![]() |
Source Extracted from Google |
Ini bukanlah nak cerita tentang Kung Fu Panda semua bagai... gambar hiasan jer tu, memandangkan lingkaran gelap di bawah mata ni sangat sinonim dengan panggilan "Panda Eyes" kannn??? *_^... Tapi sebenarnya "Panda Eyes" itu adalah merujuk kepada gambar di bawah ini...
![]() |
Source Extracted from Google |
Entri ni terhasil dari entri adik sayang saya yang seorang ni di SINI. Dia tanya macam mana nak hilangkan eyebag... samalah tu... "Panda Eyes" dan dalam bahasa panjangnya lingkaran gelap di bawah mata... he he he...
Pertama sekali kita cerita pasal sebab2 terjadinya eyebag ini. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah mata ni. Antaranya ialah:
- Uolss ada alahan.
- Ciri2 kulit wajah uols sendiri.
- Mengalami keletihan setelah bekerja seharian...contohnya akak ni ha...ekekeke...
- Kekurangan nutrisi pada tubuh uolss.
- Faktor genetik.
- Pengaliran darah yang tidak stabil.
- Uols menghadapi takanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
- Terdedah kepada cahaya matahari (bukan matahari pagi yer)
- Penurunan berat badan yang agak mendadak.
- Ada masalah pinggang dan juga penat.
- Tisu lemak dan cecair.
- Masalah sinus.
- Uolss memang ada masalah kesihatan
- Uols seorang perokok.
1. Gunakan Sama Ada Timun, Ubi Kentang ataupun Tomato
Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudiannya , lekapkan hirisan tu kat mata uolss. Biarkan lebih kurang 20-30 minit.
Kebaikannya: mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.
atau cara alternatifnya;
Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul2 bersih yer. Lepas tu, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam untuk beberapa minit.
Selepas tu, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.
2. Uncang Teh
Rendam 2 uncang dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang2nya 10 minit yer.
Sebaik2nya gunakan teh camomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan esktrak pudina segara sebagai alternatif.
3. Minyak Almond
Untuk pengetahuan uolss, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang2 pri daripada tersumbat.
Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam di bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.
Uols juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. ^_^
4. Zat Besi, Vitamin C dan Asid Folik
Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol (haipp yang ni haram, jangan sekali2, don't ever2 uolss).
Penting juga, kurangkan merokok (bagi perokoklah ek) dan kalau mampu uols belajarlah berhenti merokok mulai saat ini. Lebih bagus berhenti merokok ok???
Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang2nya 8 gelas sehari.
5. Biji Buah Berangan
Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Uols boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecai bagi mengurangkan masalah ini.
Selamat mencuba uolss!!! Kredit: SINI
Tambah sikit dan iklan sikit boleh??? Ahaksss... minumlah Ephyra... *_^ macam iolsss... info boleh dapat di SINI dan juga SINI
waahhh I really need this. mata dah sebijik mcm panda tuh
ReplyDeleteokey..tak la sebijik cam tu hikhikk
hi hi hi, kita dalam situasi yang serupa kot... tapi taklah teruk... babe memula i ingatkan siapa... bila i tenung2 gambar profile tu... hi hi hi... kawan i rupanya... you dah buka blog balik??? start blogging again??? ^_*
Deletetips yg bagus ni farah. guna uncang teh mmg berkesan but kena buat byk kali dah diamalkan lah hehehe
ReplyDeleteapa perkara sat ni ke kak KA kita kena konsisten amalkan kan???
Deletebalik nanti boleh try...thanks farah...akak pun dah minum ephyra nie..so tak payah la nak guna teh kan...hehehe..thanks sharing
ReplyDeleteyeay welcome to the ephyra club kak... thumbs up!!!
Deletealhamdulilah iols xde ada lingkaran hitam atau eyebag so far
ReplyDeletew/pun x cukup tido tp mata tetap cantik kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kbai
wah hebatlah kak el... thumbs up...
Deleteain pun ada mata panda sebab resdung. selalu bersin pagi2 tp mlas betul nak amal petua2 ni.hehe..tepek uncang the xsmpai 5 minit nk cabut dah.
ReplyDeletecuba buat secara konsisten ain...
Deletethanks share =) mmg mcm panda pun ni
ReplyDeletemy pleasure bella... ^_^
Deletehahaha...okay...mata titew pun dah sama mcm panda
ReplyDeletekalau sally ni sah sebab berjaga malam... he he he
Deletekalau tak cukup tidur mata memang macam panda....
ReplyDeleteitu dah adat kak... he he he
Deleteakak jarang ada lingkaran gelap bawah mata...maybe sebab akak jenis dapat tido yang cukup..pas tu akak suka letak putih telur kat muka....nak lagi best..putih telur campur honey...sapu kat muka dalam 30 minit...then biilas dengan air suam...insyaallah ok...
ReplyDeleteakak kalau bab tidur memang perfect adik tau, sebab akak selalu tidur awal... adik ni jadi burung hantu... he he he ...
Delete1 dan 2 kadang-kadang buat. Yang lain tak pernah cuba lagi.
ReplyDeleteakak suka letak timun dan uncang teh ajo...
Deleteada juga, tapi tak ketara sangatlah.. selalu buat yang guna timun tu :)
ReplyDeleteakak pun selalu guna timun ros...
Deletekenit memang ada panda eyes ni, tapi everyday think positif ... panda kan comei so kenit might look comei too kan hehehehe. Anyway, poin2 kat atas tu memang banyak yang kena kat kenit pun hehe :D
ReplyDeletecome to think of it memang betul pun panda cute... he he he
Deleteina ada eyebag..nk cuba tips ni..
ReplyDeleteselamat mencuba ina... ^_^
DeleteUncang teh ek.. Blh try ni... Sbb dh ada ciri2 nk jadi mata pnda dh ni.. Hehe
ReplyDeletemata panda tak apa maria... jangan zombie hik hik hik... maklumlah kita ni kan beranak kecik... ^_*
DeleteNice tips.. boleh try nanti.. ;D
ReplyDeleteselamat mencuba sally...
Delete::::::::::DDDDDDDDDDDDDDDDD
ReplyDeleteabak nak cuba pun boleh...
Deleteakak, kita pun ada panda eyes..hehehe
ReplyDeletesama kes dengan sally ni, sebab berjaga malam...
DeleteAlhamdulillah tak pernah kena mata panda lagi setakat nie..hehehe.. tp kalau terjadi nnti boleh cuba tips akak nie..=D
ReplyDeletemata saya terok laa skrg .. hmm sedih n malu bila jumpa kawan2 lama
ReplyDeleteKalau tk yh guna kain boleh tk? timun atas. besar la eye bag aku
ReplyDeletekalau tak cukup tido mesti eye bag ni timbui kan,,,so far kul 10-11 tido dah..tak sempat nak jadik mata panda...hihihiii...
ReplyDeletesalam .. haii ..saya nakmengadu ni ..lebam bawah mata saya sudah kritikal ni..mata saya dah mcm pontianak dah ni ..cara yg bagaimana paling perkesan ye ?
ReplyDeleteDISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.