Tips Tapak Tangan Halus....

Farah Waheda Wahid
16
Source Extracted from Google
Siapa kata kalau sibuk dan asyik buat kerja rumah tapak tangan tak boleh jadi halus dan lembut??? Ok oleh itu, sila abaikan statement2 di luar sana yang mengatakan kalau tapak tangan seseorang tu halus (yang perempuanlah)... sama ada dia tak pernah buat kerja rumah atau tak tau nak buat kerja rumah...eh... tak semestinya tau, sebab kita ni kan kaya dengan tips2 kecantikan bagaimana untuk repair keadaan sesuatu tu... So tak mustahil, walaupun tapak tangan orang tu halus atau lembut dia tak buat kerja rumah yer??? Kalau berjaga kecantikan, kesihatan dah tentu ler halus atau lembut...tapi yang tak jaga tu yang jadi kasar tu.... hu hu hu... Tak jaga ni pulak ada pelbagai sebab...ada yang tak jaga sebab memang malas, ada yang tak jaga sebab tak ada masa, ada yang tak jaga sebab tak tau macam mana nak jaga...ada macam2 kategori ok uolss...jadi jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman kepada seseorang...wakakakaka... *_^

Yang bakal2 nak bertunang ke, nak kahwin ke pun kena ambil perhatian ni...takkan nak biarkan orang rasa jari jemari kita kasar masa sarung cincin kannn??? Tak divalah... and malulah iolsss...he he he..oleh itu, kalau nak tapak tangan halus dan lembut apa kata cuba ni???
  1. Ambil 1 camca besar minyak zaitun dan 2 camca besar gula pasir.
  2. Cuci tangan terlebih dahulu dengan sabun dan keringkan.
  3. Campurkan minyak zaitun dan gula pasir pada tapak tangan.
  4. Gosokkan sebagaimana mencuci tangan dengan sabun.
  5. Biarkan beberapa minit dan kemudian bila dengan air suam.
  6. Uols akan dapat rasakan tapak tangan uolss lebih halus daripada sebelumnya.
Selain cara kat atas ni, uols juga boleh menghaluskan tapak tangan dengan menggunakan kulit pisang, avokado, kentang dan limau nipis.

PISANG
Ambil kulit pisang dan gosokkan pada tapak tangan. Amalkan selalu sehingga tapak tangan uols halus. 

AVOKADO
Ambil sedikit isi buah avokado. Oles dan gosokkan pada tapak tangan. Lakukan beberapa kali. 

KENTANG DAN LIMAU NIPIS
Untuk menghaluskan tapak tangan dengan menggunakan kentang dan jeruk nipis, ambil kentang yang telah diparut, gosokkan parutan kentang pada tapak tangan. Biarkan setengah jam, kemudian bersihkan dengan jus limau nipis.

SUMBER: SINI

Pisang, avokado, kentang dan limau nipis tu iolss tak pernah tau dan tak pernah buat, tapi 6 step kat atas tu gunakan minyak zaitun dan gula memang iolss selalu buat... Biasanya akan buat dulu macam tu, 2 kali seminggu, weekend lah pun.... hari biasa mana nak sempat.... dan lepas tu iolss akan pakai hand lotion...hand lotion iolss pakai jenama Vaseline... oh Vaseline di hatiku.... muahahaha... *_^ 

Yang mana2 rasa nak mencuba tu, selamat mencuba yer... *_^ ..Lelaki pun boleh apa salahnya...eh ada tau lelaki tapak tangan diaorang halus dan lembut lebih dari perempuan...jeles iolss tau...ha ha ha... tapi bukan jiwa lain yer...jenis yang masculine ok??? Ini yang dinamakan lelaki bergaya metroseksual...la la la la...

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahh bagus la akak..mmg tapak tgn slalu kasar klau basuh pinggan =) thanks!!

    ReplyDelete
  2. tak nak lah cik gune avokado...sayang...pebret cik tu...kohkohkoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. avokado tu sedap kan cik??? macam lemak2 jer rasa dia...

      Delete
  3. ehhh nak cubala..kulit tangan kita ni mcm kesat jer sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah cuba jangan lupa share pengalaman yer lya... ^_*

      Delete
  4. sambil memasak sambil lembutkan tangan..bahan semua dh ada ni.. =)

    ReplyDelete
  5. tangan akk memang dah halus dah...hahaaa...over...

    yg paling senang try ngan kulit pisang lah...hheee...

    ReplyDelete
  6. Biasa pakai losyen jer...dah lama tak guna petua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. losyen tu farah tak pernah tinggal... up sikit dengan petua ni...

      Delete
  7. ok...malam ni jugak nak try....thanks for sharing dear =)

    ReplyDelete
  8. Selain tu guna serbuk teh yg telah digunakan setiap kali bsuh tgn...

    ReplyDelete
  9. nice tips.. boleh diamalkan bagi yang memerlukan :)

    ReplyDelete
  10. macam² cara boleh kan..rajin amalkan inshaAllah dapat tapak tangan halus :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !