 |
Source Extracted from Google |
Semalam during lunch hour my suami called me up to inform yang program catuan air di seluruh Selangor akan bermula hari ni. Dia kan kerja dengan air...he he he... dulu iolss pun kerja dengan air juga, dah kahwin I make a move, takkan iolss nak kerja satu department dan jadi head of department pada my suami pulak??? Sangat tak sesuaiii, nanti orang kata iolss pilih kasih especially bila part appraisal...muahahaha...karang kalau my suami dapat bonus 4 bulan orang keliling mengata pulak...tak adil-lah, pilih kasihlah itulah inilah... jadi seelok2nya I make a move setelah dipersetujui oleh kedua2 pihak...Jadi halnya kalau berkaitan dengan air ni memang cepat sikit sampai ke pendengaran iolss...wakakakaka..cuma tak berani nak buat statement di blog semalam, karang kena saman pulak iolss selagi tak ada press conference yang sah ye tak??? Bukan iolss kerja situ lagi... Muahahaha.... tapi kalau apa2 hal my suami and my ex-colleagues memang akan cepat2 halo halo inform...
Bukan apa, suami risau sebab ada baby kat rumah. Yelah bila ada baby ni kalau tak ada air kan payah??? Bukan setakat baby jer, dengan mak2 baby dengan bapak2 baby sekali masalah ye tak... Orang kata biar tak ada elektrik jangan tak ada air...Pheww, nasib baik rumah iolss tu landed property, kalau jenis bertingkat teringat semasa krisis air tahun 1997 tu...walaupun duduk ground floor di apartment rumah lama di AU3, tapi nak mengangkut air dari tanker SYABAS ke rumah tu memang sengsara iolss tengok mama dan papa...masa tu iolss sekolah lagi... Sibuklah my suami tanya, rumah ada bekas nak simpan air ke tak, cukup ke tak... concern tu... yelah anak dia kat rumah kannn??? Sebab katanya, catuan air tu programnya lebih kurang cam ni... 2 hari ada air, 2 hari tak ada air... so pandai2lah nak menyimpan air ye tak???
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan
program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi
menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan
sejak 7 Feb lepas.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan
air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.
"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat
bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan
selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya.
"Sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air
sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu masa yang kita
rasa sesuai untuk hentikannya iaitu apabila musim hujan bermula,
dijangka akhir Mac," katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan
penjawat awam di sini Isnin.
Beliau berkata program catuan air
dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri
ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya
musim panas terus berlarutan.
Abdul Khalid berkata jika musim
hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan pihaknya akan
memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk
tindakan selanjutnya.
Beliau berkata menerusi program catuan
itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis
terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan
dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.
Tambahnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa
tempatan di kawasan yang teruk terjejas bekalan iaitu di sekitar loji
Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi untuk mencari jalan terbaik membantu
meringankan beban masyarakat yang mengalami kekurangan bekalan air.
Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan air
sewajarnya dan menyimpan air mengikut keperluan bagi mengelak kekurangan
bekalan selain mengurangkan aktiviti yang boleh membazirkan bekalan itu
dalam keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang.
*Rasanya it's better ada catuan air dari tak ada air langsung ye tak??? Uolss yang duduk di Selangor dan dalam kawasan2 yang terlibat ni, eloklah bawak2 tadah air dan simpan air yang secukupnya, nanti sendiri yang susah ye tak??? Dan ini semua adalah bagi mengelakkan kita semua mengangkut air dari tanker SYABAS ke rumah masing2...sakit badan oo...iolss dah tentu2 lah tak boleh angkat berat sebab tummy baru lepas potong kannn??? Siapa nak ngangkut??? Takkan nak suruh mama atau papa pula... jawabnya , sediakan payung sebelum hujannn..... Nak gurau sikit...ada yang tak mandi pagi ke pagi ni...hik hik hik... *_^
kena standby air siap2. huhu. sy ni dah la duduk tingkat 4. baru naik tingkat 2 air dalam baldi dh tinggal suku dh. huhu
ReplyDeleteakak faham perasaan tu aisya...sangat sengsara kannn??? badan pun sakit2...
Deletekenalah buat simpanan air dari sekarang,nanti takdelah putus bekalan air bersih...2 hari tu takde air...agak penat skit lah kan..harapnya ini untuk sementara...berdoalah hujan akan turun dalam masa terdekat nie..
ReplyDeletekatanya sampai akhir Mac...entahlah kak eda, semoga masalah air ni cepat selesai....
Deleteakak pon lagi ada tong isi air..subuh lagi dah letak nasi...nak mkn luar time air xder nie mmg segala2 nya nk d pikir...:P
ReplyDeletememang kak macam2 benda yang nak difikir bila bercakap pasal air dan tak ada air ni....
Deletemasalah lagi ni babe.. adoiiii susah lah nak berak macam ni =(
ReplyDeletesimpan air siap2 babe, tadah air...he he he...
DeleteNasib baik dapat en hubby kerja SYABAS...apa2 maklumat mesti la dapat kat isteri dulu kan...thanks adik sebab info ni...walau kawasan umah akak x terlibat...tetap akan terlibat jugak satu hari nanti kan....x sangka adim dulu kerja opis sama ngan hubby eh...patut la..cinta berputik....tp kagum la sebab adik yang keluar dari situ...hehehehe....
ReplyDeleteisteri kenalah beralah dengan suami kannn??? he he he...oopss cinta berputik??? cinta berputik tu dah lama... tapi bila adik masuk balik baru berbuah rendang semua bagai...muahahaha....
Deletekena standby nie sis..payahnya kalau kena catu air
ReplyDeletememang kena standby lya...
Deleteala..time nak kuliah ni la nak catu air.hukhuk
ReplyDeletedia ada schedule tu ain...
Deletemmg leceh xdok air nie..
ReplyDeleteelektrik xdok bleh diterima lagi.
elektrik tak der boleh gigih cari sumber elektrik lain lagi kat luar selain rumah shark...
Deletesian kawan2 yg dok kat selangor..
ReplyDeleteharap2 masalah air ni dpt di tanggani dgn segera w/pun catuan dah dibuatkan
sian lah yg dok umah betingket2..anak2 kecik bagai huhu
betul yang duduk rumah bertingkek2 tu yang kesian kak el, lebih2 lagi yang ada anak kecik...
Deletealhamdulilah farah setakat ni Johor ( SAJ ) masih dapat membekalkan air pada penduduknya seperti biasa..harap dapat mengunakan air secara berhemah dan cermat..
ReplyDeletesemoga Allah dapat menurunkan rahmatnya amin...
In Shaa Allah kak, amin...
Deletecepat2 la hujan...ada anak kecik ni, susah kalau takde air...
ReplyDeletebetul tu, kalau ada anak kecik tak ada air ni memang payah...
DeleteSabar jea ler sementara tunggu hujan turun, InsyAllah.
ReplyDeleteIn Shaa Allah bang, mudah2an doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT...
Deletekat melaka masih ok lagi so far....hope keadaannya tak teruk sebegini...
ReplyDeletemudah2an kak keadaan baik saja di sana...
Deletebetul tu,,nory lg rela tkde letrik dr tkde air,,,adoiii kena standby tadah air byk2 la cmni.
ReplyDeletenory jangan angkat air yer... suruh suami jer... take care dear...
Deletesusah xde air ni sebab air ni keperluan harian..kalau nak menyimpan selama 2 hari tu kenalah stand by tong² air besar..
ReplyDeletememang kena get ready fiza...
Deletekena start simpan air... kalau x, x mandi lah pergi kerja. hehe..
ReplyDeletetak rela dan tak sanggup tak mandi pergi kerja... hu hu hu
Deletealamak, tadi Syabas ckp bukan utk seluruh negeri selangor..tp xper lah, sekurang-kurangnyer sentiasa beringat2 kan?
ReplyDeletetak apa untuk kita beringat... mana tau tiba2 terkena pula pada kawasan kita...
DeleteAlhamdulillah... Kwsan kami x terlibat..
ReplyDeletealahai kak... sebelom ni tak pernah risau bab ni, tapi skrg kena risau lah sejak jadi warga selangor. kehkehkeh
ReplyDeletejust keep praying supaya hujan turun ^^
ReplyDeleteKami dah siap2 tadah air tp tempat kami belum dimaklumkan lagi bila takde air.. sama2lah kita berdoa agar Allah turunkan hujan rahmat & mengakhiri kemarau ini... aamiin..
ReplyDelete