Cara2 Memakai Eyeliner...

Farah Waheda Wahid
37
Source Extracted from Google
Atas permintaan dari Mrs.Eady dari entri Tips Pemakaian Blusher semalam, saya cuba juga untuk berkongsi dengan uolss cara2 pemakaian eyeliner...wakakaka...dah bunyi macam beauty consultant pula dah Cik Puan Bubbly ni... *_^... 

Eyeliner ataupun dalam bahasa mudahnya celak adalah salah satu komponen kosmetik wanita yang pada saya wajib dipakai untuk mempertegas (ayat cam semacam jer ni...muahahaha) dan memperindah bentuk mata. Biasanya eyeliner digunakan pada berbagai bentuk mata, mulai dari mata sepet, mata bulat hingga mata lebar. Dengan menggunakan eyeliner dengan tepat maka mata akan terlihat semakin bertambah tajam dan tegas. Tetapi, ramai juga antara kita (termasuk saya juga masa mula2 bersolek dulu) rasa macam payah jer nak pakai eyeliner ni... ekekeke...masa mula2 bersolek dulu pakai jenis pencil jer eyeliner, tapi sejak 2 tahun lepas dah lebih selesa pakai yang jenis liquid... Macam mana nak pakai eyeliner dengan senang, sebab kadang2 tu kita dah pakai tapi nampak cam selekeh, comot atau tak sesuai dengan apa yang kita harapkan???

Sebenarnya cara nak pakai eyeliner ni tak adalah sesusah mana pun kalau kita dah tau cara dan teknik yang tepat dalam mengaplikasikanya, sesuai dengan bentuk mata uols. Untuk itu, bagi yang ingin mencuba memakai eyeliner dengan tepat dan mudah...jomlah sama2 kita go through cara memakai eyeliner dari artikel yang saya petik dari SINI... Tak sempatlah uolss nak buat video tutor...ahaksss lepas ni nak jadi V-Log-Ger lah pula, senang sikit nak buat tutor make up make up ni...ihiksss... itupun kalau tak rasa seganlah iolss...muahahaha...

CARA MEMAKAI EYELINER
  •  Tarik garis pada kelopak mata uols dari bahagian dalam ke hujung bahagian luar mata (bahagian tangan yang lain sambil menarik hujung kelopak mata agar lebih mudah masa nak apply dan memberi garis eyeliner lebih lurus). 
  • Apply eyeline secara berulang2 untuk kedua kalinya. Mulakan dari bahagian tengah mata hingga ke bahagian hujung mata. Bagi yang nak buat style cat eyes atau bergaya K-Pop... tarik yang hujung meruncing ke arah atas.
  • Untuk bahagian bawah mata, apply pencil eyeliner dengan cara menarik hujung kelupak mata bahagian bawah. Time apply pencil eyeliner, bukalah mulut uols so that otot2 mata menjadi lebih kemas dan usap hujung pensil dengan kapas supaya lebih lembut masa apply ke bahagian mata.
Nak tarik mata? macam mana nak tarik... jap...tengok gambar kat bawah ni...

Source Extracted from Google
Ha tarik macam tu yer uols, sampai kulit di kelopak mata tu tegang...tapi jangan cederakan diri dan mata pula yer... hu hu hu...

Selain cara di atas, uols juga boleh mencuba menggunakan cara dengan memakai eyeliner yang sesuai dengan diri uols dengan jenis eyeliner berikut:
  • Uolss boleh apply pencil eyeliner dengan cara menarik kelopak mata mengarah ke atas agar lebih mudah masa nak membentuk garisan pada mata. Lepas tu buatlah garis sedekat mungkin dengan garis bulu mata, supaya nampak lebih natural dan bentuk mata akan terlihat lebih tegas.
  • Kalau dalam kes nak apply liquid eyeliner atau eyeliner cair pulak, uols boleh mencuba dengan memastikan terlebih dahulu, sama ada bulu2 berus nak apply tu tergumpal ke tak, ada sisa baki eyeliner yang dipakai sebelum ni yang dah keras ke tak sebelum nak apply. Bersihkan dulu yer... Lepas pada tu, masa nak buat garisan, ensure tangan uolss tak bergetar atau bergoyang...kalau tak memang comot... hu hu hu... Nak senangkan kalau nak buat garis yang kemas... uols boleh buat tanda titik pada sepanjang garis mata. Lepas tu barulah sambut dot dot dot tu dengan buat garis dalam sekali gerakan lurus. *_^
  • Kalau uols ada pencil eyeliner yang cair pula, cara pun hampir sama dengan liquid eyeliner...bezanya, kemasan pencil eyeliner yang cair lebih mudah dan praktis. Eyeliner bentuk gel pun senang, colek sedikit ajer... lepas tu senang jer lukis... biasanya eyeliner bentuk gel ni senang nak buat garisan yang runcing dan tipis. Cara pemakaian eyeliner gel lebih kurang sama juga dengan liquid eyeliner. 
Itulah cara2nya nak pakai eyeliner uolss... dan kalau nak lebih jelas boleh search kat YouTube, memang banyak tutorial kann??? ^_*... Saya memang tak boleh kalau tak pakai eyeliner, mesti nak pakai eyeliner juga...muahahaha...mata dah besar dan galak pun sibuk lagi nak pakai eyeliner... ngeh ngeh ngeh... yelah eyeliner tu pelengkap lah uols... kalau dah make up tak pakai eyeliner rasa cam tak complete jer... kalau tak make up pun sekadar pakai loose powder pun, still nak pakai eyeliner...kat rumah tak do lah...wakakaka.... tu melampau lah kalau kat rumah pun nak make up juga... rumah natural sudah...make up selalu pun tak elok juga...tak bernafas pula kulit tu nanti...eekekekeke.... 

Post a Comment

37Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ros pun mula mula pakai payah je rasa... sampai berair-air mata ni. Hahhah. Bila dah banyak kali try, baru ok. Tapi mata atas je boleh. Mata bawah, memang tak past lagi. Hikhik..

    ReplyDelete
  2. nice sharing farahh..samalah dgn kita..even nak hantar anak ke sekolah pun mesti nak kena pakai eyeliner.. hehehe~

    ReplyDelete
  3. eyeliner ne wjb sy pkai klu nk g mna2...pa pn,tq ats p'kgsian cara pkai eyeliner ne.b'guna utk sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita perbaiki teknik dan skills kita dari semasa ke semasa... he he he

      Delete
  4. Aku kalau pakai eyeliner mesti ambik masa dalam 10 minit hingga 15 minit gitu...payah sangat sampai berair mata...hehe

    ReplyDelete
  5. yaya tak pakai eyeliner sebab tak reti :D

    ReplyDelete
  6. akak tak pernah pakai kot..sbb asyik comot momot je..haha

    ReplyDelete
  7. tq sharing kak..kadang² nak cepat calit je takde bentuk.hihi

    ReplyDelete
  8. Wah...nak kena g kelas ni farah...akak guna yg berpusing jer tak perlu sharpener...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pusing2 tu pun mudah, cepat dan ringkas kak...

      Delete
  9. Fuza suka pakai yang pensel dari yang gel.. Berpeluh nanti comot..haha

    ReplyDelete
  10. hihi...satu satu alat solek yang cik akak tak pernah pakai....hihi...
    memang serius tak reti nak pakai....
    kang salah liner...hahaha...masuk lak bijik mata kan...hihi

    ReplyDelete
  11. dah lama tak pakai eyeliner... tengok tips ni tetiba rasa nak pakai... tapi cam malas...hhee

    ReplyDelete
  12. tak pernah pakai eyeliner sbb dneo tak suka bersolek.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. deno cute cam budak sekolah lagi... muka pun mulus gebus jer... tak pakai make up pun ok.... ^_*

      Delete
  13. yes..pika sentiasa perlukan eyeliner~~
    hahaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pika akak tau... he he he... kita serupa jer pika... ^_*

      Delete
  14. Aima mmg tak dapat la bab2 eyeliner ni. Mata ku sgt ler sensitif. Sat g kang menangis buat rugi je duk bubuh eyeliner. Bukan apa kak, aima takut betul kalau2 tercucuk mata tu sat gi.

    ReplyDelete
  15. wahh..i like it i like it ahak ahakk! :)

    TQ Farah, tq so much..makne nyer kene cari celak yg kaler putih tu pulak, now pandai pakai pensil je but liquid masih lagi gagal..

    ReplyDelete
  16. terima kasih informasinya kang, mudah2an berguna untuk kita semua.
    maju terus pantang mundur,sukses buat websitenya
    harga hp samsung

    ReplyDelete
  17. MAKASIH BANYAK ATAS INFONYA
    SEMOGA SUKSES
    TERUS UPDATE INFORMASI YANG LEBIH MENARIK
    JANGAN LUPA BERKUNJUNGNYA :
    jasa pembuatan tesis
    kartu lebaran idul fitri 1435H 2014

    ReplyDelete
  18. Lengkap juga tips memakai eyeliner di atas. Mau Coba ah biar nak tampil cantik pula

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !