![]() |
Source Extracted from Google |
Adik Beradik Keith Foo!!!
Huhhh??? Cerita pasal Keith Foo lagi??? Hari tu dah bercerita di SINI dan hari ni sekali lagi... Ini semua gara2 keywords yang melekat di Bubblynotes semalam... bukan satu atau dua... tapi banyak pulak tu.... semua orang dok pakat cari cerita pasal adik beradik Keith Foo ke??? Iolss tak adalah minat sampai ke situ jauhnya menyimpang...wah ini memang betul2 fanatik minat ni.... Hurmm... untuk tidak menghampakan mereka2 yang mencari info pasal adik beradik Keith Foo ni... iolss tak dapat banyak info tapi inilah yang dapat disajikan...
BAGI peminat tegar sinetron Indonesia pastinya anda mengenali wajah
ini. Dikenali sebagai Keith Foo, 29, jejaka berbangsa campuran India dan
Cina ini sebenarnya merupakan rakyat Malaysia yang sudah lapan tahun
mengemudi dunia lakonan di negara seberang.
Berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, Keith memberitahu, bukan niatnya
untuk terus meninggalkan negara tercinta ini namun dia sendiri tidak
menyangka bahawa dunia lakonannya akan bermula di negara orang.
Menurut Keith, pada mulanya bidang iklan menjadi sasaran utama namun
setelah melihat peluang yang menyapa dalam bidang lakonan, dia langsung
mencuba.
Mengakui pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri namun
setelah lapan tahun dia kini agak selesa malah ada di antara peminatnya
tidak mengetahui bahawa dirinya merupakan rakyat Malaysia.
Saya ke sana untuk mencuba nasib di dalam bidang iklan. Setelah diberi peluang saya langsung mencuba bidang lakonan di sana.
Namun boleh saya katakan peluang sangat sengit memandangkan industri
di sana menerima pendatang baru hampir setiap hari," katanya ketika
hadir ke studio Utusan di ibu negara baru-baru ini.
MERUPAKAN ANAK BONGSU DARIPADA EMPAT ADIK-BERADIK menurut Keith, dia
sangat bersyukur kerana kefasihan bertutur dalam bahasa Melayu
memudahkan perjalanan karier di Indonesia.
Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan bahasa Melayu dan hampir kesemua kawan-kawan saya juga berbangsa Melayu.Dan bila saya mencuba nasib di sana ternyata kelebihan tersebut memudahkan saya," katanya.
Bercerita kembali pengalaman awalnya untuk dikenali di sana, Keith
memberitahu pernah berkongsi rumah dengan beberapa rakan lain
memandangkan tidak mengenali sesiapa di negara itu.
Bukan mudah sebenarnya untuk menjejak peluang di sana. Saya akui tahun pertama agak perit.
Memandangkan tiada sesiapa di sana, saya banyak bergantung pada
ejen. Ada suatu ketika saya terpaksa tidur di atas sofa memandangkan
rumah yang didiami terpaksa dikongsi dengan bakat baru yang turut
menggunakan ejen yang sama," katanya.
Gejolak Hati
Ternyata kemasyhuran serta nama yang diraih di Indonesia tidak dapat
memadamkan gejolak hati kecilnya untuk kembali ke negara sendiri.
Menurut Keith, tempoh lapan tahun di sana banyak mengajar untuk sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapanya.
Saya memang mahu kembali ke negara sendiri dan berlakon di sini dan kini saya sedang cuba mencari peluang yang ada.
Sebab utama saya mahu kembali ke Malaysia tentunya kerana ibu bapa
saya. Melihatkan keadaan mereka yang semakin tua, saya fikir ini
merupakan masa yang sesuai untuk saya kembali ke negara ini agar boleh
berada lebih dekat dengan mereka," katanya dengan dialek Indonesia yang
kadangkala sukar ditepis.
Tahu bukan mudah untuk dirinya mencuba nasib di negara sendiri
memandangkan namanya masih lagi baru di sini, Keith dengan merendah diri
mengakui tiada masalah untuk dirinya bermula dari bawah kerana pernah
melalui pengalaman tersebut lapan tahun lalu.
Saya tidak kisah untuk bermula dari bawah sekiranya ada peluang yang
ditawarkan. Saya sendiri pernah melalui saat itu ketika mencipta nama
di Indonesia dan saya tiada masalah untuk melaluinya semula," katanya.
Merupakan salah seorang pelakon sinetron popular, Cinta dan Anugerah
di samping seorang lagi pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair, Keith
memberitahu sekiranya ada kesempatan dia dan Ashraf pasti akan
meluangkan masa bersama-sama.
Ashraf merupakan antara rakan pelakon saya di sana. Jika ada
kesempatan kami pasti keluar bersama. Bagaimanapun ia tidaklah kerap
memandangkan dia kini sudah berkeluarga.
Selain itu, untuk mengubat kerinduan saya terhadap Malaysia, saya
pasti akan mencari makanan Malaysia," katanya yang menggemari masakan
kari.
Ditanya apakah nasihatnya buat bakat baru tempatan yang mahu mencuba
nasib di Indonesia, Keith mengaku melalui pengalamannya selama ini,
hanya satu yang mampu menjamin perjalanan karier di negara orang iaitu
disiplin dan tidak terlalu banyak kerenah.
Disiplin sangat penting. Di sana terlalu banyak peluang tetapi bakat
juga terlalu ramai. Oleh itu perkara yang akan membantu seseorang itu
untuk berada di sana adalah disiplin.
Selain itu, saya akan menerima apa-apa juga watak dan tidak terlalu memilih," katanya.
SUMBER: SINI
Itu ajerlah info yang iolss dapat tentang adik beradik Keith Foo.... anak bongsu ok? ^_^... Diharapkan para pencari keywords tu berpuas hatilah dengan info dari Bubblynotes yang dipinjam dari sumber. Nak cerita lebih2 iolss pun tak tau... sebab tak kaji pulak dalam2 sampai ke situ...muahahaha...
Terimakasih telah membaca artikel Adik Beradik Keith Foo!!! . Jangan lupa share ya
Share
13 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
sangattt hensemmm..heehe
ReplyDeletegorgeous and hearthrob....
Deletetak minat lah encik ni...hheee
ReplyDeletehe he he... akak minat korea jer kannn???
Deleteowwhh baru kita tau sbb sis dah bagitau :D
ReplyDeletehe he he now you know kannn???
DeleteErmm....dah ramai peminat dia nie...
ReplyDeletedah semakin popular dikatakan ...
Deleteokay...hensem juga mamat ni ek..
ReplyDeletehe's a good looking guy anim...
DeletePatt la nganga je... Pelakon indo rupanya.. X minat citer indon tu yg x knl tu...
ReplyDeleteala.. Rso tak minat lah dengan dia. hihi.. jangan marah wahai peminat beliau ...
ReplyDeletemakin meletops pelakon kacak ni ye
ReplyDelete