 |
Source Extracted from Google |
Tertarik pulak nak update entri pasal Aku Isterinya ni bila nampak
Cik Akak update pasal ni tadi...hik hik hik... Cliche tak tajuk??? Suka pulak iolss dengan tajuk slot akasia yang terbaru ni... As usual ini adalah adaptasi dari novel...Novel tulisan Acik Lana...
 |
Source Extracted from Google |
Sedikit sinopsis dari novel... (tengah perhati ni nak beli ke tak ni...ekekekeke)
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
2 tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sini membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan...cukupkah tempoh 2 tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Wah menarik juga ni... memang menarik... Tarikh siaran adalah pada 31 Mac 2014, drama 28 episod, hari Isnin hingga Khamis... masa 7.00 malam sehingga 8.00 malam... Para pelakon... Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifli, Eizlan Yusof, Marissa Jasmin, Mardiana Alwi, Siti Elizad, Shakilla Khoriri, Mohd Fazren.
Adakah adaptasi novel ni akan bom kebabom seperti Ariana Rose??? Nanti kita tengok feedback-nya ek???
Mesti bestttttttttttttt ;D hee
ReplyDeletepenampakkan gaya slot akasia kali ni cam biasa, banyak pergolakkan emosi ni...hik hik hik...
Deletelebih kurang tajuk -sebenarnya saya isteri dia
ReplyDeleteha ah, macam lebih kurang jer tajuk, tapi cerita dia berbeza...
Deletemcm best ja ni kan sis :D
ReplyDeletenampak2 gayanya macam best ni...
DeleteKaki novel dah tak de stok dear
ReplyDeleteCik akak tengah usaha gak nie hihi
biasalah cik akak bila nak keluar siri adaptasi novel kat tv, mesti berebut orang nak beli sebab nak tau cerita...hik hik hik... salah satu marketing strategy ni...
Deletewahhhhh..mcm best je ni kan
ReplyDeletenampak2 gayanya macam best ni dear...
Deleteuntuk peminat ; memang tak akan lepas peluang... tp jangan sampai dia suami kamu diabaikan scara tak sedar.. ;)
ReplyDeletebetul tu PCL... thank you for the reminder...
DeleteCam best ni :-)
ReplyDeletegaya2 macam best Mia...
Deletenampak menarik tu kak farah.. :D
ReplyDeletenampak2 gayanya macam tulah aiza...
Deleteooo yg ni ganti drama yg skrg ni. nak tgk lakonan izzue..hihi
ReplyDeletehope dramanya menyengat
anzalna pun bez gak
yelah tu kot? drama sekarang ni akak tak follow pun yumida...
Deletenovelnya akak ada,dah khatam dah hehe...tp drama ni ada Izzue la pulak...potong stim nak tgk...
ReplyDeletewah akak dah khatam bolehlah tanya ni... he he he
Deleteehem...tajuk macam kena jer kan....lihat la dunia..aku isterinya!!!!jadi ikutan plak citer adaptasi novel ni..makin lama makin hits...iolls dah ada dah novel tu dan dah tau jalan citer...macam biasa khatam 2 hari je...hehehehe
ReplyDeleteha ha ha ingat nak buat intipati lain tapi takpe chill dan perhatikan ajer dulu...
Deleteadaptasi dari novel..y kita tonton pulak meleleh airmata, emosi konon..hakikatnya mereka hanya berlakon..
ReplyDeletemasuk ke dalam perasaan kononnya giteww...
DeleteOoo sudah tukar tajuk.ka??tgk pun tau mesti best
ReplyDeleteha ah dia buat macam ariana rose tukar tajuk...
Deletetajuk dah nak dekat sama dgn SSID. hero pun sama jugak. adoiyy.. nsib baek sy minat.hahahaha
ReplyDeletemesti meletops cerita ni kot?
Deleteala..tak minat hero tu. hihihi
ReplyDeleteooo ros tak minat hero tu... he he he
Deleteakk baru beli novel ni, tapi ntah bila tahunnya nak baca...hhee... drama tak tengok sgt...
ReplyDeletemeh sini bak pinjam sat... 2 hari or sehari dah boleh khatam...
Deletedaripada sinopsis tu, mcm dah tak sanggup je nak tengok cerita yang bermain dgn perasaan mcm tu.. ehehehe
ReplyDeletekalau betul2 masuk ke dalam cerita sure leleh punya kalau part2 yang tacing...
Deletedah lama tak ikuti perkembangan macam nie...
ReplyDeletetakpe takpe farah tolong inform kak... he he he
Deletextau pon..kat tv bape tu...
ReplyDeletetv3 tapi belum start lagi...
Deletemacam menarik cerita ni..tengok dulu episod 1 nanti :)
ReplyDelete