Tidur Nak Berpeluk Ok???

Farah Waheda Wahid
21
Berkilat2 kepala motak Ash... ha ha ha...Suka pula tengok dia botak tapi dalam masa yang sama tak sabar nak tengok rambut dia tumbuh. Jika sebelum ni, rambut asal nampak macam lebat, tapi sebenarnya tak berapa nak lebat sangat pun, hopefully bila dah cukur ni jadi botak ni, lebatlah rambut Ash. Salah satu petua turun temurun dari arwah nenek saya yang merupakan bekas bidan kampung dulu adalah, lumurkan kepala dengan air kacang hijau yang telah direndam. Motif??? Logik di sebaliknya.... muahahaha jangan tanya saya... yang saya tau menurut kata arwah nenek, itu salah satu cara nak lebatkan rambut... Ok... keberkesanan??? setakat ni saya tengok berkesanlah... dulu anak buah saya yang ada tumor di salah satu buah pinggangnya masa umur beliau 3 tahun menjalani chemotheraphy... bila dah chemo tentu2nya rambut habis gugur dan jadi botak, jadi kami lakukan cara yang sama... lumurkan air kacang hijau tu... Alhamdulillah, lebat gila ok rambut dia selepas pada tu... ^_^... Kita ni cuba berusaha, yang mengizinkan atau menentukan ialah Allah SWT ye tak??? Ash rambut tak adalah sikit sangat tapi mummy nak rambut dia lebat lagi... Muahahaha... Melampau tak??? 

Oopsss over pula cerita pasal botak, rambut segala bagai kan??? Berbalik kepada intipati entri ni dan mungkin akan melencong sikit... ^_*... Biasalah kalau menaip ikut flow ni... taip ajerlah apa yang terlintas ye tak... ekekeke.... lepas tu baru baca balik dan alter... mana2 yang tak perlu kita caras... 

Ash sekarang ni, amboi amboi amboi sungguhlah entah datang dari mana kecerdikan tu tak dapat nak dipastikan... muahahaha... dari mummy-lah kot??? Sangat panjang akal dan sangat boleh dikatakan manja ok??? Hu hu hu... Bila malam dah tidurkan dia lepas tu pelan2 dia mengiring ke side di mana mummy berbaring... kalau sebelah kiri, kirilah dia, kalau sebelah kanan, kananlah dia... Dah kata katil kami berdua yang conquer... muahahaha... ikut suka manalah kan nak tidur pun... lepas dah pelan2 mengiring tu tup tup tup dia slowly2 angkat tangan sebelah... poop... ok saya tipu jer, Ash kecik lagi manalah bunyi macam tu bagai kan kalau dia hempap tangan atas mummy pun... slowly2 tangan yang diangkat tu jatuh menghempap atau landing kat mana2 bahagian badan mummy... kalau leher, leherlah dia, kalau tempat lain, tempat lainlah dia... ikut suka dia... pas tu mummy kena peluk ok??? Kalau tak peluk... memang jagalah lepas tu... Dah menjawab nak tidurkan balik... mummy pun peluk... tidur lena berdengkurlah Ash... kalau bergarit pun signal sama ada diapers dah basah lencun minta diganti atau petanda Ash nak menyusu. Itu jer... Kalau nak ke tandas mummy ni? ha ha ha... kalau boleh tahan, tahanlah, kalau tak boleh kena pelan2 dan jangan sampai Ash sense yang mummy bergerak... ha ha ha 

Manja ke tu? Manja lah kot tidur nak berpeluk bagai... nama pun anak omak... ha ha ha... 

*Lagi satu nak menyelit sikit pasal Ash ni... kalau nak buang air besar dia pandai bagi signal dengan mengajuk mummy yang selalu aturkan dia buang air besar... dia akan kembangkan hidung, buat mulut ikan, muka merah padam dan buat sound signal cam mummy selalu buat... erk erk erk... ha ha ha... dan memang selalunya bila buka diapers dan kita angkat kaki dia 2-2 ... taklah tinggi sangat... pas tu buat sound effect erk erk erk tu baru dia membuang... setakat ni memang tak pernah lagi lah buka2 diapers dia dah membuang... kalau dah bagi signal2 tu... cepat2lah mummy kena bersedia... ^_* 

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. licinnya kepala ash besinar ehehe..sapa lgi ash nak peluk klau bukan mummy kan :)

    ReplyDelete
  2. Sementara mummy masih cuti ye ash..hehe..mesti lebat dan hitam rambut ash lps ni ye..•¿°

    ReplyDelete
  3. amboi dak motak ni..itu kalau tido ngan mummy kalau sekali abah ada caner?x kan abah mengalah tido kat lantai kot..sgt la x ok kan...hahahahahahaha...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum farah...gud boy la die...:)

    ReplyDelete
  5. wah pandai bagi signal bagai...bagus tu..cepat menangkap ajarana ibubapa tu..

    ReplyDelete
  6. @Asha Lya
    betul tu Asha, memang mummy jer lah pun yang sentiasa ada dengan Ash, jadinya memang manja dengan mummy lah... hu hu hu... tak apa mummy pun seronok peluk Ash juga... ^_*

    ReplyDelete
  7. @Cik Mun ha tu la... berkilat pulak bila kena flash... muahaha

    ReplyDelete
  8. @PeRdU cINta
    ha ah PC sementara mummy masih cuti... lepas ni kalau jumpa pun weekday malam jer lah most of the time.. ada tak ada weekend...

    ReplyDelete
  9. @Amanda Suria mama long, Ash kena kepit tengah2... muahahaha... apa guna katil baru yang besar kalau tak utilize betul2 kan??? dia jadi boss kecik, so dia boleh pilih nak peluk siapa yang dia suka... ^_*

    ReplyDelete
  10. @Mas Zull
    wsalam mama, Alhamdulillah so far so good...

    ReplyDelete
  11. @Ummiarissa Mahdi
    ha itulah ummi saya pun tak sangka cepat pulak dia tangkap... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  12. @Mimi Azirah
    mentang2 dia sorang kat rumah kan mimi? macam tu lah gayanya... ^_*

    ReplyDelete
  13. dah berapa berat Ash nie Farah...makin tembam tu....

    ReplyDelete
  14. Kilatnya kepala.....hehe
    tidur mestilah nak peluk2 dengan mummy...baby nak manja2 hehe

    ReplyDelete
  15. a'ah berkilat kepala.. hihi^^ tapi tetap maintain comel :) lama tak datang sini nampak baby mkain comel!^^

    p/s: deno kat kl sampai awal bulan 2, apa2 akak msj kat fb deno takpe ^_^

    ReplyDelete
  16. betul la berkilat... buat kata member saya baby botak comel... kalo dewasa da lain...

    ReplyDelete
  17. saat paling membahagiakn bagi seorang ibu ...:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !