![]() |
Source Extracted from Google |
Ada orang tu, kalau dah panas hati dari seayu2 wanita atau sejejaka2 idaman Malaya boleh jadi macam "Incredible Hulk"... he he he... Terus perasaan seriau dan takut menyerbu dalam diri sesetengah orang ye tak??? Mana taknya, tiba2 tup tup tup bertukar personaliti dah jadi lain dari kebiasaann...tiba2 saja sudah tukar...muahahaha...
Panas baran @ kepala angin @ naik hantu yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan 3 langkah mengatasi rasa marah iaitu mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wudhu' dan beristighfar serta membaca Al-Quran.
Panas baran wujud disebabkan kegagalan seseorang itu mengawal emosinya ketika emosinya itu terganggu. Biasanya wujud faktor2 yang menjadi pencetus atau dipanggil pemicu ("trigger") kepada timbulnya perasaan marah ini. Faktor yang menjadi penyebab perasaan marah itu berbeza2 bagi setiap orang dan ia bergantung kepada faktor sekeliling, pengalaman dan sejarah seseorang itu dibesarkan. Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.

Semua orang ke memiliki sifat panas baran??? Sifat pemarah adalah satu emosi manusia yang normal. Tapi ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing2. Ada satu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak2 dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina pula, itu tak pasti la pula tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah. He he he... *_^
ANTARA FAKTOR YANG MENJADI PUNCA TIMBULNYA SIKAP PANAS BARAN ITU...
- Seseorang itu dibesarkan oleh ibu atau bapa yang kuat marah. Kesannya sikap marah ini dipelajari olehnya sejak kecil dan mula diwarisi.
- Mengikut pengalamannya, apabila dia marah maka dia memperolehi apa yang dihajatinya tau orang lain akan tunduk dan ikut kata2nya. Ganjaran sebegini membuatkan minda bawah sedarnya percaya bahawa dengan panas baran maka matlamatnya boleh tercapai. Tanpa disedari ia menjadi satu tabiat yang sukar untuk dibuang.
- Panas baran adalah satu sikap mazmumah yang ada dalam diri dan merupakan pintu masuk syaitan. Apabila dituruti perasaan baran ini seseorang itu boleh menyesali setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukannya ketika di bawah perasaan negatif ini.
- Disebabkan oleh sifat ego yang terlalu tinggi dan merasakan bahawa dirinya sahaja yang betul berbanding dengan orang lain.
- Apabila cakapnya tidak didengar atau nasihat tidak diendahkan, sedangkan padanya apa yang disampaikannya itu penting.
- Apabila dirasakan haknya diambil, dirampas atau dicabul.
- Apabila seseorang itu merasakan kuasa dan kedudukannya tidak dihormati dan setiap arahan yang diberikan tidak dipatuhi dan dilaksanakan.
- Faktor usia yang muda juga ada kaitannya dengan panas baran. Usia yang muda juga biasanya bermakna kurang pengalaman hidup iaitu sukar membuat pertimbangan, kurang peka terhadap perasaan orang lain dan mudah ikut hati dan perasaan.
Kalau sekadar marah semua orang memilikinya dan pernah melaluinya. Tetapi kalau kadar kemarahan itu kerap dan terlalu mudah hilang kawalan, bermakna ia adalah masalah jiwa yang perlu dirawat. Ada juga berpunca dari kesan penderaan
ADAKAH IA BERKAITAN DENGAN KETURUNAN ATAU PENYAKIT JIWA???
Kalau sekadar marah semua orang memilikinya dan pernah melaluinya.
Tetapi kalau kadar kemarahan itu kerap dan terlalu mudah hilang kawalan,
bermakna ia adalah masalah jiwa yang perlu dirawat. Ada juga berpunca
dari kesan penderaan emosi sewaktu kecilnya lalu menjadi trauma.
Pengalaman negatif ini tertanam dalam minda bawah sedar dan meletus
apabila ada faktor yang seumpama dengannya berlaku. Malah ada ketikanya
sifat marah yang terpendam ini bertukar menjadi amuk.
Tidak dinafikan masyarakat Melayu terutamanya wujudnya saka. Saka adalah merujuk kepada jin yang diwarisi oleh sesuatu keturunan bermula dari nenek moyang kita dahulu hingga kini. Meski pun generasi hari ini tidak percaya akan wujudnya saka, namun realitinya perjanjian telahpun di buat antara nenek moyang mereka dengan makhluk halus ini mengikut perjanjian tertentu. Apabila perjanjian dimungkiri maka anak cuculah yang menjadi mangsa dan pelbagai masalah yang pelik berlaku. Ini boleh juga menjadi penyebab terdorongnya rasa baran yang melampau. Sebab itulah sejarah keluarga perlu dikaji dan kaedah terapi Al-Quran serta rawatan Islam perlu digunakan.
TANDA2 SESEORANG ITU PANAS BARAN???
Tanda-tanda seseorang itu panas baran ialah apabila dia dengan mudah hilang kawalan sama ada melalui mimik muka, perkataan atau dengan tindakan. Ada ketikanya perkara yang dia hilang kawalan diri merupakan perkara yang kecil dijadikan besar dan kemarahan yang dilontarkan itu melampaui had maka itu tandanya seseorang itu ada sikap panas baran.
KESAN BURUK PANAS BARAN???
Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.
LANGKAH TERBAIK MENANGANI SIFAT PANAS BARAN???
Kita boleh cuba memberikah sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan. Kepada remaja yang mudah memberontak , perlulah belajar untuk menjadi masyarakat yang bertemadun – mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili temadun itu sendiri.
PUNCA PANAS BARAN
Perilaku agresif, gejala sosial, emosi, masalah kewangan/keluarga, ego, tekanan perasaan, faktor didikan, bebanan kerja, faktor persekitaran.
10 RISIKO INDIVIDU PANAS BARAN
Dipulaukan masyarakat sekeliling, jiwa kosong (murung), hilang pekerjaan/jawatan, penceraian, kemalangan, pergaduhan, kesalahan jenayah, melakukan penderaan, tekanan perasaan, penyakit kronik (darah tinggi, migrain).
BAGAIMANA TANGANI SIKAP PANAS BARAN???
Berikut ada beberapa tip untuk tangani sikap panas baran.
Allah mencipta manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu setiap bentuk emosi yang dianugerahkan oleh Allah itu adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Begitulah juga dengan sikap marah. Jika seseorang itu marah kerana nafsu maka ia akan membawa kepada keburukan sebaliknya jika marahnya itu kerana Allah maka ia akan membawa kepada kebaikan dan kemuliaan. Hidup ini perlu banyak bersabar dan berlapang dada. Hanya dengan kesabaran sahajalah akan wujudnya kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.
Kredit: SINI
*Iolss tak reti nak jadi "Incredible Hulk" ni..wakakaka... bukan tak reti, reti tapi tengok keadaan ler, but not "panas baran" ler...ekekekeke.... kalau perlu marah tu kita marah, tapi kalau tak perlu nak marah buat apa marah...nanti cepat nampak tua jer...tak mauuuuuu..... muahahahaha....

- Panas baran datangnya dari api yang meluap-luap dari dalam. Oleh itu ambillah segelas air sejuk lalu minum.
- Ambil wudhu' dan jika berpeluang terus dirikan solat sunat dua rakaat. Ubah posisi atau kedudukan. Kalau kita sedang marah ketika berdiri maka duduklah. Kalau sedang duduk maka berdirilah. Perubahan posisi ini dapat membantu meredakan perasaan. Rasulullah SAW bersabda “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak , maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
- Beristighfar dan berselawat banyak-banyak.
- Banyakkan membaca buku-buku motivasi .
- Kenali diri sendiri dan ketahui faktor-faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran itu. Cuba untuk berada dalam kawalan setiap kali faktor tersebut wujud.
- Ingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku ke atas diri kita sendiri pula. Ia adalah sesuatu yang kita tidak dapat lari darinya.
- Sedar apa yang ada dalam kawalan kita dan apa pula yang tidak. Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan kita, maka marah tidak akan mengubah apa-apa. Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan rasa stress yang diakhirnya memudaratkan diri sendiri.
- Jika sikap panas baran itu sukar dikawal maka perlu temui Kaunselor atau pakar psikatri sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
- Sentiasa berfikiran positif dan katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah dan kebaikannya. Fokus kepada hikmah. Misalnya, jika seseorang itu memotong barisan kenderaan dalam kesesakan trafik, kita katakan pada diri “Oh, orang itu mungkin tergesa-gesa mahu ke tandas” , atau, “Oh, mungkin anaknya sakit dan memerlukan dia sampai cepat dan satu hari aku pun mungkin terpaksa lakukan perkara yang sama jika sudah terpaksa”. Dengan cara ini kita telah berjaya alihkan fokus minda dari tertumpu kepada sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan baran.
- Tinggalkan tempat berlakunya kemarahan tersebut dan pergi ke tempat lain. Lagi lama kita berada disitu lagi tertekan rasanya hati. Ketika sudah berada jauh dari situ, tarik nafas dalam-dalam . Otak ketika marah kekurangan oksigen. Oleh itu pejamkan mata lalu tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 dan rasakan udara sejuk masuk melalui hidung . Lepaskan nafas juga melalui hidung dalam kiraan 7. Rasakan udara panas yang melalui rongga hingga dihembus keluar. Katakan pada diri secara positif , “ Kini aku seorang yang sabar dan tenang serta mampu mengawal diri”.
- Mereka yang panas baran perlu banyak riadah sebab badan yang cergas membantu akal untuk mengawal emosi.
- Jaga pemakanan, elakkan dari banyak memakan daging merah. Sebaiknya lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.
- Jangan tambah lagi kemarahan seseorang itu hingga boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang sekeliling.
- Faham faktor-faktor yang menjadi pemicu baginya dan cuba untuk tidak memulakannya.
- Sabar dengan mereka yang panas baran , cuba bercakap dengannya dalam nada yang perlahan lagi lembut.
- Ajar dia beristighfar dan menarik nafas dalam-dalam.
- Berikan dia segelas air sejuk.
- Usah berada disitu, biarkan dia sendiri buat sementara. Mungkin dia perlukan masa dan ruang untuk kembali rasional.
- Wujudkan kumpulan sokongan yang membolehkan mereka yang mempunyai sikap panas baran ini berkumpul berbincang dan meluahkan isi hati. Ada ketikanya menyedari bahawa masalah ini bukan masalah kita seorang banyak membantu kita untuk menerima hakikat dan berusaha memperbaiki diri.
Allah mencipta manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu setiap bentuk emosi yang dianugerahkan oleh Allah itu adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Begitulah juga dengan sikap marah. Jika seseorang itu marah kerana nafsu maka ia akan membawa kepada keburukan sebaliknya jika marahnya itu kerana Allah maka ia akan membawa kepada kebaikan dan kemuliaan. Hidup ini perlu banyak bersabar dan berlapang dada. Hanya dengan kesabaran sahajalah akan wujudnya kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.
Kredit: SINI
*Iolss tak reti nak jadi "Incredible Hulk" ni..wakakaka... bukan tak reti, reti tapi tengok keadaan ler, but not "panas baran" ler...ekekekeke.... kalau perlu marah tu kita marah, tapi kalau tak perlu nak marah buat apa marah...nanti cepat nampak tua jer...tak mauuuuuu..... muahahahaha....
Serius seram dengan org panas baran ni... kadang perkara tak dijangka pun boleh berlaku..
ReplyDeleteorang kalau panas baran ni kita tak boleh nak jangka angin dan mood dia, tetiba jer boleh melantun kan???
DeleteX tau nak incredible..???meh belajar ngan akak meh..tiap2 bulan akak jadi incredible...hahahahahah
ReplyDeletefuyoo kak long takutnyaaaa... larik.... tapi boleh jugak tu belajar jadi "incredible"... untuk elakkan orang suka2 pijak kepala kannn???
Deletehaaa...tau x per....
DeleteHee..orang lembut pun boleh jadi hulk kalau ada baran ni
ReplyDeletebetul tu ain... jangan sangka clear water no boya naaa... hik hik hik...
Deleteorang panas baran ni memang out of mind masa dia tgh hangin tuh
ReplyDeleteyup diaorg mcm di bawah separuh sedar, kadang2 diaorg boleh tak ingat apa yang diaorang cakap atau buat...
DeleteOh farah tak reti panas baran, bagus tu stable emotion tu, sometime kena shield our heart kut
ReplyDeleteentahlah kak for me panas baran ni akan menampakkan kelemahan serta keburukkan diri sendiri jer... hu hu hu
Deletememang sy x boleh dgn org panas baran..sebab saya sensitif..huuu
ReplyDeletesaya pun sensitif juga... cepat tacing gitewww...
DeleteSelalu beristighfar kalau rasa nak marah...
ReplyDeletebetul tu kak, kalau rasa nak marah istighfar banyak2...
Deleteeish!!
ReplyDeletetak suka org panas baran
xsuka xsuka
sbb MG pun panas :)
panas dengan panas nanti jadinya bom bom kebabom
Deletebahaya org panas baran nie..silap2 naik tangan
ReplyDeletepart naik2 tangan tu yang tak berapa nak berkenan tu...
DeleteBtl akak bila agak rasa nk marah tue kena cepat2 istighfar..baru perasaan marah tue cool down..
ReplyDeleteyup farah and it's working...
DeleteDulu pnas baran gak, tapi reda dan blh ntrol lepas de anak...
ReplyDeletewah garang juga maria rupanya yer... ^_^
DeleteSINGGAH SINI SETELAH 3 HARI TAK BLOGWALKING..HEHEE :D
ReplyDeletethanks syira for dropping by... appreciate it much...
Deletesalam dear..kita cukup risau orang panas baran ni..aksi dia orang tu kadang-kadang tak boleh dijangka especvailly kalau guys...Then rasanya orang yang panas baran ni selalu stress coz tak dapat nak control diri...sikit punya hal pun boleh jadi isu..so far Alhamdulillah terkawal lagi kot perasaan ni...he..he
ReplyDeleteAlhamdulillah kita tergolong dalam golongan yang masih boleh control... hu hu hu
Deletepanas baran ni kalau tak terkawal boleh bawak kesan negative pada orang lain.so ape pun kena kawal kemarahan..
ReplyDeletebetul tu fiza that's what we call anger management...
Delete