Entry Review #2: Baru Tahu Penat

Farah Waheda Wahid
29
Source Extracted from Google
Baru berkesempatan nak buat entry review yang kedua lanjutan dari INI... Kali ini, iolss nak review Mia Kassim punya entri yang bertajuk Baru Tahu Penat... Sedikit picisan dari entri Mia... 

Assalamualaikum

Kalau dulu selalu dengar mak kita terjerit suruh balik rumah bila dah masuk senja dah...Kita sibuk bermain dengan kawan2, mak sibuk di dapur mo prepare makan malam.... lepas siapkan makan malam, lipat segala kain baju yang selonggok bertimbun yang baru diangkat dari jemuran petangnya tu... sambil membebel suruh anak2 siapkan kerja rumah segala, cepat masuk tidur, nanti terlewat bangun pegi sekolah...besok paginya awal lagi mak bangun, kejutkan anak2 semua untuk pergi sekolah, siapkan sarapan dan bekal segala... lepas semua anak dah pergi ke sekolah, mak mulakan rutin harian, kemas rumah, cuci baju, sapu halaman, sediakan makan tengahari, jenguk kebun kecil di belakang rumah...bla bla bla...sampailah ke malam, kerja mak memang tak habis dan taka akan habis sebab hari2 dia mesti ulang semula rutin hariannya tu...

Kita hanya tahu minta mak itu dan ini...tak terfikir lagi betapa penatnya mak masa tu tapi tetap masih melayan kita juga... mak tak kisah dia penat kah apa asal dapat melayan 5 orang anak2nya ni...dan sekaran aku dah beranak pinak dan ada 3 orang anak sememangnya faham sangat betapa penatnya menjadi seorang isteri dan ibu... lebih2 lagi sekarang ni rata2 ibu bekerja, rasanya betul2 mencabar akal dan fizikal seorang yang bergelar isteri dan ibu...betul kan???  

Aku bangun seawal jam 5, siapkan anak2 pegi sekolah, masak bekalan Damia untuk ke nursery sebab dorang tak sediakan makanan untuk budak 2 tahun ke bawah... nasib baik hubby tak breakfast di rumah sebab dia pun terpaksa mengejar masa ke sekolah...lepas hubby bertolak, aku pula bersiap sedia, mesti bertolak dari rumah sebelum jam 7 sebab takut tersangkut dalam jammed... lepas hantar Damia dan Shamzi, sampai opis kira2 jam 8.00...kerja tik tak tik tak tekan keyboard menghadap pc seharian sampai jam 5.15 petang...kelam kabut balik rumah, selalu sampai jam 6.30 petang... masuk pintu rumah terus campak beg, takda nak rehat2nya, masuk dapur masak, kumpul semua baju kotor, campak dalam mesin basuh, angkat kain di jemuran, kemas2 rumah...bla bla bla...penat aku menulisnya...semua siap (sebetulnya bukan siap pun, kain baju jarang dapat lipat kalau week day, main campak jak dalam bakul...hu hu)...dalam jam 12 baru dapat tidur dan esoknya kembali ke rutin yang sama... hubby kadangkala tolong juga tapi aku tak senang hati juga suruh dia sebab itu semua dah jadi tugas seorang ibu dan isteri kan... (^_^)

Bukannya aku nak merungut ke apa, tapi baru tahu rasa penat yang luar biasa bila menjadi seorang ibu...rasanya memang mak aku penat gila melayan kami adik beradik masa kecik-kecik dulu tapi dia tetap ok dan tersenyum...tiba2 terpikir macam mana pulak dengan nenek (sebelah mak) melayan anak2nya yang seramai 11 orang tu???

Dari entri Mia, apa yang Mia yang nak sampaikan jadi seorang ibu dan isteri ni bukan mudah yer peepss.... siapa kata mudah...bukan mudah menjadi seorang ibu dan juga isteri, semua orang boleh jadi ibu, semua orang boleh jadi isteri...tapi tak semua orang boleh jadi 'ibu' dan tak semua orang boleh jadi 'isteri'... Faham tak permainannya dan mesej yang saya cuba sampaikan??? Nak pegang title tu dan berbangga, gebang2 sana sini memang boleh, tapi perlaksanaannya??? Mama saya pernah cakap, sebelum jadi isteri kita takkan merasa apa maksud dan rasanya isteri tu yang sebenarnya, sebelum jadi ibu kita takkan merasa apa maksud dan rasanya ibu tu yang sebenarnya... Memang betul... 

Jadi seorang isteri banyak perkara tentang suami yang perlu dijaga, dan satu pun tak boleh diperlekehkan... mungkin pada kita nampak remeh or ala tak apa... tapi setiap perkara tentang suami itu penting ok??? Jadi ibu, kena pastikan kebajikan anak2 terjaga dan segala tugasan seorang ibu perlu digalas, lagi2 working wife and mom di kalangan kebanyakan kita ni... tak kurang juga non-working mom... Kedua2nya kerja non stop, ada saja kerja rumah yang perlu dilaksanakan, ada saja keperluan anak2 yang perlu dipenuhi... Memang penat, tapi itu tanggungjawab, siapa kata duduk rumah jadi fulltime housewife tak penat??? Dan siapa kata, jadi working mom itu senang... masih perlu basuh baju, masih perlu iron baju, masih perlu kemas rumah, masih perlu masak bukannya asyik tunjuk di kedai jer makanan...anak2 dan suami pun nak merasa masakan yang sempurna dari kita juga kan? Macam papa saya, biar sekalipun berlaukan sambal tumis ikan bilis, janji dari air tangan mama.... Cuma sekarang... dah berubahlah since anak dah ada kannn? Dan dah boleh memasak... 

Ada orang bila dah jadi isteri lupa nak jadi ibu, dan ada orang bila dah jadi ibu lupa nak jadi isteri... Perkara ni nampak macam tak logik, tapi ada berlaku... trust me... banyak dah berlaku di kalangan kita.... Nak dapatkan yang balance kedua2nya memang payah... Mungkin saya tak merasa macam mana penangannya jadi ibu yang mempunyai anak yang ramai... Tapi seorang pun saya dah boleh bayangkan... Tapi, baik jangan mengeluh, merungut atau mengadu domba sana sini... sebab takut2 jadinya tak ikhlas... Dan Mia bukan merungut tau uolss...cuma dia share experience dia dan apa yang dia rasa...he he he...setiap dari kita yang bergelar wanita, isteri, ibu pasti akan merasa fasa2 ini dalam kehidupan... 

Moral of the stories to those out there, jangan ingat jadi isteri dan ibu tu tak penat yer??? Dan jangan perlekehkan seorang isteri dan juga ibu itu... Isteri dan ibu itu lebih kuat berbanding suami dalam menguruskan rumahtangga... Erks, ada yang nak menafikan ke statement ni??? He he he... 

Post a Comment

29Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. rasa nak setuju je statement perenggan plh bawah tu..huuh

    ReplyDelete
  2. sedangkan jadik sorang isteri dan suri rumah pon dah penat..ne kan pula jadik sorang isteri+ibu+dan berkerja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semua adalah wanita2 hebat ye tak??? tak kira yang duduk rumah atau yang bekerja...

      Delete
  3. Wanita-wanita semua adalah SUPERWOMAN...

    ReplyDelete
  4. Hee... Suami sy dh tahu penat mcm mana... Sbb tu dia x kata pe dh... Tmbh2 dia jaga sebulan dlm pntg ni... Semua keje dia buat.. Jdi no komplen la klu sy x msak ke tak buat keje umah...

    ReplyDelete
  5. setuju..bukan mudah jadi seorg istri & ibu.tanggungjawab berat yang amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebutan mudah tapi perlaksanaan tidak semudah yang disangkakan... *_^

      Delete
  6. Replies
    1. betul syira, semua wanita adalah hebat tidak kira siapa pun...

      Delete
  7. besar tanggungjawab seorang ibu..

    ReplyDelete
  8. wanita ni apa lagi dh jadi mak2 selagi x tutup mata selagi tu lah ade je kerja yng nak dibuatkan !

    ReplyDelete
  9. wanita superb kan....mendidik anak dari sejak lahir..sampai la membesar..macam2 cabaran yang ada...

    ReplyDelete
  10. indeed, one of the best entry..... skang ni bila dah jadi mak, memang selalu teringat pengorbanan mak kita dulu, dah rasa baru tau... ada air mata plak...hheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila cerita pasal ni memang tacing kak...he he he...

      Delete
  11. duduk rumah lagi penat.....banyak keje tak habis-habis 24 jam.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mama pun cakap macam tu...lainlah orang yang memang rasakan tak ada kerja kalau duduk rumah kannn???

      Delete
  12. Dugaan untuk ibu-ibu ni..kena banyak bersabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul kena banyak istighfar... banyak sabar, banyak segala lah dear...

      Delete
  13. ye..sebab tu bila kita mati,kita di bin atau di bintikan nama ibu kita..

    ReplyDelete
  14. Baru aku tahu penat......hehe kata Farah, bukan nak merungut.....yup memang bukan nak merungut tapi sekadar berkongsi pengalaman dan nak bagitahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu membesarkan kita...

    Thanks Farah for the good review! :D

    ReplyDelete
  15. perempuan ni multitasking..semua bende boleh buat..semua tu untuk orang yang tersayang kan :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !