![]() |
Source Extracted from Google |
Comelkan gambar baby twins 2 orang kat atas ni??? Saja pilih uolss...wakakaka...sebab comel sangat... Gambar Ash...ala tak mo lah selalu sangat, nanti uolss boring pulak...wakakakaka...kita letak gambar lain dulu, jap jap lagi kat bawah uols tengok Ash yer...
Well, kadang2 kita rasa kita tahu kann? Tapi ada masanya tahu kita tu tak tau sebenarnya pun... walaupun se-experienced mana pun kita, se-cekap mana pun kita, sehebat mana pun kita, kadang2 mungkin ada perkara kita terlepas pandang...dan bagi yang baru pula, kadang2 memang dah ada knowledge dan kadang2 memang tak tau langsung, makanya dari hasil pembacaan hari ini, di SINI jomlah kita sama2 berkongsi ilmu keibubapaan bersama2... *_^
Pada bulan pertama, adalah tempoh penting bagi bayi. Ada 3 perkara utama perkembangan si kecil yang boleh uols perhatikan. 3 perkara tersebut ialah kebolehan belajar, keupayaan bertutur dan kemampuan sosial.
BULAN PERTAMA
Belajar
Untuk anak lebih kenal uols, rapatkanlah muka lebih kurang 30cm daripada si manja. Hasilnya ketika berusia 1 bulan dia sudah mampu mengikut mimik muka uols.
Bertutur
Bunyi pertama yang akan bayi uols keluarkan ialah bunyi tangisannya. Sedari lahir hinggalah usia mereka hampir 1 bulan, hanya menangis yang mereka tahu. Akan tetapi, setelah usia semakin bertambah, anak uols akan mulai belajar mengagah.
Bersosial
Selepas minggu2 pertama lahir ke dunia, bayi uols tidak banyak tindak balasnya. Cuma dia akan menangis jika rasa tidak selesa. Selebihnya, dia akan lebih banyak tidur tanpa apa2 aktiviti lain.
BULAN KEDUA
Belajar
Dalam usia 2 bulan, bayi uols sudah boleh melihat banyak benda. Matanya juga boleh berupaya untuk mengekori setiap pergerakan yang berlaku di hadapannya.
Bertutur
Si manja sudah semakin cerdik. Memberi tindak balasnya sewaktu uols bercakap2 dengannya menandakan dia sedang belajar untuk berkomunikasi walaupun bukan dengan bahasa percakapan.
Bersosial
Bayi uols sudah mula kenal rupa serta wajah orang2 yang rapat dengannya. Ini membuatkan dia kelihatan lebih tenteram dan senang jika berdampingan dengan orang2 tersebut berbanding dengan orang yang tidak dikenalinya.
BULAN KETIGA
BULAN KETIGA
Belajar
Dia semakin pandai. Bayi uols akan mula menunjukkan minatnya terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Si kecil sudah boleh membalas percakapan uols dengan gerakan tubuh dan senyumannya.
Bertutur
Pada masa ini, bayi uols sudah dapat membezakan antara percakapan dengan bunyi2an lain. Dia sudah dapat bertindak balas dengan bunyi yang diperdengarkan kepadanya.
Bersosial
Akibat telah kenal wajah mereka yang rapat dengannya, bayi uols akan kelihatan takut jika mereka dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali. Biasanya tindak balas yang akan mereka tunjukkan ialah memalingkan muka.
dah lama tak der baby kecik nie....hihi
ReplyDeleteha sama ada tambah lagi sorang ataupun tunggu cucu jer kak...he he he...
DeleteAssalamualaikum farah! sweetnya ! melting baca perkembangan baby... cant wait for it ~~~
ReplyDeletewsalam sheila, memang melting, sabar yer masa sheila akan sampai, nanti kalau sheila dah bersalin inform la farah... boleh farah datang lawat, rasanya kita tak jauh kot...
Deletedah besar baby farah.. ash cube nak berckp dlm video tu.. kiut la..
ReplyDeletedah pandai ajak borak dah fiza...
Deletedah tahu dah... 3 hero dah...hheee...mmg dari 1st mth dah bersosial dgn bby... asik kacau dia tidur je...hhee
ReplyDeletemama farah selalu marah kalau farah kacau ash tido...he he he...
Deleteok faham sis..ehehe lps nie dah tau dah prkembangan baby :)
ReplyDeletegood untuk kegunaan masa akan datang... *_^
DeleteSeronok bila kita mengikuti sendiri perkembangan anak kan. Rasa rindu pulak time alia masih baby. Haishh..
ReplyDeleteapa lagi fiza bagi alia sorang lagi adik...he he he...
Deleteapalah yang adik ash cuba nak cakap kat mama dier tu..
ReplyDeletekita kena mengambil tahu akan perkembangan anak..dengan ini kita dapat mengawasi setiap pergerakan moto anak kita sama ada normal or tidak dalam usia mereka...
entah apa yang dia borak pun mummy dia tak faham juga...he he he... betul kak kita kena ambil tahu dan tak boleh pandang remeh dengan perkembangan anak2 ni... farah setuju dengan statement akak...
Deletecomelnya twin tu...bulat mata ngan kepala dia...hehehe...dok tergelak tengok ash kat keek tadi..
ReplyDeletehe he he, akak tengok ek kat keek...comelkan gambar twin tu??? *_^
Deletealaaaa...baru je letak gmbr anak sendiri..hahaha..kang jgn boring tau :)
ReplyDeletetak tak tak, tak boring...percayalah suka lagi tengok ada...
DeleteHehee..tula baby ni akan lalui step by step..kita tak boleh push sangat..janji setiap bulan ada development kan..thank u kak for the info..
ReplyDeletemy pleasure aida...
Deleteseronok bila anak membesar depan mata....akak x rasa step by step sebab bekerja kan....
ReplyDeleteadik pun kerja kak long...he he he...
DeleteLama xde baby dh...tunggu baby sndri la nnt.hoho
ReplyDeletecepat cepat sikit ayut, ash nak sepupu dah ni...he he he...
Deletebest je ade budak kecik kat umah kan . tira ni belum kawin nak ade baby . hehe
ReplyDeleteBestnya..tak sbr dah nie..lagi beberapa mingu nak tnggu baby kuar
ReplyDeleteNice info... Setiap detik dirakam utk kengn...
ReplyDeletemmg momen2 paling indah waktu usia2 macam ni farah
ReplyDeleteAmboi Ashhhh....marah apa ngan mana tu....hehe...lupa dah Farah sebab dah 11 tahun tak de baby kecik hehe
ReplyDeleteapelah ash nak sampaikan tu kan..
ReplyDelete