![]() |
Source Extracted from Google |
Masa Ash mula2 lahir dulu, saya akui memang saya agak kekok untuk pegang atau dukung Ash. Seriously tak biasa, sebabnya anak2 buah saya semua saya tak pegang atau dukung sewaktu mereka baru lahir, bila kepala mereka dah tegap baru saya berani untuk dukung. Agaklah macam mengambil masa juga untuk saya biasakan, dah nama pun jadi mummy kann??? Nak tak nak, mesti macam mana pun nak pegang juga anak... jadi tawakal dan beranikan diri...muahahaha...nampak tak punyalah risau... Tapi lama kelamaan dah jadi perkara biasa bagi saya... orang kata alah bisa, tegal biasa ye tak???
Hari2 pertama selepas kelahiran, baby memang nampak macam rapuh dan lemah jer. Disebabkan tu kita mungkin rasa was2 dan kekok ketika mengangkat baby dari tempat tidur. Sebenarnya, baby amat suka didukung kerana dukungan yang baik dapat memberikan kehangatan serta kenyamanan yang mereka rasa selama 9 bulan dalam rahim ibunya dulu.
Cara Mendukung Baby
Menurut pakar, baby yang baru lahir perlu dipegang dengan penuh berhati2 kerana ketika ini leher, kepala dan anggota badan baby masih belum matang dan tidak kuat. Huh, nak nak lagi Ash ye tak, masa keluar tu 37 weeks...nasib tak premature anak iolss tau, hampir2 sikit jer lagi nak jadi premature... Alhamdulillah dia bertahan juga dengan complication itu... Thank you Allah... Jika tersalah pegang, mungkin baby akan mengalami kecederaan. Setiap kali nak angkat baby, sama ada mengendong dengan alat gendong atau tangan, pastikan tubuh kita sudah sedekat mungkin dengan tubuhnya so that baby cepat sampai dalam dakapan. Angkat baby melalui bawah badannya atau kedua ketiaknya sebelum meletakkannya di dalam posisi dukungan tertentu. Cuba dapatkan posisi yang selesa ketika mendukung kerana bila kita selesa, kemungkinan besar baby kita pun turut berasa selesa and vice versa.
Posisi Mendukung Baby
Posisi pendukungan baby berbeza2 mengikut kesesuaian umur baby kerana ia bergantung kepada kekuatan struktur tubuh baby.
0-3 Bulan:
1. Dukung Di Dada
Ini merupakan cara yang paling biasa dan boleh dipraktikkan kepada semua baby. Dekatkan tubuh uols ke arah baby. Dengan lembut, selitkan kedua telapak tangan ke bawah tubuhnya. Satu tangan di leher dan kepalanya, satu tangan di punggung. Pastikan posisi kedua2 tangan sudah mantap sebelum mengangkatnya. Apabila baby berada dalam kedudukan sejajar dengan tubuh kita, mulailah mengatur posisi kedua lengan untuk menopang punggungnya dan belakangnya. Tangan yang tadinya memegang punggug akan mengampu punggungnya manakala tangan yang satu lagi haruslah menyokong bahagian belakang dan lehernya.
2. Posisi Dodoi
Kepala baby akan menghadap ke arah uols dan badannya berada di tengah. Ia posisi yang paling sesuai untuk mendodoikan baby dengan selesa. Malah ia juga posisi untuk memudahkan uols memberi penyusuan ibu kepadanya. Teknik ini membantu menguatkan otot anggota badannya terutama bahagian tulang belakangnya.
3-6 Bulan Ke Atas:
1. Bersandar Menghadap Muka
Ketika didukung, leher dan punggungnya tidak semestinya disokong lagi kerana tulang dan otot baby sudah semakin kuat. Biasanya, baby berusia 3 bulan boleh duduk di pangkuan dengan disokong. Oleh itu, mulai usia ini baby lebih senang digendong dengan posisi ini.
2. Duduk Menghadap Depan
Apabila baby mencecah usia 4 bulan, cara menggendongnya kini lebih santai dan chillex, dengan kepelbagaian posisi seperti menghadap ke depan, belakang atau berhadapan. Menghadap depan adalah gaya dukung babyi yang paling diminati kerana baby memiliki luas pandang yang lebar.
3. Dukung Di Pinggang
Mulai usia 5 bulan, baby semakin berat dan aktif bergerak. Dengan posisi ini, baby didudukkan di pinggang dan disokong oleh satu lengan. Kedua2 kaki baby melingkari pinggul kita. Melalui cara dukungan ini, satu lagi tangan bebas bergerak untuk melakukan sebarang aktiviti lain. Mengemas atau memasak sambil dukung anak kaedahnya...ahaksss...
PERINGATAN!!!
- Tangisan atau gelisah merupakan salah satu tanda baby tidak selesa dalam dukungan uols. Dukungan haruslah kemas, tetapi jangan terlalu erat mendakapnya.
- Jangan teragak2 untuk mengikuti keinginan baby, sama ada ingin didukung terlentang, setengah duduk, menghadap depan, atau menghadap belakang. Setiap baby mempunyai kegemaran yang berbeza.
- Jangan menggoncang atau menghayun baby dengan terlalu laju ketika mendodoinya. Bayangkan jika uols diperlakukan seperti itu, tentu mual kannn???
- Jika mengendong dengan kain batik lepas atau alat penggendong baby, pastikan alat gendong ini diperbuat daripada bahan yang kukuh tetapi cukup lembut dan selesa. Pastikan juga lubang untuk kaki tidak terlalu besar so that bayi tidak tergelincir.
SUMBER: SINI
Assalamualaikum farah.. nice sharing tips.. kena bookmark ni.. lama tak pegang baby.. Dulu ada pengalaman jaga adik bongsu. Nak jaga anak sendiri, cuak lahaiiii. hihi
ReplyDeletewsalam sheila, sebenarnya masa type entri ni teringat diri sendiri dan teringat pada sheila to be honest... hu hu hu...
Deletepaling takut pegang atau dukung baby yang bawah usia 3 bulan..
ReplyDeleteye kak memang pun...
Deleteade jugaklah pengalaman pegang anak² buah masa kecik..InshaAllah boleh nanti nak dukung baby.Mudah²han ade rezeki..aminn
ReplyDeleteIn Shaa Allah fiza, akak doakan yang terbaik buat fiza yer...
DeleteKena hati-hati dukung baby...nnti tersalah pegang sakit pulak...
ReplyDeletebetul kak kalau tersalah pegang takut menimbulkan kecederaan pula pada dia...
Deletedah lama tak pegang baby, kalaula muda lagi nak je akak beranak lagi, takpela..tunggu cucu ke, ahakss..( tiru farah )
ReplyDeletecomel je dukung baby kann..hehe..nice tips
ReplyDeletesharing is caring... tq farah...
ReplyDeletealhamduliah ms balik kpg ritu..iols mandikan bb salin berak b
ReplyDeletexdelah kekok mn..hahahah cehhhh dah nak masuk 4 org kekok ape lagi kan hahaha
Klu baru lahir tu mmg xkn pggla ayut jawab ye..klu dh 3bln tu bru berani.tu pon tampuh blkg leher tu takutttttt.haha
ReplyDeleteperkongsian yang bagus ni... memang macam tu la... dokong baby..
ReplyDeleteZara dulu keluar masa 38 weeks rasanya..
ReplyDeletemy hubby walau ank dh dua still kekok pegang baby..1 stail je die pandai :) tp ok la kan sbb nak jugak pegang baby
ReplyDelete