Kopi
Hebatnya kopi apabila ia bertindak seperti span kerana kemampuannya untuk menyerap bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Malangnya, kopi yang tersimpan di dalam peti sejuk akan mengurangkan rasa sebenar kopi dan uolss tidak lagi boleh menikmati minuman kopi arabica. Iolss memang taklah pernah nak simpan kopi dalam peti ais.

Tomato
Masalah utama menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah suhu sejuk yang boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik. Maybe uolss pernah melihat buah tomato yang menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya. Ia punca dari uolss menyimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.

Bawang
Sama seperti tomato, bawang cenderung untuk lembik dan berkulat jika tersimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Bagi bawang yang sudah dipotong, lapisannya tetap kering walaupun uolss cuba membugkusnya dengan ketat. Bau bawang yang kuat akan meninggalkan bau di dalam peti sejuk sama seperti bawang meninggalkan bau pada papan pemotong.

Madu
Meletakkan madu di dalam peti sejuk akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ia bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti doh sehingga menyukarkan uols mencedok madu keluar dari botol.

Avokado
Setiap kali membeli buah avokado, uolss mula mendapati buahnya sangat padat dan keras. Maka, ia memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang hebat. Tindakan uols menyimpannya di dalam peti sejuk bukanlah membantu buah avokado masak tetapi menghentikan proses matang kerana ia membeku.

Roti
Menyimpan roti di dalam peti sejuk bukanlah satu tindakan yang bijak. Elak menyimpan roti di dalam peti sejuk kerana ia boleh membuat roti keras dan berderai. Namun, masa yang tepat untuk uols menyimpan roti di dalam peti sejuk apabila ia sudah menjadi sandwich. Sandwich lebih lazat apabila rotinya keras dan liat pada suhu sejuk.Still tak faham kenapa ada orang suka letak roti dalam peti sejuk... heee...sebab my mum tak pernah buat and iolss pun tak pernah...

Ramai yang berpendapat peti sejuk adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya... Suhu sejuk dalam peti sejuk tidak semestinya menyelamatkan makanan uolss. Uolss sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata...kurang sedap!

Kredit: SINI