya takes time to heal ok???

Selepas beberapa bulan sembuh daripada luka pembedahan, kebanyakan mummy mengadu mudah berasa gatal di sekitar kulit bahagian dibedah. Is it normal??? Actually, kalau ditanya kepada mummy yang melahirkan anak secara pembedahan C-Sec, mereka mengakui merasakan kesan tersebut. Ok, iolss pun rasa, tahan jer gatal tu ok, tapi tak adalah gatal sangat pun, sikit2 jer... iolss tak berani nak mengarunya, jangan jadi kerja... nanti lain pulak jadi... muahahaha...

However, no worries jangan bimbang sebab ini adalah sesuatu yang normal yang dialami oleh mummy yang melahirkan anak secara pembedahan. Menurut pakar dermatologi di University of Cincinnati, apa yang dialami oleh mummy2 tersebut adalah kerana saraf2 yang terpotong ketika proses pembedahan mula bersambung kembali menyebabkan rasa gatal terasa ketika itu. Hew hew hew... 

Bahagian hujung saraf yang mula tersambung itu akan membentuk jaringan saraf seperti normal sehingga luka yang awalnya tidak akan terasa akan mula terasa seperti biasa. Kedengarannya rasa gatal yang dialami merupakan petanda luka pembedahan di bahagian dalam mula sembuh perlahan2... Alhamdulillah...yeayyy....

Selain daripada bahagian hujung saraf mula bersambung, bulu roma yang tumbuh di sekitar luka tersebut juga menandakan proses penyembuhan berlaku. Oleh kerana, uolss akan berasa sedikit terganggu dengan kegatalan yang dialami...Alhamdulillah tak..ok jer... pastikan menggunakan sabun mandi yang lembut dan krim hydrocortisone selepas mandi. Jangan terlalu menggosok kawasan luka tersebut. Ha ha ha, tak gosok pun, usap2 manja jer... tak berani nak gosok...seriau okkkkk???

Walaupun rasa gatal adalah normal, tetapi jangan dibiarkan jika sudah mencecah bulan keenam selepas kelahiran baby. Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ok noted!!!

Kredit: SINI

Post a Comment

28Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wahh boleh cuba nie ...
    Lya guna BIO OIL ok jugak Farah ..
    Anak2 kalau ader luka dan berparut Lya sapukan BIO OIL ok setakat ni
    Parut cepat pudar ...

    ReplyDelete
  2. dermatix? we had a dermatix too XDD
    for stretchmak eh? :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. stretchmark pun boleh kot? it's for marks lah for sure...

      Delete
  3. Dulu-dulu akak guna minyak zaitun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh minyak zaitun pun boleh ek kak?

      Delete
    2. Boleh farah..dulu-dulu mana krim @ minyak lain...

      Delete
  4. Assalammualaikum...

    isteri mselim3 guna minyak zaiton gak...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam mselim, wah dah 2 orang cakap guna minyak zaitun ni... nak cuba jugaklah...

      Delete
  5. takut juga kan, yerla, luar memang nampak ok jer, kena jaga betul supaya luka dalaman pun ok juga...

    saya due 14/6 ni kak..;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. luka dalaman kita tak nampak sebab tu nak kena jaga betul2... wah dah tak lama lagi... semoga segalanya dipermudahkan yer adik sayang...

      Delete
  6. wah...nak syor kat adik ipar la macam ni..

    ReplyDelete
  7. kakak shida kn farah..dah 3 anak..2 bersalin normal yg last tu bedah huhuu..mmg dia jga la.. :)

    ReplyDelete
  8. lya ada parut lama bekas pembedahan entah blh hilang lagi ke tak tu kalau guna nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. operate apa tu lya? cubalah mana tau berkesan caused dermatix memang for scars...

      Delete
  9. ai is tak pakai ape..punca utama is MALAS...hahaha..asyik lupa je nak sapu ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iolss my mum jer yang dok sibuk ingat babe...muahahaha...kalau tak ada alarm biological tu, rasanya lebih kurang sama gak kot... terlupa medang...

      Delete
  10. bersalin kaedah c-sec ni nak kena jaga betul2 kan farah...2 kali penjagaan berpantang lebih dari orang bersalin normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rata2 cakap macam tulah kak, tapi setakat ni Alhamdulillah bagi Farah tak susah mana pun....

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !