![]() |
Source Extracted from Google |
Ada orang yang rezekinya memang murah, dikurniakan dengan bekalan susu badan yang cukup atau terlebih dari cukup, ada orang pula mungkin kurang bernasib baik, susu badan mereka kurang dan ada di antaranya terpaksa bergantung kepada suplemen tambahan ataupun makanan sokongan tambahan demi memperbanyakkan susu ibu ye tak? Ada tu, memang tak ada langsung... Buatlah sat ni ke macam mana sekalipun tapi tetap tak ada... Buat teknik Power Pumping ke, makan segala sat ni ke ubat tambahkan susu, suplemen apa jenis sekali pun sampai habis ribuan ringgit memang tetap tak ada susu badan...
Seperti yang diketahui ramai, susu badan ialah susu yang terbaik untuk bayi. Oleh sebab itulah semua ibu amat digalakkan untuk menyusukan bayi mereka sehingga mencecah umur sekitar 2 tahun. Namun, tidak semua wanita seperti yang saya cerita kat atas tadi berpeluang menyusukan bayi mereka kerana sebab2 tertentu yang biasanya dipengaruhi oleh kesihatan. However, kalau naklah, sebelum uolss memikirkan susu formula yang sesuai untuk baby uolss, might be uols boleh consider dulu susu badan daripada ibu2 lain di luar sana.
Apakah Pendermaan Susu Badan???
Bunyinya pelik ke? Actually tak... bukan ke istilah ibu susuan telah lama digunakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Selalunya masalah yang lazimnya dihadapi oleh wanita yang tidak dapat menyusu atau tidak cukup susu ialah kelahiran bayi kembar 2 atau lebih, mempunyai masalah kesihatan atau berada di bawah pengaruh ubat2an yang serius, apabila ibu terpaksa meninggalkan bayi buat masa yang lama dan tidak dapat menyediakan stok yang cukup. Berkongsi susu badan antara ibu bukan sahaja memberi peluang untuk semua bayi menikmati susu terbaik di dunia, malah dapat mengelakkan fenomena pembaziran kerana terdapat wanita yang mempunyai stok lebihan susu badan yang amat banyak!
Bagaimana Menderma Susu Badan di Malaysia???
Di Malaysia terdapat 2 cara untuk uols berkongsi susu badan setakat ini, iaitu:
1. Melalui Kumpulan2 Sokongan yang Berpangkalan di Internet
Ini merupakan cara tidak formal di mana laman sosial digunakan sebagai medium perhubungan utama. Jaringan ini tidak mengutamakan mana2 penerima. Rangkaian ini hanya menawarkan ruangan online di mana keluarga2 boleh berhubung dan membuat keputusan untuk berkongsi dengan bermaklumat. Uols boleh mencari susu badan ibu untuk anak uols bila2 sahaja atas apa2 sebab tidak mengira usia. Antara kumpulan yang aktif ialah Human Milk 4 Human Babies dan The Breastfeeding Advocates Network.
2. Menderma di Hospital2 Kerajaan
Program pendermaan susu ibu yang mengikut tuntutan syarak telah mula dilaksanakan di hospital2 kerajaan di negara ini pada tahun 2012. Selepas mengenalpasti penderma dan penerima, mereka akan mengambil stok susu, menyaringnya untuk memastikan ia bebas dari penyakit sebelum dipasteurkan di dapur susu yang terdapat di hospital. Kemudian, penderma dan ibu penerima akan diminta menandatangani borang persetujuan untuk menderma dan menerim asusu secara sukarela.
Perkara yang Perlu Diberi Perhatian Semasa Menderma atau Menerima Susu Badan yang Diderma
Perkara yang perlu dibincangkan adalah pengambilan sebarang ubat2an, alkohol dan penggunaan dadah oleh si penderma semasa memerah susu badan. Antara penyakit-penyakit yang boleh berjangkit atau mempengaruhi
melalui susu badan ialah HIV, Hepatitis B dan C, siflis, HTLV,
cytomegalovirus (CMV) dan tuberkulosis. Uols boleh meminta salinan
keputusan ujian-ujian ini daripada penderma untuk memastikan susu yang
terhasil tidak terjejas oleh sebarang penyakit tersebut.
Jika uols
berkongsi susu secara tidak formal, biasanya susu yang diterima tidak
disaring atau diperiksa. Oleh itu, uols boleh membuat teknik
pempasteuran sendiri di rumah. Kajian menunjukkan yang kaedah ini boleh
memusnahkan sebilangan patogen di samping mengekalkan sebanyak mungkin
sifat-sifat berfaedah susu badan manusia. Proses ini boleh dilakukan
oleh penerima sebaik sahaja sebelum memberi bayinya minum susu badan
tersebut.
Apabila bayi membesar, keperluan khasiat untuk badannya
juga berubah. Oleh itu, seelok-eloknya cuba dapatkan penderma yang
mempunyai bayi sebaya dengan bayi anda. Sungguhpun begitu, World Health
Organization mengesahkan bahawa susu badan ibu adalah masih lebih baik
daripada susu formula walaupun terdapat perbezaan dalam umur.
Maklumat Tambahan: Menderma Susu Badan Dari Sudut Pandangan Islam
Di
Malaysia, mungkin terdapat ramai wanita yang teragak-agak untuk
menderma atau menerima susu badan daripada wanita lain atas alasan
agama. Ini kerana agama Islam menganggap anak susuan setaraf dengan anak
sendiri di mana mereka tidak boleh berkahwin sesama sendiri. Menurut
fatwa kebangsaan, hukumnya adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu
secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan. Tetapi, keluarga bayi
serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain untuk mengelakkan
percampuran dalam pertalian darah.
Di hospital kerajaan, wanita
yang menderma dan menerima susu akan melalui sesi kaunseling mengenai
hukum hubungan keluarga susuan dan larangan berkahwin. Bagi mengelakkan
masalah perkahwinan pada masa depan, wanita yang mempunyai ramai, atau
hanya anak perempuan digalakkan menderma susu kepada bayi perempuan
sahaja.
SUMBER: SINI
Rasanya tak popular sangat kot tentang ibu2 susuan ni dalam kalangan masyarakat kita...tapi ada saya nampak atau lihat...Jiran belakang rumah saya menjadi ibu susuan untuk anak rakan sepejabat beliau... ^_^...
Harus faham maklumat dengan betul...
ReplyDeletebetul kak dalam setiap perkara kita harus faham maklumat dengan betul...
Deleteuntung bagi yg mampu menyusukan baby dgn susu sendiri...nasib saya kurang baik..dalam pantang baby dah kna minum susu formula..susu badan mmg xda hanya sempat 2mgu aje..so sad kan..:(
ReplyDeletebahagian masing2 tu, for info susu badan saya pun dah kering, it's sad but it's reality... nak buat macam mana dah tak ada rezeki... Ash sendiri yang tak mahu dan tak minat, dia lebih minat susu AnMum...
Deletefae baru tau pasal pendermaan susu badan ne...
ReplyDeletegood to get to know that you learn something new...
Deletedalam Islam mmg digalakn cuma perlu kenal siapa penderma, dan sebaiknya kenal sedikit latar belakang dan akhlak si penderma... sebab itu pun akan jadi darah daging juga nnt... Anak2 sy pun jadi anak susuan kak ipar, sebabnya nak jadikan saudara susuan antara sepupu lelaki... bila dah besar, xde masalah dr segi aurat.. dan x boleh kahwin selamanya..
ReplyDeletebetul tu maria, kita kena selidik dan betul2 tau.... wah faiqah dan adik pun ada ibu susuan yer... baguslah macam tu...
DeleteAs salam. Wah.... makin cantiklah blog Farah ni... pandai deko...
ReplyDeleteAkak pernah dengar tentang pendermaan susu badan. Hr ni baru tahu kaedahnya. Terima kasih info ni ya.
wsalam, that's great... sekurang2nya pembacaan saya dan perkongsian saya adalah sesuatu yang bermanfaat juga kepada semua... ^_^
Deletemember seumah lya seorg ibu tunggal pun jadi ibu susuan kpd anak buahnya...tapi memang jarang sekali kita dgr tntg ibu susuan
ReplyDeletewah ye ke lya, baguslah macam tu...
DeleteKebelakangan ni saya suka baca blog awak :) Harap awak boleh singgah awksweetgitu.blogspot.com :)
ReplyDeletethanks for dropping by and In Shaa Allah...
DeleteEh, derma susu badan pon ada?
ReplyDeleteada muz derma susu badan...
DeleteAssalamualaikum farah.. sheila pun support bf ni! Semoga Allah permudahkan niat kita nak beri susu kepada zuriat. Amin... nice entri dear (",)
ReplyDeletewsalam sheila, niat dan doa serta ikhlas... kalau rezeki nak menyusukan anak pasti ada... ^_^
Deletetak tahu plak pasal derma susu badan ni... hmmm...
ReplyDeleteibu susuan tu biasalah kan kak... tapi pendermaan ni, memang ada yang pernah dengar dan ada yang tak pernah dengar...
Deletetime k.el bersalin anak 1st dulu..mmg zero knowledge pasal susu badan ni
ReplyDeleteso ada dikalangan kwn2 yg mmg fanatik ngan susu badan ni..smpaikan diorg xpercaya mn mungkin xde susu badan..ckp itu ini..mcm diorg tu bangga giler2 lah dpt susu kan anak kan..tp setelah k.el buat pembacaan tya kwn2 semua..take note bagai..alhamdulilah anak ke3 k.el berjaya beri susu badan..mmg ada kes ibu2 yg xleh mengeluarkan susu badan sbb2 tertentu..mcm k.el dah hadapi dua2 ni..so k.el tau perasaan kedua2 belah pihak..k.el pun ada dgr pasal ibu susuan dan derma susu tu mmg murni hati diorg kan..
nti hat no. 4 ni pun k.el dah nekad nak susu badan..nak susu badan ni kena ada niat insyallah Allah permudahkan kita nanti..doa itu penting cewahhhhhhhhhh mcm bgus je kan komen...walhal ntah ape2 ntah komen ekekekek kbai
farah faham apa yang kak el komen... hik hik hik.. tapi memang betul pun kak tentang ibu2 yang fanatik tentang penyusuan ibu ni, layankan ajerlah, riak dalam tak sedar gamaknya... yang palin tak menahan bila ada segelintir yang terlalu obses dan berbangga gila... lepas tu pandang semacam pada sesiapa yang tak mempunyai susu atau tak banyak susu...
Deletepernah dgr, susu CN pun berlebihan sebab Irfan dah takmo minum guna botol, ada la berbelas2 plastik yang masih elok, tapi terpaksa buang sebab risiko anak susuan ni sama ngn anak kandung, buatnya dah beso kita lupa bagitahu bdk2 ni adik beradik susuan, bila dorang kawen kan naya..hehe
ReplyDeletekalau jadi ibu susuan pada anak yang sama jantina oklah kan??? tapi kalau berlainan jantina ni yang akan menjadi risiko berkahwin tu kalau tak betul2...
Deletegood info farah..entri yg berisi
ReplyDeleteklu sy ada baby nnt, khuatir skit la nk amik susu from org lain..sbb xtau taraf kesihatan dan permakanan dia mcm mane..apa yg dia mkn akan menjadi susu dan akan sampai ke baby kita..menjadi darah daging..klu adik beradik sendiri mgkin boleh terima :)
bila cerita bab ibu susuan atau pendermaan susu ni memang setiap orang akan jadi sangat2 particular...
DeleteKawan PC ada yang buat macam ni..tadi sekadar di kalangan keluarga..
ReplyDeletekebanyakkan ni memang mengamalkan di sekitar golongan keluarga kan PC???
DeletePernah baca juga tentang derma susu ni......
ReplyDeletesama2 kita berkongsi mia... ^_^
Deletemasa dkna pergi seminar penyusuan, fasi tu cakap dia pon derma susu dia untuk baby lain sebab susu dia memang banyak dan stok tak putus2 kat rumah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, murah rezeki dia dan murah rezeki anak2 susuan dia...
DeleteTak pernah tahu pulak ade perdermaan susu badan ni.bagus juga ada ni,boleh membantu kepada yang memerlukan :)
ReplyDeleteada fiza bagi mereka2 yang memerlukan... ^_^
DeleteSerius, Eraz baru tahu pasal derma susu ni..
ReplyDeleteSalah satu tips nak bagi susu banyak, makan buat kurma.. :)
pernah dengar juga eraz tips tu.... thank you... ^_*
Deletehmm...saya pun ada pernah jumpa org yg ada ibu susuan tp tak ingat bila
ReplyDeleteRos baru dengar tentang derma susu ni. Tambah lagi ilmu.. bila baca entry kak farah dan beberapa komen kat atas ni, baru jelas. Dan memang ada pro kontra nya kan. Yang bercadang sedemikian, kena faham betul betul sebelum bertindak...
ReplyDeletepernah jg terbaca
ReplyDelete