![]() |
Source Extracted from Google |
Kalau Ash tu perempuan, memang tak dinafikan yang saya pun akan hias Ash tu dengan aksesori2 comel dan sweet untuk dia... He he he, tapi Ash tu lelaki, takkan nak hias2 dengan girly2 aksesori tu pulak??? Lain dah jiwanya nanti... Tak mooooo.... Muahahaha.... Memanglah nak juga rasa ada anak perempuan kannn??? Tapiii, kita terima dengan redha apa saja anugerah pemberian Allah SWT. Yang penting sihat dan sempurna ye tak??? Setiap apa yang Allah beri tu ada sebabnya bukan suka2... At least, bila Ash besar nanti boleh jaga mummy dan boleh protect mummy. Kalau gegirl pula, mummylah yang kena protect sampailah dah kahwin... ahaksss...jauh pulak ke laut dan ke darat mengomel....
Aksesori baby girl such as headbands memang comel2, saya sukaaaa sangatttt. Kalau dapat anak perempuan, lunyailah digayakan...sedangkan Ash ni pun dah macam anak patung dah dibuat...macam2 gaya dibuat untuk dia... apakan lagi kalau dapat baby gegirl ye tak??? Sebab tu saya suka sangat belikan baju gegirl untuk anak2 buah atau aksesori2 untuk anak2 buah gegirl... wakakakaka.... Untunglah dapat aunty yang minat dan suka beli tapi tak tau nak bagi siapa pakai, last2 bagi anak2 buah...
Pada 12 Oktober 2012, 1 artikel telah dikeluarkan dalam Berita Harian, sebuah akhbar tempatan, membincangkan aksesori kepala bayi yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan bayi. Menurut perunding pediatrik dan neonatalogi dalam artikel tersebut, tulang kepala bayi masih lembut terutama pada usia selepas lahir sehingga 18 bulan menyebabkan ia mudah tercedera. Antara perkara yang dibimbangi adalah keadaannya yang ketat, fabrik yang boleh menyebabkan alergi dan headband yang boleh jatuh ke leher dan tersangkut pada sesuatu. Bagi mengelakkannya, beberapa panduan memilih aksesori kepala diberikan.
Jom kita baca sama2 panduan tersebut bersama beberapa panduan tambahan.
BAHAN BUATAN
- Cekak rambut dan headband: pastikan ia dibuat daripada fabrik, kapas atau lembut dan tetap di tempatnya serta memenuhi fungsi mengelakkan rambut jatuh ke mata dan muka.
- Bahan tanpa toksik.
HIASAN PADA AKSESORI
- Renda atau ropol yang keterlaluan menyebabkan bayi tidak selesa.
- Elakkan hiasan yang bergermerlapan (glitter), berbatu kecil atau mempunyai karakter kartun yang dibuat daripada plastik pada aksesori kepala.
- Bagi hiasan reben, pastikan ia daripada jenis yang berkualiti kerana ada reben yang mempunyai tepi yang tajam dan boleh mengakibatkan luka.
- Terbaik jika memilih aksesori ringkas tanpa hiasan untuk bayi.
CIRI2 AKSESORI
- Cekak rambut dan headband: pastikan elastik dan elakkan jenis reben kerana mudah jatuh ke leher.
- Klip rambut: pilih klip alligator yang perlu ditekan untuk membuka dan boleh ditutup ketat. Ia tidak mudah lekang daripada rambut bayi.
- Getah ikat rambut: elakkan sama sekali kerana mudah tanggal pada rambut bayi yang halus dan lembut.
- Bow rambut: pastikan saiznya tidak terlalu kecil hingga boleh dimasukkan ke dalam mulut jika bayi dapat mencapainya.
- Elakkan aksesori yang menyakitkan pada rambut dan kulit kepala bayi ketika menggunakannya.
- Jika ragu2 tentang bahan plastik dan besi bagi klip dan bow rambut, pilihlah cekak atau headband kerana ia lebih selamat.
PEMAKAIAN
- Jangan dipakaikan terlalu lama.
- Buka aksesori kepala apabila bayi tidur atau apabila tiada pengawasan orang dewasa.
- Pastikan aksesori yang dipilih berfungsi sepenuhnya dan cantik dipandang.
BEBERAPA PILIHAN AKSESORI KEPALA BAYI
Ketika membuat pilihan, ingatlah tabiat bayi yang suka menarik apa saja yang dirasakan tidak selesa pada rambut ataupun kepala dan suka memasukkan apa saja ke dalam mulut. Dengan peringatan ini dan panduan di atas, beberapa jenis aksesori kepala bayi yang boleh uolss pilih untuk si comel termasuk:
Cekak dan Headbands
Kedua2 jenis aksesori ini sangat digemari kerana ia senang dipakaikan. Ia biasanya dibuat daripada bahan yang pelbagai bahan termasuk kain kapas, resin dan plastik. Yang terbaik adalah headband yang longgar dan muat2 dengan selesa pada kepala bayi.Pilihan headband adalah terbaik sebagai aksesori kepala kerana biasanya ia terlalu besar untuk ditelan oleh bayi dan boleh dipadankan dengan baju mereka.
Klip Rambut Bayi
Klip rambut biasanya lebih berguna bagi rambut bayi yang sedikit panjang dan perlu untuk disisir ke belakang. Biasanya ia dibuat daripada besi dan plastik, maka elakkan pemakaian yang terlalu ketat pada rambut dan kepala bayi. Pastikan ianya mudah dibuka dan dikunci tanpa menyebabkan kesakitan. Cari klip rambut yang jika bayi menariknya, ia tidak mudah tanggal.
Topi dan Serkup Kepala
Topi dan serkup kepala juga boleh menjadi aksesori kepala bayi yang selamat dan memberi perlindungan kepada bayi daripada angin dan matahari. Pilihlah buatan daripada kain kapas atau bulu. Namun ia agak mencabar kerana bayi tidak gemar membiarkan topi atau serkup kepala berada lama di atas kepala mereka. Gunakan alat pengikat yang lembut dan selesa supaya tidak mengganggu bayi.
Boleh ajer nak pakaikan aksesori ye tak? Janji kita mak2 bapak2 ni buat pilihan yang terbaik serta menepati ciri2 keselamatan.
SUMBER: SINI
selalu jugak nampak mereka pakaikan untuk baby..mmg nampak cantik,tapi kena berwaspada jugaklah kan farah...nasib baik ash pakai topi jer...hehehe
ReplyDeletedah namanya pun lelaki kak, kenalah pakai cap jer aksesorinya...nak buek camno...ekekekeke....
Deletewaa.. good info ( an important refreshed info)... Like you I have 4 boys and 2 girls.. the girls are in year 5 and form 2 already... so they are not wearing 'gugirl' things anymore.. but I tell you, teenage gurl... wow... now they are into light 'make-up' things with all those facial cleanser and so on... whoahahahaa... :D
ReplyDeleteyup I do realize that, they are into 'light make-up' thinggy nowadays... differ from us kannn???
Deletetq dear for sharing this. yup mmg cantik tp kdg2 baby xselesa..
ReplyDeletekadang2 tgk baby macam seksa jer pakai..
Deletepernah beli utk anak buah ms dia tecik, tapi asyik terlucut je.. hehe
ReplyDeletebesar sangatlah tu zam belikan tu...
Deletekalau baby girl memang comel dipakaikan apa pun..kalau baby lelaki tak ke naya kalau dipakaikan reben :D
ReplyDeletebaby boy limited accessories dia...
Deletemcm2 skang nie hairband
ReplyDeletepilih jea mana yg cantik
tapi kena pastikan ketat ataupun tdk la..
ubun2 bayi masih lembut lagi kan
itulah ubun2 bayi ni sangat lembut....
Deletemy girl memang tak suka pakai aksesori, punyalah excited mummynya belikan yg colourfull tum tapi 5 saat je kat atas kepala ni.
ReplyDeletemummy yang eksited yer...he he he...
Deleteinfo yg menarik...especially yg baru dapat baby gegel..must be excited nak anak nampak cute beraksesori..so now kena lebih take the weight akan buruk dan baiknyer beraksesori ni..kann ! :)
ReplyDeletebetul tu kak, sebelum apa2 kena fikirkan pro and consnya...
Deletebanyak pilihan sebenarnya..macam headband tu..ada y jenis keras & ada y lembut..y ang lembut tu..sangat flexible..kena tengok saiz kepala baby jugak..
ReplyDeletebetul mar kena tengok size kepala baby, tak boleh nak main sauk jer...
DeleteAkak pernah beli masa yang bongsu nie batu beberapa bulan jer...lagi pun masa tu raya...pakai sekejap jer pun...hihi
ReplyDeletebudak2 cam tulah kak, biasanya pakai sekejap jer...
DeleteKena hati2 tak leh simply main sarung ja, kesian bebudak tu bkn au nak bantah lagi..hehe
ReplyDeletebudak2 ikut jerlah apa yang parents lakukan...turutkan ajer...he he he...tak pandai nak lawan atau bantah lagi kannn???
Deleteade sstgah baby rimas kann
ReplyDeletebetul tu syira, ada sesetengah baby memang rasa rimas...
Deletenampak comey aje bila baby girl pakai... rupanya ada juga bahaya yang tersembunyi...
ReplyDeletesy tenggelam timbul, kak farah... itu pasal kak farah tak perasan sy... hihihi~~
ooo macam chipsmore ek ruha... memang comel kan bila baby girl pakai... ^_^
Deletebahaya jugak rupanya
ReplyDeletetapi untuk baby kecik je la kot kan..
pape pun headband ni tetap comey! ;D
akak suka tengok baby gegirl pakai headband mirza...
DeleteMmg. Bg pkai sgt, sbb kepala mcm tercekik aje... Cntik tpi mmbhayakan..
ReplyDeletecantik tapi membahayakan buat apa kann???
Deletealisya akak tu letak la apa pun atas kepala dia... confirm dia bukak...dia xsuka ada benda kat kepala... nak suruh ikat rambut pun susah.. haih!!
ReplyDeletehe he he, ada budak memang cam tu kak, memang tak gemar kalau dipakaikan aksesori yang semacam tu, last2 biar kosong jer ye tak???
Deletenasib arash laki,lau x mama nye da buh da headban kt kepala...hehe
ReplyDeletekalau ash perempuan dah macam2 dah akak bega...he he he...
Deleteinfo menarik ni.... tq berkongsi yer farah
ReplyDeletekita berkongsi perkara yang baik kak...he he he...
Deletegood info
ReplyDeletethanks for sharing farah
nampak cantik tp bahaya jugak rupanya
: Kurus Macam Olive Oyl Popeye
dalam cantik ada bahayanya...
Deletebenda cantik pun ada bahayanya kan..
ReplyDeleteBagus untuk panduan kita bersama ...
ReplyDelete