![]() |
Source Extracted from HERE |
Amboi kemain lagi akak kan uolss...mentang2 peminat kental Sugarscarf ... hari tu review collection mereka di SINI dan hari ni nak kongsi pula dengan uolss tentang tips pilihan tudung..Bukan apa, kadang2 kita ni orang perempuan pening juga kepala nak matchmaking-kan tudung dengan attire ye tak??? Kadang2 memang rasa boring rotation yang sama jer, kadang2 tu disebabkan tak ada yang match, kadang2 tu memang tak reti... ha ha ha... tapi honestly iolsss memang suka buat colour blocking... Colour blocking techniques again boleh refer di SINI dan iolss minat colour2 yang bright dan tak suka colour2 yang kusam... hot mummy macam tulah kan??? Ahakss..hot sangat ker??? Sila muntah rainbow dan roll your eyes tanda meluat... muahahaha....
Secara asasnya pemilihan tudung perlulah mengambil kira beberapa faktor penting seperti fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian. Uolss haruslah bijak menggayakan tudung mengikut kesesuaian supaya uols tidak menjadi mangsa fesyen yang pelbagai sekarang ni.... sangat tak sesuai ok kalau jadi mangsa fesyen, kesian pun ada... hu hu hu...
Tips 1
Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas, kain kasa (bawal), jojet, lycra, jersey dan chiffon. My fave adalah chiffon, cotton, lycra...
Tips 2
Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos. Yang ni jaranglah, iolss tak berapa gemar tudung berbunga2 besar atau bercorak2 bunga ni...
Tips 3
Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling SIKIT di baju uols...
Contoh: Kalau warna pink paling sedikit di baju uolss, pilihlah tudung warna pink ok???
Tips 4
Untuk uols yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender, dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.
CAREFUL!!! elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Tips 5
Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang sedondon. (colour blocking peeps!!! woot woot...)
Tips 6
Elakkan pemakaian tudung berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan uols kelihatan lebih berusia. Oh no!!! Memang tak minat warna2 kusam...
Tips 7
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti pink, kuning dan biru.
Tips 8
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah uols kelihatan penuh dan tidak terurus.
Tips 9
Bagi uols yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah lebih segar.
CAREFUL!!! Tudung berwarna pink akan membuatkan uols kelihatan pucat. I mean mungkin apa yang dimaksudkan pink lembut kot. Iolss suka electric pink...he he he... Fresh giteww...
Tips 10
Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan uols kelihatan lebih cerah dan terang.
CAREFUL!!! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah uolss tidak kelihatan kusam.
Tips 11
Pastikan tudung uols dikemaskan di bawah kerongsang selepas dipinkan tudungnya. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.
SUMBER: SINI
Hopefully, tips2 ni dapatlah membantu seadanya. ^_*
kita suka warna yg cerah2 ceria
ReplyDeletelya serupa dengan akak... tapi hitam tu satu kemestian, yang plain punya...
Deletesalam..
ReplyDeletewahh bg tps dier..hehe thanks ye! ^_^
he he he, sama2 kita berkongsi tips yang menarik... my pleasure yaya...
DeleteSy smst tudung bidang besar je.. Klu shawl pun sama.. Besar n x jarang tpi kain lmbut...
ReplyDeletekalau maria memang akak dah faham sangat... heee... ^_^
Deletebagus tips pilihan tudung ini.. aiza suka warna cerah..
ReplyDeleteakak pun suka bright colours...
Deletewahh banyak tips akak ni..good! boleh diaplikasikan nanti :)
ReplyDeletesharing what is necessary and beneficial to each one of us... *_^
DeleteAkak suka warna lembut...kadang2 main belasah jer pakai..
ReplyDeleteAkk suka kaler kaler gelap tp berseri.
ReplyDeletebab kaler ni akak ikut mana yang padan dengan baju... cuma pesen tudung je yg berubah.. adakalanya suka bawal, kekadang shawl dan sekarang ni lebih pada tudung sarung sebab mudah...
ReplyDeletebanyak tips ni kak..
ReplyDeletetudung banyak tapi dok ulang pakai yang sama jugak..
skun ni k.el suka pakai wide cotton shawl ritu dah beli byk ms online hahaha
ReplyDeletetp k.el skun nak try chiffon wide cotton shawl pulak..tp bukan hat jarang tu..jenis licin ape ntah org pggil huhu
sy suka pakai tudung bunga2 yg kecik2 tu kalau nak padankan ngan jubah plain. nampak cantik :D
ReplyDeleteNice......tp ayut suke kelabu..haha.nmpk brrusia la gamaknya driku....
ReplyDeletejarang pakai yang colour block... kak mia selalu pakai warna yang dark atau yang lembut2..
ReplyDeleteErrrmmmm... Perkongsian yang baik untuk semua wanita bertudung di luar sana..
ReplyDelete