 |
Source Extracted from Google |
Mak2 yang preggy mesti suka baca ni...hik hik hik...dulu masa preggy Ash, saya pernah buat satu entri di
SINI yang menceritakan jantina baby ikut petua orang dulu2... tapi kali ni berlainan sedikit... kita gabungkan dengan kaedah moden pula... *_^
Since beginning a preggy mummy being confirmed preggy, mummy2 and daddy2 sometimes berteka teki tentang jantina baby yang bakal dilahirkan. Pada zaman dahulu, maybe orang tua2 dan bidan memberi pelbagai petua dan menggunakan teknik tertentu untuk menjangkakan jantina kandungan. Umumnya, jantina baby akan terbentuk pada 8 minggu pertama kehamilan dan pada minggu ke-12, ia akan terbentuk secara sempurna. Dengan adanya bantuan teknologi, jantina baby dalam kandungan biasanya dapat diketahui dengan cepat dan tepat. Sementara itu, kaedah tradisional juga masih banyak dipraktikkan terutamanya oleh bidan dan orang tua2.
IMBASAN ULTRASOUND
Imbasan ultrasound merupakan
kaedah yang paling kerap dilakukan oleh ramai wanita untuk mengetahui
jantina bayi mereka. Pada kebiasaannya, jantina bayi boleh diketahui
seawal minggu ke-20 kehamilan selagi posisi bayi memberi gambaran yang
jelas. Selain mengetahui jantina, sebenarnya imbasan ultrasound
mempunyai fungsi yang penting dalam mengesan sebarag kecacatan pada bayi
seawal mungkin. Sekarang ni dah makin canggih uolss...bukan sekadar jantina baby tau... rupa baby ikut mummy atau daddy pun dah boleh tengok dari dalam perut...segalanya mungkin dengan imbasan ultrasound 4D dan juga 5D.. *_^... Siapa yang tak sabar2 dan teruja sangat tu bolehlah buat imbasan ultrasound 4D dan juga 5D ni... he he he...Iolss masa Ash 5 months dalam tummy mummy, scan2 jer terus nampak bebird dia...tak sempat buat 4D or 5D lagi, dah elok jer dia posing dalam perut tunjuk gender dia kat Abah dan Mummy... *_^
PERUBAHAN PADA KULIT WAJAH
Kata orang tua-tua, “anak lelaki akan memberi kulit yang cantik berseri,
manakala anak perempuan akan mencuri ‘seri’ dari wajah uolss”. Maka,
sekiranya kulit uolss menjadi bermasalah sepanjang kehamilan, mungkin
anda sedang mengandungkan bayi perempuan. Kaedah ini dikatakan agak
tepat kerana ia turut disokong oleh teori saintifik di mana wanita yang
hamil anak perempuan biasanya akan mempunyai lebihan hormon. Hal inilah
yang menyebabkan masalah muka berjerawat dan kulit kering atau kusam. Muahahaha...masa preggy Ash, mummy sangat malas pakai make-up, malas berdandan... sangat tak best masa ni... keluar rumah gi office or gi mana2 tanpa make-up....
KADAR DEGUPAN JANTUNG BABY
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit dikatakan akan mendapat bayi lelaki, manakala sebaliknya bagi bayi perempuan.
TAHAP LOYA DAN MUNTAH2 (MORNING SICKNESS)
Sekiranya uolsss tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal
kehamilan atau mungkin tiada langsung, anda mungkin mengandungkan bayi
lelaki. Ini kerana, hormon yang meningkat dengan kehadiran bayi
perempuan mungkin akan menyebabkan uolss berasa sangat loya dan sering
muntah. I guess, this one memang boleh pakai...sebabnya memang tak ada morning sickness langsung masa preggy Ash...
CARTA RAMALAN JANTINA CINA (CHINESE GENDER CHART)
Sungguhpun ia nampak agak
kompleks, namun ramai yang agak berpuas hati dengan ramalan daripada
carta ini. Ia mengambil kira umur wanita serta waktu atau bulan ketika
mula hamil. Iolss tak percaya pada ramalan2 ni, tapi my colleagues yang Chinese dok sibuk check-kan... diaorang dah bagi tau awal2 yang gender Ash ni lelaki...he he he...setakat dengar dan tengok jerlah chart tu... walaupunnn naluri memang dah bagi tau dah Ash lelaki... *_^
BENTUK PERUT
Sebenarnya kaedah ini boleh
dikatakan antara yang paling popular di kalangan keluarga, saudara,
serta rakan-rakan yang turut teruja menantikan kelahiran bayi uols!
Namun, ramai wanita yang berpendapat bahawa ramalannya tidak begitu
tepat. Ini kerana, posisi bayi boleh berubah dari semasa ke semasa.
Melalui kaedah ini, jika perut uols kelihatan bulat sempurna, ia
menandakan bayi perempuan. Manakala, perut yang melebar dan condong ke
arah atas dikatakan membawa bayi lelaki. Ini rasanya betul sebab, perut iolss memang macam lebar dan condong ke arah atas...he he he...
TABIAT PEMAKANAN ATAU MENGIDAM
Jika uolss gemarkan makanan manis
seperti coklat dan aiskrim, mungkin uolss mengandungkan anak perempuan.
Sebaliknya, jika uolss lebih suka makan makanan yang masin dan masam
seperti kerepek dan jeruk, ia mungkin bayi lelaki. Kaedah ini sebenarnya
amat meragukan kerana semasa mengandung, uols biasanya akan mengidam
pelbagai makanan – termasuklah makanan yang pelik-pelik! Oleh itu, tentu
agak sukar untuk menentukan jantina daripada corak pemakanan uols.
Lagipun, belum ada kajian saintifik yang menyokong teori ini.
Walaubagaimanapun, ia masih kerap menjadi bualan dan sering
diperkatakan. Ha ha ha, this one tak kot??? Sebab masa iolss pregnant-kan Ash, anti dengan nasi... nak makan western jer...lepas tu suka sangat cheese cakes...muahahaha....
GARISAN PERUT
Mengikut kaedah ini sekiranya garisan tegak dari bawah ke atas kelihatan
terang dan tidak terputus-putus, maka bayi dalam kandungan uolss
kemungkinan lelaki dan begitulah sebaliknya. Tapi iolss tak perhatilah pulak part ni...ekekeke...
Walaupun pelbagai teori telah digunakan sepanjang zaman, ramalan
jantina bayi masih belum ditentukan 100% walaupun menggunakan kaedah
teknologi yang tercanggih setakat ini. Kadangkala, sedikit perasaan
ingin tahu akan membuatkan kita lebih teruja semasa menantikan saat
kelahiran... ada juga parents yang tak nak check gender... diaorang nak surpriseeee... *_^.... Tapi kannn, macam saya selalu cakap pada diri sendiri jugalah dulu...tak kisah lelaki atau perempuan asalkan sihat, cukup sifat dan sempurna...Itupun dah syukur Alhamdulillah...walauuuu pada hakikatnya memang teringin gegirl supaya boleh pakaikan pink...muahahaha... tapi iolss redha dan terima jer...lagipun sayang Ash ketat2... *_^
KREDIT:
SINI
Assalamualaikum farah. hehe. nice sharing.. Syukur alhamdullilah.. untuk first pregnancy ni, tak kisah jantina apa pun. yang penting baby sihat walafiat.
ReplyDeleteHi farah! Morning morning..hehehe..actually, banyak ramalan yg tak sama dgn ketiga2 anak saya. Semuanya ada morning sickness yg agak teruk di awal2 kehamilan, kulit pun org lain ckp nampak berseri2 je, garisan kat perut pun nampak jelas. Hehehe. Tabiat pemakanan tu pun, lebih kurang sama je utk ketiga-tiga anak. Cuma anak sulung dan no 2, mmg langsung x boleh makan atau bau ayam. Yuckkkssss...confirm muntah! Yg ke-3 ni pulak, lebih suka makan seafood je. Semuanya ketentuan Allah kan, mana yg sama tu mungkin secara kebetulan je. Wallahu'alam.. :)
ReplyDeleteBila dh dua ank..kesemua tu tak leh pakai... Cuma ultrasound tu la blh diterima dan hmpir tepat... Apa2 sglanya ketntuan Allah jua..
ReplyDeleteassalamualaikum farah...wah perkongsian yg baik ni..;)
ReplyDeleteOoohh banyak juga caranya ye. Kenit tau melalui cara bentuk perut tu je hehe.
ReplyDeleteingt mu preggy lagi beb..hehehe.....
ReplyDeletedaku 3 org tiga-tiga x alah tak ape pun..semua same jek...
masa pregnant dulu akak mengidam daging rusa...camner tu...hihi
ReplyDeleteassalamualaikum kak.. thanks berkongsi info ni. mcm sy esok masuk 3month. even kecik lagi kadang2 gerak hati rasa macam bby sy ni kawan sejantina ash je.. hehehee..
ReplyDeletekalau baca apa yang tertulis tu mcm lebih pada lelaki. apa2 pun jnji bby dapat lahir ngan shat kan kak.. :)
Anak kedua nanti, nak boy ke girl? Hehe..
ReplyDeletennti sya h kwin n bini ada sya soh refer sini..ekekeke
ReplyDeletetime kasih kak atas info.. Fiza tunggu utk dpt pengalaman macam nie...
ReplyDeleteLepas ni nak kena baby girl utk akak, pastu abg eraz baby boy..lepas tu...lepas tu..lepas tu kakak sally, pastu abg sally...lepas tu...hihihi
ReplyDeleteperghh.. blog Farah ni memang akan dijadikan tempat untuk teman refer kalau ditakdirkan preggy nanti.. hu3
ReplyDeleteSekadar ambil tahu...mungkin berguna suatu hari nanti, InsyaAllah...
ReplyDeleteblom kawen tapi nak baca gak..hihik
ReplyDeletebentuk perut tu yg kelakar tu, can elah bentuk perut boleh tahu jantina...hehee... tapi kekadang kebetulan betul plak...
ReplyDeletemacam-macam cara ek.. tapi, tak tahu mana yang betul kan. Ros pun ada jugak dengar pasal tengok bentuk perut tu dari akak akak kat opis ni.. hihihi
ReplyDeleteye betul tu..msa ngandungkan anak lelaki lnsgung tak mabuk..sekali masa ngandung yg girl..alahai mabuk teruk
ReplyDeletetak kire lelaki or perempuan mesti tak sabar nak tengok baby keluar kan.asalkan selamat dan sihat dah memadai :)
ReplyDeletedah nk 7bulan ni..tapi tak tahu lg jntina budak tecit dlm perot ni..scan pun die kasik muntot je kat sya kak..hehe..nk serprise kot..:P
ReplyDeleteerm tanda tanda makan masam dengan masin dah ada. pastu takde muntah muntah. mesti teruja enche somi sebab erul nak baby lelaki hehehe
ReplyDeleteSaya pulak..tiap kali pregnant semua lain...tp semua lelaki..huahuaaa....
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips dapat anak lelaki.
ReplyDeletesaya sedang preg 5month... masuk ank ketiga.. dua perempuan..yg turn ni x mau scan jantina dia..hehehe dug dap dug dap....tq sharing...
ReplyDeletesy x scan lg.kadang teringin jugak nak tahu jantina baby dlm perut ni..excited anak 1st kan.tapi ape pun x kisah la anak lelaki ke prmpuan.yg penting sihat dlm luaran.syukur alhamdulillah
ReplyDelete