![]() |
Source Extracted from Google |
Beza Di Antara Asam Pedas Melaka dan Johor...
Bercerita tentang makanan dulu hari ni... ^_^... Cerita tentang asam pedas. Masakan kegemaran papa saya. Biasalah Melakarians kann??? ^_^... Masakan yang popular di Melaka dan memang bila dapat makan masakan asam pedas Melaka ori... perghhh sangat awesome.
Negeri Johor pun tak kurang kehebatannya bila bercerita tentang asam pedas ni. Dan setiap negeri memang ada cara yang tersendiri dalam masakan asam pedas masing2 dan resipi yang berlainan. Yang agak popular sepertimana ramai orang tahu adalah asam pedas Melaka dan asam pedas Johor.
Saya dibesarkan dengan asam pedas Melaka dan sejujurnya saya tak pernah tahu sebenarnya apakah beza di antara masakan pedas Melaka dan Johor. Ingatkan sama saja selama ni, saya main bedal ajer. Ahaksss nampak sangat iolss langsung tak prihatin. Lat lat tetiba pula hari ni nak jadi prihatin kannn??? Muahahaha...
Asam pedas Melaka, (yang biasa masak di rumah)... menggunakan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serbuk kunyit hidup, belacan, halba, cili kering kisar dan semestinya air asam jawa.
Tapi asam pedas Johor pula, sepertimana yang saya Google2 dan baca, menggunakan halia, cili kering kisar, bawang putih, bawang merah, serai dititik, belacan/udang kering, kunyit serbuk atau kunyit hidup dan air asam jawa.
Bezanya yang saya nampak di sini adalah penggunaan halia, serai yang dititik, udang kering... Hurmmm betul ke Johorians???
*Asyik masak dan makan asam pedas Melaka jer dari kecik sampai besar, now since saya dah 'prihatin' ada bezanya sebenarnya, nak mencuba juga memasak dan merasa asam pedas Johor ni... ngeh ngeh ngeh... ^_*... Boleh eksperimen esok ni ataupun Ahad...
Terimakasih telah membaca artikel Beza Di Antara Asam Pedas Melaka dan Johor.... Jangan lupa share ya
Share
54 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
alahaiii....pagi-pagi dah terliur masak asam nie...lunch karang kene cari la jawab nyer nie..hehehee...
ReplyDeletedah cari belum babehh???
DeleteAssalamualaikum farah! yeahh betul! *johorian*
ReplyDeletewsalam sheila, wah betul ek? thank you...
Deletelaksa penang dan laksa johor okay lagi masuk laksa sarawak dah berbeza :)
ReplyDeleteuikkk tiba2 masak laksa masuk pulak... he he he... kalau laksa akak suka laksa penang...
DeleteTapi ada juga yg letak daun kesom....asam pedas melaka mmg piau.....hoho
ReplyDeleteasam pedas melaka siap dihirup2 lagi kak...
Deletelama iols x masak asam pedas liza hanim
ReplyDeleteala2 asam pedas melaka gak..
tp hubby iols suka asam pedas rebus je tu
campak cili ngan asam keping je tu hahaha
asam rebus masak dengan ikan kembong terbaikkk kak... favourite papa farah...
Deletehihihi..farah org melaka ke? laaaa..saya pun melaka jugak, tapi lahir kat negeri sembilan..tapi since umur 6 tahun dah dok melaka. otomatik jadi org melakalah kiranya. hehehehe..setahu sue, mmg ada bezanya asam pedas johor n melaka. tapi sue lagi suka resepi asam pedas rahsia sue sendiri. nnt try la carik kat entry2 sue yg lama. hehehehe..
ReplyDeletepapa farah orang melaka dan farah original kl... wah ada resipi asam pedas rahsia, ni yang nak godek2 nanti ni...
Deleteowh...camtu ye..hehe..xprenah lagi makan asam pedas johor dan melaka..hii
ReplyDeletehabis tu biela memang tak makan asam pedas ek?
Deleteaiza tak pernah mencuba asam pedas negeri johor.. aiza ingatkan sama sahaja.. hehe..
ReplyDeleteakak pun ingat sama ajer...
Deletearghhhh...stress...asam pedas adalah my fav ever tau...terus terbayang2 ddah ni...sabar jer la..kejam u olls..kejammmmm
ReplyDeleteuhuksss ai kejam ker? maggi dengan ketam tu kejam jugak... muahahaha...
Deleteasam pedas melaka dan johor memang sedap..bila balik melaka memang tak sah kalau tak kena asam pedas orang sana.
ReplyDeleteTapi kalau di johor memang berlainan farah,cuma tak pasti letak udang kering tu..sbb tak pernah masak letak udang kering pun.
Paling suka masakan asam pedas mak akak..memang terbaik kepekatannya..hihi
mum's cooking is always the best kan kak eda?
Deleteusi..
ReplyDeleteingt gambar hasil tgn akak td..
hehe..
shark mn2 pun baham.
janji dia sodap..
tp still xleh celen airtangan mak :)
air tangan mak kita adalah yang terbaik bagi kita semua kannn???
Deletesalam. muahahaha..tengok gambar saja da buat sy terliur..
ReplyDeleteoo..rupanya ada beza jugak ya..hihi
salam itah, ha ah ada beza...
Deletemiza main bedal je
ReplyDeletetak taw pun apa beza nya..hahaa
tapi asam pedas memang the best :)
akak pun suka asam pedas...
DeleteKalau di Melaka, yang akak perasan la..sama ada mak mertua masak, di kenduri kendara mahupun di kedai2 asam pedas yang glemer, kuah asam pedasnya agak cair. Versi boleh hirup2 untuk tekak yang kurang berselera. Memang boleh tambah nasi. Tapi kalau di Johor, di kedai2 Muar, Batu Pahat mahupun Kulai, atau JB sekali pun, kuahnya agak pekat dan padat. Akak suka yang macam ni juga sebab bila makan dengan ikan, tak sedar tiba2 dah habis.
ReplyDeleteFarah dah mula suka kedua2 nya kak... ^_^
Deletesedapnye asam pedasssss !
ReplyDeletejohor punye sangat likat kuat dia.
yup akak perasan tu...
Deleteasam pedas dan kenit tiada berpisah. Rindu air tangan mak! huwaaaaa :D
ReplyDeletewah kenit peminat asam pedas tegar rupanya...
Deleteterliur hehe. yaya kalau pergi johor mesti makan lah asam pedas johor. tak pernah cuba lagi asam pedas melaka. :D
ReplyDeleteasam pedas melaka pun awesome tau...
Deletekalau asam pedas melaka cair sdikit dari asam pedas johor.
ReplyDeletemak bella letak skit belacan. fmly joho pangil gulai ikan pari.. sdp nyee !!
mak akak pun letak belacan juga
Deletesedapp tuuu
ReplyDeleteyummylicious kan shira?
Deleteakk belasah je mana2 asam pedas...hheee... bughok betul perangai...
ReplyDeleteeh tak adalah kak, baguslah tu... senang tak memilih makan...
Deletekalo SB lah kan..asalkan masam dan pedas rasa kuahnya..asam pedas lah tu..hihiii..hentam je lah labuuu..
ReplyDeletebagus SB ni, makan tak memilih...
Deletesedapnya asam pedas..tringin nak makan la :)
ReplyDeletemasaklah asam pedas lya...
Deletetak kishalah versi mana, asalkan pedasss..hehe
ReplyDeleteoh muz minat pedas yer??? noted!!!
Deletepada fiza semua asam pedas adalah sama yang membezakan adalah sedap dengan tak sedap je.hihi..fiza ornag johor pun tak pernah tahu ade perbezaan dengan asam pedas melaka..huhu
ReplyDeletebetul tu fiza, kalau sedap berselera kita makan kan??? tak kisahlah versi mana pun...
DeleteSetahu ayut asam pedas johor mmg ltak serai..melaka xde ea?
ReplyDeletemelaka punya version tak ada serai ayut...
Deletebetul tu... kak mia orang johor... kalau tak sempat nak cari bahan2 tu... guna yang ekspress je... hihihihi perencah segera. semua dah ada siap2...
ReplyDeletedah ada yang instant why not kan kak mia? lagi2 ibu bekerjaya macam kita ni... he he he
DeleteEraz lah orang yang paling tak suka pedas... Never!
ReplyDeleteowh eraz tak makan pedas ek?
Delete