Rahsia Saya Kekal Tersenyum & Ceria!!! ^_^

Farah Waheda Wahid
35
Source Extracted from Google
Mulakan hari uolss dengan ceria dan juga senyuman... Good morning!!! ^_^... Inilah dia Cik Puan Bubbly yang uolss kenal melalui tinta maya selama ini... Sentiasa ceria dan I want uolss to feel the aura and the vibe whenever that you drop here!!! I want uolss to mark Bubblynotes with the positive aura and dust out the negative aura... 

Tak pernah ada rasa kecewa??? sedih??? negative??? atau berduka ke Cik Puan Bubbly??? Well, saya juga manusia biasa seperti uolss, tapi saya tidaklah menjaja secara eksklusif setiap butir kekecewaan, kesedihan, negativity atau kedukaan di Bubblynotes atau di mana2 media sosial... Ada tak ada, sometimes di FB, itupun kalau terasa diri dipijak2lah...ekekeke... but for unnecessary patty2 things I chose to ignore, sebab prinsip saya, those patty2 things juga ignore sebab akan menyesakkan kepala sendiri sahaja dan sekiranya berkaitan dengan sesiapa pun, I don't entertain low IQ people, cause I do not want to be one...oopss sorry it may sound so improper or not so nice to read or hear...but that's me... I chose to lead my life happily... 

Yupp, to certain people mereka akan berkata, senanglah bercakap kerana tak ada di sesuatu tempat itu atau tak merasa sesuatu perkara itu... but then, kalau iolss buka kitab sejarah perjalanan hidup iolss, trust me, you would not even want to go through either one of it...dari zaman habis study sampailah present... and if iolss buka kitab tu, uolss tak akan sangka, wowwww.... that much pain you are going through... well, let's forget about it, as I am not interested to share it exclusively here... Every one and each one of us ada rahsia kepahitan hidup tersendiri ye tak??? Just that, if uolss know the story of my life from deep within, from A to Z... not only the present situation and condition... uolss would say, how do I manage to stay happy and smiling???

Well, actually there is no secret atau petua yang khusus. Sentiasa senyum dan ceria bukanlah bermakna hidup saya sentiasa berjaya dan bahagia ok??? Sama seperti orang lain, saya juga tidak dapat lari daripada ujian hidup. Ujian hidup tu kan asam garam kehidupan, tapi ujian itu biasa dalam hidup. Ujianlah yang menentukan sama ada kita bersedia untuk terus menghadapi hari2 mendatang ataupun tidak. Ujian jugalah yang mematangkan kita di dalam membuat sesuatu keputusan.

Ujian bukan barrier untuk kita kekal senyum dan ceria. Sebaliknya dengan senyuman dan keceriaanlah kita akan mampu menghadapi ujian hidup. Tak percaya??? If uolss ditimpa masalah atau musibah, memang biasalah tu uolss akan susah hati dan ada waktu2nya uols akan menangis kann??? Eh, I do tau, I ni minah leleh juga. Sikit sikit nangis, sikit sikit nangis...Muahahaha... 

The question is, apakah dengan bersusah2 hati dan menangis itu akan menyelesaikan all the problems that we are facing??? Dah tentu2 jawapannya NO kannn??? Malah, tangisan dan susah hati uols akan menambahkan bebanan masalah yang uolss sedang hadapi. The other way, if uolss senyum dan ceria, In Shaa Allah segala bebanan yang uolss hadapi akan dapat dikurangkan secara perlahan2. Why? Uolss tak akan dapat berfikir dengan waras dan rasional dalam keadaan diri uolss yang tidak tenang. Ketenangan masih boleh dirasai jika uolss menerima segala ujian dan masalah dengan berlapang dada. Caranya adalah tetap kekal senyum dan ceria. 

Saya bersetuju dengan satu artikel yang saya baca di SINI kerana apa yang dibincangkan adalah apa yang saya pegang selama saya hidup di muka bumi Allah SWT ini... yang mana uolss dapat lihat saya yang sentiasa kekal tersenyum dan ceria... 

Paling penting, uolss perlu menyediakan diri uols untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah tersebut. Masalah tak akan selesai jika uolss melarikan diri daripadanya. Masalah hanya akan selesai apabila uols berusaha untuk menyelesaikannya. Memang susah. Memang payah. Ada masanya perit dan mengecewakan malah melukakan. Tapi trust me, bila uols menerima setiap yang berlaku di dalam hidup sebagai ujian, uols akan tetap boleh kekal senyum dan ceria. 

Prinsip atau pegangan untuk kekal tersenyum dan ceria...

KENAPA AKU DIUJI???
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengataklan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM2KAN???
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI???
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA???
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139.  

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA???
"Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI???
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." - Surah At-Taubah ayat 111. 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP???
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadan-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." - Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
 ".... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." - Surah Yusuf ayat 12.
   
Well, hidup ni memanglah ada ujian dan cabaran, cuma bentuk ujian dan cabaran seseorang itu tidak sama dengan yang lainnya, siapa kita untuk mengukur tahap ujian atau cabaran seseorang itu, dan apabila ditimpa musibah, siapa pula kita untuk mempersoalkan??? Seperti ayat yang saya selalu ingatkan kepada diri saya, who are we to say NO when Allah say YES??? Betul tak???  

And the other thing that makes me able to still smile and be happy is that, I don't really give an attention to those things that makes me sad or angry or what sort of ever feelings of negativity... I monitor and try to solve but I don't make it as the center of my life... Kalau tidak apa pun tak boleh... Kalau dah tak boleh solve sangat tu, lantak pi lah kat tepi tu nak jadi apa pun... I have a life to live, I have my own family to take care of, my career and my ambition to pursue... Those things if I make it as center of my life will only jeopardize the good things awaits ahead. So I've decided, to live life happily and move on... Smile and happy... 

So peeps, whoever needs this piece of motivation... keep smiling and be happy... In Shaa Allah.. Allah will always be with us and Allah knows what's best for each and every one of us... Setiap sesuatu yang berlaku tu bukan sengaja berlaku tetapi bersebab... looks on the positive side, didik hati dan berlapang dada... In Shaa Allah, you'll find the peacefulness that you are searching for...hidup kita ni kalau tak positive, tak didik hati dan tak berlapang dada... sampai bila punlah takkan jadi apa2... so move on yeah peeps!!! Don't let the sadness, hurtfulness, frustration control you, drag your emotions and destroy all the good things!!! *_^

Post a Comment

35Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. selalu happykan diri sndiri fikir perkara2 yg positif walaupun sebenarnya hati penuh dgn macam2..hanya trsenyum

    ReplyDelete
  2. yup..keep smilling walau pun hangin kat org uk cerita politik kat sini..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tak minat nak dengar kannn? senyum jer wat dono...

      Delete
  3. pagi-pagi baca blog dah dpt inspirasi. good sharing. semua org ada kenangan pahit tp tak semua patut dikongsi.lebih baik kekal ceria dan lupakan apa yg telah berlaku. =)

    ReplyDelete
  4. Terima.ujian dgn senyuman dan syukur dan fikir Allah syg kita..kita pasti tersenyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu maria itu yang akak selalu buat... dan thanks untuk nasihat maria juga pada akak... ^_^... love you adik...

      Delete
  5. Smile alwayssss.... (^_______^)
    Hihihi....suka duka pahit manis, hidup perlu diteruskan. Yg penting kita sentiasa dikelilingi orang2 tersayang ♥♥♥

    ReplyDelete
  6. Kak Farah... thanx untuk entry ni.. Ros baru je terasa hati pagi tadi.. hahhaha.. baru je luahkan perasaan tadi.. ni bila baca balik entry kak Farah, terus rasa semangat! ok, Ros nak positif je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa kalau perlu luahkan luahkan ros, tapi pandai2ler mengarang ayat yer...he he he...

      Delete
  7. thnks kak farah untuk entry ni...terima dan redha dengan ujian Allah beri kepada kita..yang pasti Allah sayang akan hambaNYA... keep smile :)

    ReplyDelete
  8. good sharing. betul tu. kalau difikirkan, boleh jadi meroyan. so sentiasalah senyum dan tabah dalam mengharungi perit jerih kehidupan kerana dengan senyuman akan menjadikan diri kita semakin kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi sebelum meroyan eloklah kita elak2kan dari jadi meroyan... ^_^

      Delete
  9. sedih2pun kena buat2 happy ler kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu kak KA...sedih cam mana pun kikis perasaan tu jauh2...

      Delete
  10. its too long to share kan dik...memang if kita x berada di tempat tu kita x rasa..for me simple...our life is not complete if tidak di uji...cuba berada kat tempat akak plak...status macam akak kan...cuba la...baru la rasa susah senangnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, kalau nak suruh orang faham memang orang takkan faham dan takkan nak faham, kadang2 tu ada yang faham tapi buat2 tak faham..wakakakaka... katanya sengal...

      Delete
  11. yup kak..setiap orang memang akan ada masalah..depends plak masing2 nak settle camaner..
    kadang baca blog ni banyak dapat inspirasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama da dengan cara bijak ataupun kurang bijak gitewww....

      Delete
  12. smile selalu.hidup bahaggia.hehehe

    ReplyDelete
  13. betul tu, cerita sedih tak kan nak jaja publicly...sikit2 ok lah... lebih baik ngadu ngan Allah...

    setiap kali diuji, akk pujuk hati kata Allah uji sbb nak kita lagi dekat dengan Dia...

    ReplyDelete
  14. suka berkias kalau dah tak tahan sangat nie....tapi kalau dah dipijak-pijak...it's too much...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah dipijak2 Farah ni masih berkias lagi, tak suka nak aibkan orang, tapi sesetengah orang tu, memang seolah2 suka nak aibkan diri sendiri dan orang lain... pelik dengan perangai manusia ni...kadang nampak macam cerdik, tapi entahlah....

      Delete
  15. yea..morning dear...I like this..ceria as always...kalau kita ceria semua benda jadi mudah coz mood kita facilitate the whole things..kalau stress alamat banyak benda yang jadi susah..yang senang pun boleh jadi susah..so keep bubbling k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure dear I will keep on bubbling here... with the positive and cheerful vibe as always... *_^

      Delete
  16. in sha Allah..itu semua Qada' & Qadar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimalah Qada' dan Qadar dari Allah SWT dengan berlapang dada kan Mar???

      Delete
  17. kalau Lissa, sedih tuu selalu.. selalu negative thinking. hehe tapi lepas puas meratapi nasib *tragis sgt. haha* baru fikir positif balik. ^^ Nice, post kak. lain kalii kalau sedih Lissa baca balik post akak nii. baru dapat power up balik. haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lissa, lain kali kalau sedih datang sini balik tau...happy pun datanglah jugak...he he he...

      Delete
  18. bertabahlah dan senyum hadapi segala ujian :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !