![]() |
Source Extracted from Google |
Bublynotes ni memang jarang nak jadi ahli kaji ramal cuaca...ihikss... tetapi sekali sekala terjadi juga... Hari tu rata2 kecoh pasal cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia kannn??? Dikatakan Perlis akan mengalami cuaca sejuk yang luar biasalah, lepas tu cerita rakan2 blog tentang cuaca sejuk sana sinilah... tapi lat lat, lately ni, kita sekarang tengah menghadapi musim cuaca panas pula... Air di empangan pun dah mula surut tu dan tak mustahil disebabkan musim panas ni, mungkin berlaku musim kemarau dan juga musim catuan air... uhukss, tiba2 teringat isu kemarau 1997 bila bekalan air sangat limited kannn??? Masa tu lori2 tanker SYABAS sibuk hantar air ke kawasan perumahan... (teringat sebat saya kan kerja SYABAS dulu...tapi 1997 tu saya baru Form 3 kot??? ahakss)....
While on the way to office pagi tadi, terdengar berita yang mana biasalah cuaca panas orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti outing atau pendedahan diri kepada cuaca panas yang boleh dikatakan agak melampau sekarang ni. Sebab takut2 dikatakan boleh terkena strok haba panas.
Strok haba panas apa tu??? Jom kita sama2 baca dengan lebih lanjut berdasarkan sumber di SINI
Peningkatan Suhu Keterlaluan Ganggu Fungsi Badan, Boleh Sebabkan STROK HABA
Cuaca panas di Malaysia satu perkara biasa. Cuma sejak kebelakangan ini, bahang kepanasan agak luar biasa hingga orang ramai tidak lepas merungut dengan cuaca panas membuatkan mereka resah gelisah, berpeluh dan kadangkala rasa mahu pitam.
Walaupun duduk di dalam ruang atau bilik hawa dingin, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang terasa panas, termasuk pada waktu malam.
Situasi itu lebih dirasai di sekitar Lembah Klang dengan catatan purata 35 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, cuaca panas dan kering itu dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal.
Keadaan ini dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun hujung bulan ini yang diramal membawa lebih banyak hujan.
Badan Hilang Upaya
Peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan mengganggu fungsi sistem badan. Haba yang dijana pada badan akan bekerja keras untuk menghilangkan haba.
Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Namun, dalam suhu ekstrem melebihi 32.2 darjah Celcius, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh.
Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100 peratus, penyejatan pelu tidak lagi mungkin berlaku dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahidratan yang teruk.
Oleh itu, cuaca panas ini tidak boleh dipandang ringan dan kesihatan harus dijaga serta sentiasa terpelihara supaya tidak membawa akibat lebih buruk. Antara penyakit yang boleh menyerang akibat cuaca panas ialah sakit kepala, demam, batuk, selesema dan radang kulit seperti ruam.
Kepanasan melampau ini juga sudah pasti akan memberi impak dan menimbulkan masalah kulit, mata, selaran matahari, ruam panas, kekejangan otot, edema haba, sinkope haba, kelesuan haba dan paling serius ialah STROK HABA yang turut dikenali, SUNSTROKE atau HEAT STROKE.
Justeru, orang ramai dinasihatkan membataskan aktiviti di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mereka terkena STROK MATAHARI ATAU HABA yang boleh menyebabkan seseorang pengsan.
Kurangkan Aktiviti Di Luar
Pastinya, ada yang tertanya2 apa sebenarnya STROK HABA. Mungkin juga ada masih mencari jawapan, apakah kesan mudarat strok haba kepada kesihatan dan risiko yang bakal ditanggung jika individu itu berterusan terdedah cuaca panas ini.
Strok haba sebenarnya ialah sejenis bentuk HIPOTERMIA, keadaan suhu badan meningkat lebih dari paras normal. Dalam erti kata lain, STROK HABA adalah penyakit berkaitan haba. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme.
Tidak seperti penyakit haba yang lain, STROK HABA dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ.
STROK HABA tidak sama seperti serangan strok, sebaliknya 'strok' adalah istilah umum digunakan untuk mengambarkan aliran oksigen berkurangan kepada kawasan otak.
Dalam keadaan cuaca yang teruk seperti Asia Barat terutama di Oman, badan kita melaksanakan pelbagai jenis fungsi yang kemudia membebaskan radiasi yang disebabkan oleh 'aktiviti metabolik' melalui peluh atau pembuangan haba daripada kulit. Ini adalah satu cara badan dapat mengekalkan suhu normal. Ketidakseimbangan dalam suhu badan akan mengakibatkan STROK HABA yang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
Semua Berisiko
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zainal Ariffin Omar, menjelaskan STROK HABA adalah keadaan kesihatan atau penyakit berkaitan cuaca panas termasuk keletihan dan kelesuan akibat daripada panas.
Beliau yang juga Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, berkata setiap individu berisiko menghadapi masalah kesihatan terutama yang berisiko ada penyakit tertentu.
"Malah mereka yang bekerja sebagai buruh, peladang, ahli sukan dan tentera serta kanak2 berumur 5 tahun ke bawah mudah diserang STROK HABA. Begitu juga dengan mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid, risiko berkali ganda terdedah kepada gejala berkenaan," katanya.
Dr. Zainal berkata, dalam keadaan ini, orang ramai seharusnya elak memakai pakaian tebal dan ketat kerana ia boleh menghalang panas keluar, penyejatan atau pengeringan peluh.
"Masyarakat memang sedar keadaan ini. Biasanya mereka akan mengambil langkah pencegahan awal. Setakat ini, tiada sebarang kes mengenai kejadian ini dilaporkan di negara ini," katanya yang turut menjelaskan negara lain terjejas termasuk di Asia Barat dan Afrika.
"STROK HABA jarang berlaku di negara rantau ini seperti Singapura atau negara serantau lain," katanya.
Apa yang penting, jangan sesekali mendedahkan diri dengan panas melampau, sebaliknya perlu menurunkan suhu badan dengan cepat untuk mengelakkan sawan, kerosakan organ atau kematian selain mengekalkan pernafasan mencukupi.
Ini boleh dilakukan dengan berada pada persekitaran yang sejuk, tidak berpakaian tebal, kerap mandi. Mungkin anda boleh juga menggunakan pek ais diletakkan pada leher, ketiak dan pangkal paha.
INFO: AMALAN MENGELAK JANGKITAN PENYAKIT SEPANJANG MUSIM PANAS
PERLU:
- Banyak minum tanpa mengira tahap aktiviti uols. Jangan tunggu hingga dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Berada di dalam rumah atau bangunan.
- Hadkan aktiviti luar.
- Berehat dengan kerap.
- Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.
- Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar.
- Sewajarnya pakai pakaian diperbuat daripada 100% kapas.
- Pakai topi atau payung. Ia dapat mengelak mengawal 40% haba pada bahagian kepala.
JANGAN/TIDAK PERLU:
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
- Jangan duduk di dalam kereta yang bertutup tanpa pendingin hawa.
- Bersenam dalam cuaca panas.
SIMPTOM STROK HABA:
- Muka kemerah2an.
- Tidak berpeluh.
- Suhu badan meningkat ketara.
- Sawan.
- Sakit kepala.
- Denyutan nadi pantas.
- Tidak sedarkan diri.
- Lesu.
- Bingung.
- Kulit kering.
BAGAIMANA MERAWAT MANGSA STROK HABA???
- Mangsa STROK HABA mesti menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan organ kekal. Pertama sekali, menyejukkan mangsa. Bawa mangsa ke kawasan yang redup, tanggalkan pakaian, sapukan air sejuk atau suam pada kulit.
- Kipas mangsa untuk menggalakkan peluh dan penyejatan. Letakkan pek ais tempat di bawah ketiak dan pangkal peha.
- Jika mangsa mampu untuk minum cecair, berikannya minuman, tetapi pastikan ia tidak mengandungi alkohol atau kafein.
- Pantau suhu badan dengan termometer dan teruskan usaha penyejukkan sehingga suhu badan turun ke 38.3 hingga 38.8 darjah celsius.
- Jika keadaan tidak berubah, segera bawa ke klinik atau hospital.
*Semestinya mencegah lebih baik dari terkena...it's better to be safe than to be sorry...makanya peringatan kepada diri sendiri, kurang2kanlah aktiviti outing dan bawak2lah duduk kat rumah yer... sekali sekala ok kot??? Asalkan duduk dalam bangunan... dan minum air yang banyak bagi mengelakkan dehydration.
akak pun dah selalu sangat sakit kepala nie..mata pun dah panas..harap-harap tak terjadi apa2...kena lebih berhati-hati nie
ReplyDeletebetul kak cuaca sekarang ni teruk dan tak bagus, kitalah yang kena jaga kesihatan... take care kak...
Deletealahaii..baru ingt nak book aviilion...tapi panas ni acanne..
ReplyDeletebook ajerlah babe... heee asalkan menjaga kesihatan dan mengambil langkah2 keselamatan...
Deletekena alert ni...mak saudara Cik Anis pun dah demam...tambah pulak denggi pun makin menjadi-jadi jugak ni sbb Cik Anis di utara perak dah terima hujan sikit-sikit
ReplyDeletebaik kita alert dan cegah sebelum berlaku sesuatu yang tak diingini...
Deletesekarang pun kat sabah nie dah beransur panas brbanding minggu lps hujan
ReplyDeletecuaca panas di mana2 saja lya...
DeleteSabtu lepas akak migrain tahap giler dah...raasa nak hantuk kepala..nak mengamuk jer sbb pms...last2 pi lepak shopping mall nak kasi sejuk badan...2 hari berturut...haram sejuknya..lagi menyirap hati ada la....muahahaha
ReplyDeletesampai hari ni kannn sakit kepala??? rasa cam nak tumbuk orang??? get well soon kak long...
Deleteakak kalau panas sangat mesti kena sakit kepala....
ReplyDeletesamalah kita kak...
Deletebaru dengar tentang strok haba ni kat radio pagi tadi dear, tak boleh terdedah kepada panas cahaya matahari. Hurmmm baru nak sedut vit. E ke vit. D? hehe
ReplyDeletekita guna alternatif lain lah dear??? boleh???
Deletetakut kan.baby mmg xleh bawak keluar lah.kena duk umah dulu.
ReplyDeletememang jarang bawak Ash keluar... hu hu hu... takut effect pada dia kannn??? cuaca tak menentu sekarang ni....
DeleteHari tu sejuk sangat, sekarang ni panas sangat. Cuaca dunia pun dah macam biol sekarang ni. Kesan pencemaran alam dah makin teruk agaknya.
ReplyDeletebetul tu sebenarnya mungkin ni semua disebabkan oleh kesan pencemaran alam...
DeleteAlhamdulillah, saya kat Alor Setar ni tak lah panas to the extend, tapi hujan memang tak ada dah agak lama dah... dalam 2 minggu kut adalah... Tapi saya dok risau jugak tengok budak2 sekolah time ni ada latihan merentas desa. Tiap-tiap hari dalam pukul tiga nanti ada budak-budak sekolah dok lari depan taman (laluan merentas desa 3-4 buah sekolah berdekatan)... Kalau dorang tak minum banyak air, nak kena strok haba atau heat strok tu memang besar chances dia... masalahnya strok haba ni kalau teruk boleh jejas internal organ... very dangerous...
ReplyDeleteyup itu yang kita tak mau sampai jadi dysfunction of internal organ...
Deletetulah pasal dok bisng2 kat adik bila dier main luar rumah. kena minum air secukupnya kan farah !
ReplyDeletebetul tu kak, kena minum air yang secukupnya...
Deletetu la kan.agak bahaya juga kan.
ReplyDeletetima kasih berkongsi sis..
kena berhati hati demi kesihatan
my pleasure CikSu...
Deletesebab tu jarang dah saya kuar tengahari..eii idok le..rasa mencucukk
ReplyDeletebetter duduk dalam rumah atau bangunan kannn???
Deletememang pans betul kak sekarang ni..rasa mcm nak dok dlm bilik air lama2 je
ReplyDeleteair dari tangki pun panas dear... lain kalau mandi pagi2 atau malam2 memang sejuk...
Deleterisau kalau kena kat budak2 je... diaorg bukan perasan kalau ada tak kena dgn diorg...
ReplyDeleteha ah kak budak2 memang tak perasan kalau ada benda yang tak kena kat diaorang, kita nilah yang kena pantau kan???
Deletewah good info...
ReplyDeleteuntuk perkongsian bersama...
DeleteNice info.. Mmg kna minum air byk..
ReplyDeletetapi jangan minum ais banyak kan maria??? ^_^
Deleteakak.. kt penang ni pun dah de hutan yg terbakar sebab terlampau panas . .
ReplyDeleteitu dah panas sangatlah tu...
Deletememang kuar keluar skang ni.tapi husband pergi kerja hari² risau juga sbb die ni alah cuaca panas..cepat pening..skang pun baru baik selsema n batuk..hopefully musim panas ni akan berakhir hendaknya..aminn
ReplyDeleteakak ni tengah batuk dan selesema ni tak elok2 lagi... akak pun risau sebab suami akak banyak kerja luar...
Delete