![]() |
Source Extracted from Google |
Bila siapkan Ash pagi tadi, tiba2 terfikir satu perkara...muahahaha...banyak betul perkara yang iolss fikir ye tak??? Ada ajer benda yang nak difikirnya... oopsss, terlalu banyak berfikir pun tak bagus sebenarnya nanti terbawa2 or drag into other things pulak...wakakakaka.... Well, my question is... kenapa bayi mempunyai tanda lahir??? Tanda lahir Ash kecik jer...kat belakang montot comel dia warna biru... he he he, kawasan tersorok....
Dan akhirnya, atas pencarian maklumat, terjumpa artikel INI dan saya kongsikan sedikit di sini untuk pembacaan uolss juga...
Menurut kajian, 80% bayi yang baru lahir mempunyai tanda lahir (birthmark) yang biasanya akan hilang apabila mereka semakin membesar. Tetapi, kadangkala terdapat juga tanda lahir yang kekal sehingga dewasa. Kebanyakan tanda lahir selalunya tidak merbahaya dan tidak mengganggu kesihatan mahupun sebarang aktiviti fizikal bayi.
Apakah Tanda Lahir???
Tanda lahir merupakan kawasan tompokan tertentu pada kulit bayi yang berbeza warna - biasanya kebiruan, kehijauan dan kecoklatan. Kadangkala ia juga timbul dan mempunyai tekstur yang berbeza daripada kulit bayi. Tanda lahir boleh terjadi akibat pigmentasi atau saluran darah yang tidak normal. Sungguhpun ada orang tua2 yang mengaitkannya dengan pelbagai mitos, namun punca terjadinya tanda lahir masih belum diketahui dengan tepat. Oleh itu, ia tidak dapat dicegah dan ia juga bukanlah sesuatu yang diwarisi ataupun berjangkit.
BAGAIMANAKAH RUPA TANDA LAHIR???
Tanda lahir boleh dibahagikan kepada 2 jenis:
Tanda Lahir Vaskular
Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tidak terbentuk dengan sempurna. Ia selalunya kelihatan agak ketara berbanding tanda lahir berpigmen. Antara jenis tanda lahir vaskular ialah:
1. Stork Bite / Tompokan Macular
Tanda lahir yang paling kerap kelihatan. Ia merupakan tompokan kemerahan yang biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Lazimnya, tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.
2. Hemangioma
Tanda lahir hemangioma berwarna
kemerahan atau kebiruan dan timbul pada permukaan kulit. Menurut pakar,
ia lazimnya membesar pada awal kelahiran sehingga 6 bulan dan akan
mengecut apabila kanak-kanak berada dalam lingkungan umur 5 hingga 9
tahun. Sungguhpun ia tidak memudaratkan, namun sekiranya ia tidak
mengecut dan mengganggu organ-organ penting seperti hidung atau mulut,
maka ia perlulah dirawat.
3. Tompokan Port Wine
Seperti
namanya, tanda lahir jenis ini kelihatan seperti tumpahan wain merah. Ia
kerap berlaku pada bahagian muka dan bebeza dari segi saiznya.
Tanda Lahir Berpigmen
Tanda
lahir ini terjadi apabila sel-sel pigmen pada kulit berkembang lebih
daripada kadar normal.Antara jenis tanda lahir ini ialah:
1. Tompokan Café-au-Lait
Merupakan
antara tanda lahir yang paling mudah dijumpai. Ianya berwarna kopi susu
(seperti namanya) dan boleh tejadi di mana-mana bahagian tubuh.
2.Tompokan Mongolian - wah ini Ash punya ni...
Warnanya
kelabu dan kebiruan dan amat senang dijumpai pada bahagian belakang dan
punggung bayi. Selalunya tanda lahir ini akan hilang sepenuhnya tanpa
memerlukan sebarang rawatan.
Tahi lalat sangat
biasa berlaku dan ia sebenarnya salah satu tanda lahir juga. Tahi lalat
boleh berbeza-beza dari segi warna dan saiz.
Tanda Lahir Yang Perlu Dirawat???
1.
Jika tanda lahir jenis Café-au-Lait terlalu banyak atau terlalu besar
saiznya, maka perlulah mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi memastikan
tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit
saraf Neurofibromatosis.
2. Tahi lalat yang terlalu besar
memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidak bertambah besar
atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit
(melanoma).
3. Tanda lahir jenis Hemangioma yang tumbuh di sekitar
organ penting seperti mata, hidung atau mulut juga perlu diberi
perhatian agar tidak mengganggu fungsi organ tersebut.
4. Tanda
lahir jenis Tompokan Port Wine yang wujud di kelopak mata pula boleh
menyebabkan risiko penyakit glaukoma termasuklah beberapa komplikasi
lain yang jarang didengari seperti sindrom Sturge-Weber dan
Klippel-Trenaunay.
*Kesimpulannya penting juga sebenarnya kita pantau tanda lahir ni... might be before this kita semua dah aware, tapi artikel ni mungkin juga menyedarkan kita tentang sesuatu sebab tak semua tanda lahir itu sihat kann??? Frankly, saya sendiri baru tahu most of the things explained after reading this article... ^_^
good info...dania ada tanda lahir bentuk bunga kat lengan dia...so far xde ap2 masalah...tp abah ckp..kalau hilang senang nak cari..hahahaha
ReplyDeletewah diva tanda lahir bentuk bunga gitewww....
Deleteyakan selalu lya nampak baby2 ada tanda lahir kebiru-biruan bertompok2 kat montot la selalunya ehehe..emak lya kata tu tanda toh (dlm bhs lya) :)
ReplyDeleteAsh pun ada tanda kebiru2an kat montot dia yang comel tu...he he he...
DeleteAkk pun ada tanda lahir di pipi belah kanan akk.. Tapi bila dah makin tua dan makin gemokkk ni so makin hilang sikit la.. but still ada kalau tengok betol2 hehehehe
ReplyDeleteeh ye ke kak, tak pernah perasan punnnn bila jumpa, nanti jumpa nak tengok lah...hehe he...
Deletewahhh..bagus entry ni farah. saya dan anak2 ada tanda lahir tompokan mongolian. mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. hehehehe...
ReplyDeletebetul betul tu SQ...he he he... kuah kenalah tumpahkan ke nasi...he he he...
Deleteaiza sendiri pun ada tanda lahir yang kekal sehingga kini.. alhamdulillah tiada apa-apa masalah..
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau tak ada apa2 masalah aiza...
Deleteakak.. arina pun tak tau arina ni ada tanda lahir ke tak.. hahaha..
ReplyDeleteha ha ha, lebih kurang samalah dengan akak tu... he he he...
Deletetak pernah terfikir dek akak farah untuk mengkaji selidik pasal tanda lahir ni..salute la akak kat farah mmg rajin orang nyer mencari pelbagai info yg menarik untuk dikongsi pada readers semua tahniah farah..satu perkongsian yg menarik untuk di baca..because dalam family akak semua memiliki tanda lahir hingga dewasa@ sekarang just yg membezakannyer bentuk dan dari segi warna..but kebanyakkannyer tanda lahir ni di tempat yg tersembunyi kan ! :)
ReplyDeletethank you kak, i'm just sharing what I read so that everyone else got the same info, knowledge and message that I got... ^_^
DeleteNice Info & gud sharing
ReplyDeletetak pernah terfikir pun sebelum ni kenapa ada tanda lahir tu hee
pssssttt lama x blogwalking sini,dah tukar baju baru lagi...ni yang iollss jeles nak tukar jga ni hik3~ :p
sila tukar cik kumbang...he he he...
DeleteHaah.. tak pernah serius fikir pasal tanda lahir ni... mungkin sebab tak pernah dengar akibat yang memudharatkan sangat-sangat kan... My youngest son pun ada kat pinggang dia dan kat muncung anu... Yang herannya orang lain semua tak ada, even me and my wife... tapi dia ada... Tapi memandangkan dia ni kulit memang berbeza ngan abang2 dan kakak2 dia - cerah yang ketara... so mungkin jugalah faktor pigmentasi yang disebutkan di atas tu :D
ReplyDeleteyup it might be due to the pigmentation i guess.... ^_^
Deleteank saya lahir dulu ada tanda lahir seperti y digambarkan sebagai tompokan port wine..dikedua belah atas pipi dia..umur dia berapa bulan ntah hilang..
ReplyDeleteyup mar ada tanda lahir yang akan hilang lama kelamaan...
Deleteanak akak ada tanda lahir di dahi ia macam tahi lalat tapi kecil dan tak membesar....
ReplyDeleteanak akak yang mana tu kak? si kembar ke?
DeleteHuh..My Qaisara pun ada..tompok dekat peha..kecik je..kiki..hopefully x memudaratkan die..
ReplyDeletehopefully tak memudaratkanlah yer... i don't think so kot dear?
DeleteSi kakak ada tna lahir... Adik pun ada tpi mcm x sejelas tnda kakak..
ReplyDeleteharap² tak memudaratkan
ReplyDelete