![]() |
Source Extracted from Google |
Rahsia Di Sebalik Percutian.... *_^
Uittt, ada rahsia2 pulak??? Muahahaha... jangan tak tau cuti pun ada rahsia tau... Rahsia apa ni??? Bukan rahsia iolss bercuti yer... or planning for holiday yer... kalau ada nanti taulah sendiri... *_^... Yang penting buku merah tu kena renew dulu... hu hu hu, rasanya dah nak tamat tempoh dah buku merah tu...
Sekadar perkongsian pembacaan di SINI, dan pemilihan tempat percutian ni dikatakan boleh berkaitan dengan personaliti tau... cuba2lah check it out, mana tau kot kot ada yang memang kebetulan sama dengan personaliti uolss???
PULAU
Keindahan dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang suka ketenangan. Ok, Pink Panther suka pulau. Mereka bijak mengawal emosi. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa sensitif dan mudah tersinggung. Memang pun Pink Panther cam tu.... Perwatakan lembut dan ramah sering membuatkan orang sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Bagaimanapun mereka bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati2 membuat keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya. Hurm, tak taulah kebetulan atau memang fakta, tapi Pink Panther memang macam ni sikap dia. Tapi iolss tak adalah terjatuh cinta dengan Pink Panther, pangkat bapak kotttt??? Lagipun, I love my husband-lah...muahahaha...
BANDAR BESAR
Ada yang berpendapat percutian di bandar besar mampu memberikan
kepuasan maksimum dan eksklusif. Mereka memiliki keyakinan diri yang
tinggi dan optimis. Kadang kala agak keras kepala dan sukar menerima
pandangan dan pendapat orang lain. Soal kewangan juga harus dipandang
serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara tidak
berfaedah. Mereka tidak serius dan takut pada komitmen apabila
membincangkan topik berkaitan cinta. Orang sekeliling juga perlu
berhati- hati kerana mereka dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan. Ooopsss...muahahahaha... (ada lettew... tapi bukan iolss ok???)
TAMAN TEMA
Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup
menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di
destinasi taman tema pilihan. Mereka juga memiliki ramai teman dan gemar
menghabiskan masa di luar. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka
individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi
faktor ramai suka mendampingi mereka. Mereka sukar untuk serius,
bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu ini dikatakan
seorang yang tabah dan rela berkorban, khasnya untuk kebahagiaan
pasangannya itu.
KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah lokasi utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa
patriotik. Mereka mempunyai jiwa yang sukar ditafsirkan dan
dimengertikan. Dari segi penampilan, mereka lebih gemar berpakaian
ringkas persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan sederhana.
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadang kala membuatkan pasangan
tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri
mereka yang sebenar. Lazimnya mereka gemar dimanjai walaupun kadang kala
mereka terlalu sukar untuk mempamerkan kasih sayang pada pasangan.
GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menghabiskan masa di kawasan hutan
antara saat paling indah bagi mereka yang berminat dengan aktiviti
lasak. Mereka amat berfikiran terbuka dan berdikari. Tidak hairanlah jika
mereka bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan. Pastinya
mereka ini bukan seorang individu yang membosankan. Mereka gemar
percintaan berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan
kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa. Bagi mereka yang
tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan
terluka.
Ha ha ha, agak2 yang mana satu uolss??? Ini sekadar untuk suka2 jer...kalau ada pun mungkin kebetulan kannn??? *_^
Terimakasih telah membaca artikel Rahsia Di Sebalik Percutian.... *_^. Jangan lupa share ya
Share
31 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
salam farah, sy n family lbh suka pilih pulau dan tempat2 yg semestinya ada pantai utk bersantai..
ReplyDeletep/s ; sesekali melanconglah agar dapatmenyegarkan kembali suasana hidup dan dapat menyaksikan keindahan baru negara-negara lain. Melancong juga punya nikmat yg tersendiri...
kali terakhir bercuti tahun 2012... he he he... honeymoon di Simila Beach, Songkhla, Thailand
Deletesuka pulau sebab ada pantai..ehek
ReplyDeletepulau memang best yang tak bestnya sun burn tu...
DeleteAdoi la ni rasa takut dengan pantai laut ni, kulit tu tak tahan, kalau dulu macam best ja nak jadi orang putih bersantai tengah panas, ni satgi rentung, tak best la kan hehe. Nak pi bandar2 nak tengok Tuhan kurniakan brains for men to build cities yang menarik.
ReplyDeletememang betul kak part kulit kena sunburn tu yang tak tahan...
DeleteSuka pulau dan pantai jugak...
ReplyDeletepakai sunblock banyak2 heee....
Deletesuka pulau. last time g pulau tahun 2008
ReplyDeleteapa kata tahun ni zam plan pergi pulau?
Deleteleyla suka pulau . tenang dan lagi best sebab pantai . personaliti pantai tu mcm same je dengan leyla . hehehe.
ReplyDeleteadakah kebetulan ataupun fakta tu? he he he
Deletehutan ahkak kurang sket..nyamuk. (ngader tak bunyinya..hehe) dok d bandar pon kena denggi...heheee
ReplyDeleteahkak suke sume..tapi paling suke pantai..romantik rasanya tgok matahri terbenam,
gunung ganang..tempat yang tenang, nyaman..relax dan ade aktiviti..cam tepi sungai ke..air terjun..tempat yg sejuk2 ..
selain itu kalau aktiviti biasa suke bandar sebab paling suke w/shopping dan shooping..kalu bercuti di bandar kewangan adalah perkara utama.. hah..mmg kena kuat iman...
sng ceta semua suke arr..
ada satu dia tak listed yang farah suka iaitu tanah tinggi yang sejuk... erk masuk kategori gunung ganang ke tu?
DeletePerkongsian yang menarik ni mummy ash..PC ikut budget la..tp suka yang ada pantai dan alam semula jadi ori..
ReplyDeletememang betul PC, cuti ni ikut budget barulah berbaloi....
Deleteprefer yg ada pantai... hehehe
ReplyDeletewah ramai yang suka pantai ni...
Deletetaman temaaaaaaa lagi best! heee
ReplyDeletetaman tema pun akak suka amal...
Deletesuka pulau dan pantai. tenang je rasa. hehe
ReplyDeletederuan ombak yang menenangkan.... he he he
Deleteaci tak nak yang nombor satu tu kak? hehehe
ReplyDeleteaci anim aci... he he he
Deletebiasanya yang duk tepi pantai akan bercuti dibandar2 besar,begitula sebaliknya
ReplyDeletebetul juga tu kak tie...
DeleteKita pun sama dear..pulau is always my first choice. Then shopping, shopping..& shopping..He..he.
ReplyDeleteshopping itu my fave too.... *_^
DeleteNice sharing...
ReplyDeletekalau Ros, semua tempat pun suka.. asalkan gi bercuti.. hihihi
ReplyDeletekalau boleh semua pun nak.tapi kena tgk keadaan cuaca dan kesuaian tempat jugak :)
ReplyDelete