![]() |
Source Extracted from Google |
Bahaya Debu Gunung Kelud!!!
Beberapa hari yang lalu, Gunung Kelud di Indonesia telahpun meletus... dan semalam saya terdengar/tertengok di Buletin Utama tentang debu Gunung Kelud ni...
Rentetan letusan Gunung Kelud tersebut, dikatakan hujan abu telah pun menyelimuti daerah Jawa Timur, Jawa Tengah seperti Solo, Sragen dan kawasan sekitarnya termasuk Kota Ungaran dan Cilacap. Daerah Jogjakarta pun dikatakan diselimuti abu vulkanik hasil letusan Gunung Kelud.
Abu vulkanik ni dikatakan berbahaya kepada kesihatan manusia. Selain gangguan pernafasan skala ringan, abu vulkanik yang mengandungi silika berpotensi untuk menyebabkan penyakit paru2 Silikoisis. Silikoisis akan mudah menyerang di daerah dengan tahap debu silika yang tinggi seperti yang terjadi di sana saat ini.
Gegala awal adalah mengalami kesulitan bernafas, terbatuk akibat terhidu debu silika ini ke dalam paru2. Debu silika yang dihidu walaupun dalam jumlah relatif yang kecil dan tidaklah banyak mana pun, boleh kekal dalam tubuh sehingga antara 2 hingga 4 tahun dan pada akhirnya dapat mempengaruhi fungsi kerja organ tubuh yang lain, seperti kegagalan fungsi jantung.
Iritasi pada pernafasan yang timbul semasa abu vulkanik tersebut dengan secara tidak sengaja dihidu sewaktu kita bernafas dapat menimbulkan gangguan pernafasan yang pada mulanya nampak ringan saja, tapi berbahaya untuk jangka panjang, terutama pada kanak2. Makanya, mereka yang terlibat di sana, diarahkan supaya memakai mask kalau nak buat aktiviti di luar rumah.
Selain pernafasan, abu vulkanik yang mempunyai komposisi batuan halus dan silika berpotensi ke atas iritasi mata. Kornea mata yang terdedah secara langsung pada mulanya mengalami iritasi dan boleh tergores kalau tak betul2. Jadinya, mereka di sana dinasihatkan supaya tidak menggosok mata kalau mata terasa gatal ataupun perit disebabkan kesan terkena abu vulkanik atau debu yang tak dapat dilihat. Para pengguna contact lens pun kena lebih berhati2lah gamaknya.
Kulit pun dah tentunya terlibat juga dengan kesan debu Gunung Kelud ni... dikatakan yang biasanya berupa iritasi ringan iaitu gatal2 ataupun kulit jadi kemerahan.
SUMBER: SINI
Risau kan bila baca macam ni, tapi kita jangan risau, In Shaa Allah kerana menurut laporan akhbar KOSMO di SINI
KUALA LUMPUR - Debu dan habuk akibat letusan Gunung Kelud di Jawa Timur, Indonesia tidak akan memberi kesan kepada Malaysia, kata Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia, Azhar Ishak.
Beliau berkata, debu dan habuk gunung berkenaan dijangka tidak sampai ke Malaysia memandangkan angin timur laut yang melanda negara ketika ini membentuk pergerakan ke arah luar Semenanjung.
"Ia (letusan) tidak akan beri kesan kepada Malaysia sebab angin timu laut ini akan bawa ia keluar dari Malaysia," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Kelud yang merupakan satu daripada 130 gunung berapi paling aktif di Indonesia, mula memuntahkan debu, pasir dan batu setinggi 3000 meter ke udara semalam.
Mudah2an tak sampailah ke Malaysia ye tak??? Bukan apa, mencari info ni disebabkan sekarang ni ramai sangat kat office ni yang selsema, batuk dan sakit mata... Iolss iolss sekali rasa tekak tak sedap ni uolss... Manalah tau, kot2 kesan sampingan dari letusan Gunung Kelud ni kan??? Alhamdulillah, bentuk muka bumi Malaysia tak ada gunung berapi kannn??? Bersyukurlah kita seadanya dilahirkan di Malaysia dan dapat duduk di bumi Malaysia ni.
Terimakasih telah membaca artikel Bahaya Debu Gunung Kelud!!!. Jangan lupa share ya
Share
36 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
pernah merasai debu gunung berapi masa kak Tie duk Tambunan Sabah dulu,masa tu Gunung Pinatubo di Filipine meletus..dasat abunya...gegaran juga dirasai masa tu,semua berkumpul ditengah2 padang sekolah..flat pun nampak senget
ReplyDeletewah ye ke kak tie, scary lah sampai bangunan pun nampak senget... farah tengah membayangkan ni... hu hu hu
DeletePenyakit pun banyak bila abu letusan gunung berapi ini mengeluarkan laharnya...
ReplyDeletebetul sangat bahaya dan tak bagus untuk kesihatan...
DeleteMuz ada order barang dr sbrg, dia mintak maaf sebab urusan pos tergendala sbb hujan debu, kesian diorg...
ReplyDeletesemoga hujan debu ni clear dengan segeralah dan muz terpaksalah tunggu sampai keadaan pulih ye tak???
DeleteWahh kawasan yg akak mention tu ada tmpt tinggal kawan Vee. Baru je td bgtau dia asal dr Solo.. Hmm. Nak tanya dialahh esok. Harapnya smua okay..
ReplyDeletehopefully he/she is fine yeah...
DeleteMmg bahaya.. Tpi msyarakat sana mmg thu larva bawa rezeki sbb tu diorg sggup tggl kt situ..
ReplyDeleterezeki pun rezeki juga maria, memanglah larva tu menyuburkan tanaman tapiiii.... hu hu hu, kalau dah membahayakan kesihatan tu???
Deletememang takut kalau rasa benda ni
ReplyDeletebanyak debu mesti susah nak nafas
kena hati2 kan
ha ah, udara yang kotor dan tak segar... banyak mendatangkan bahaya kepada kesihatan... hu hu hu ....
DeleteThanks for sharing kak ! Baru tahu .
ReplyDeletemy pleasure dear...
Deletekita yang kat sini pun dah takut..macam manelah diorang kat sana ye..mybe sbb diorang dah terbiasa kot..harap tak bawa ancaman untuk kita.
ReplyDeletemudah2an tak membawa ancamanlah kepada kita semua kak eda...
DeleteNgeri juga….
ReplyDeletebukan setakat ngeri jer kak, seriau juga...
Deletebesyukur sangat Lya tinggal di Malaysia nie
ReplyDeletenasib baik ada cik angin yang baik hati tiup debu tu ke arah lain,kan..
ReplyDeletedangerous kan babe.. hope tak merebak sampai malaysia..
ReplyDeletetapi kan babe bila difikir2 kembali, ramai jer yang batuk dengan selsema dan demam sekarang ni, dan udara pun bau asap jer, ye ker tak sampai Malaysia???
Deletetapi pagi tadi penuh je udara mcm berasap..mcm mana dia boleh kata tak bahaya?batuk selsema demam tu kan bahaya jugak kalau tak dicegah...ermm...
ReplyDeleteiolss pun perasan babe...
Deletexkesah jerebu@asap tu dtg dari mana tp mmg ianya xelok utk kshtan..
ReplyDelete*asap rokok pon membahayakan..huhu*
asap rokok memanglah membahayakan...he he he...
Deletepenat dah blogwalking.rehat sini jap..hehe..
ReplyDeleteterima kasih kerana memilih r&r sini syira... *_^
Deletemmg bahaya kak..
ReplyDeletetgk saja gambar yg shark publish kt blog tempoh hari..
seram tengok.
memang seram pun shark...
DeleteGng berapi tgh aktif skrg ni. .ap pon moga kota semua selamat.alhamdulillah msia takde gng berapi...
ReplyDeletemasing2 berlumba2 ek nak meletopsss...hi hi hi...
Deleteada tengok dlm berita. kesian sangat. sorang meninggal sebab sesak nafas.
ReplyDeletemoga2 tak melanda kita debu ni...
Deletemudah²han hujan turun sejukkan bumi..plus,skang musim kemarau.panas air pun dicatu
ReplyDeleteSesape yg ade masalah pernafasan, orang2 tua & kanak2 perlu lebih berhati-hati...Elakkan aktiviti luar ...
ReplyDelete