Pantang Larang Semasa Tahun Baru Cina...

Farah Waheda Wahid
27

Source Extracted from Google
Sekadar perkongsian dan mood cuti Chinese New Year dah mari...ihiksss...^_^ Ong mali ong mali...muahahaha...

TUAH BAIK
  • Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada Tahun Baru.
  • Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
  • Gula2 dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
  •  Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari Tahun Baru agar mudah menerima tuah bagi tahun menjelang.
  • Ada orang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan. 
  • Memakai selipar baru yang dibeli sebelum Tahun Baru bermaksud memijak orang yang bergossip tentang pemakainya.
NASIB MALANG (TUAH BURUK)
  • Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
  • Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit" (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya")
  • Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
  • Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini). 
  • Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi Tahun Baru.
  • Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
  • Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sama bunyinya dengan perkataan "kalah".
Ini semua kepercayaan orang2 Cina...kita sekadar baca dan ambil sebagai pengetahuan am sajalah... Jangan pula kita pun sama turut terjebak percaya ok???

Kredit: SINI

Post a Comment

27Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Macam2 diorg ni.... Kita ikut yg melayu dah la...hheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi tak bertentangan ngan syarak oklah kak... hee yang bertentangan tu kita abaikan jer lah...

      Delete
  2. bagus jgk bad luc diorg tu mlarang jgn blanje lelebih msa raya tu
    pakai yg lama lg yg mna masih elok :)

    ReplyDelete
  3. hehe tak apa sekadar prkongsian kan sis

    ReplyDelete
  4. 1jak yang cik tahu...tak boleh menyapu....bile bace entry ne baru tahu lebih mendalam lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik mula2 Farah pun tau bab tak boleh menyapu tu jer... Heee...

      Delete
  5. Banyak jugak pantang larangnya yea. Hehe

    ReplyDelete
  6. setiap kaum ada cara tersendiri untuk mempercayai adat resam masing2..dan tak kurang juga macam kita kan..:)

    salam perkenalan dari akak..singgah sini n follow sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan kak, terima kasih kerana sudi singgah, nanti kita singgah balik dan follow yer...

      Delete
  7. aah org cina pun ada pantang larang kan kak
    asyik meledak je mercun ni..ala2 hari raya gitu
    Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kaum ada pantang larangnya yang tersendiri... bunyi mercun tu toksah cakaplah yumida...

      Delete
  8. Nice info. Seronok tau ttg budaya org lain :)

    ReplyDelete
  9. assalam..yelah diorg ni byk pantang larang..xpe kita tau ..x salah pun..at least kita boleh fhm tradisi diorg

    ReplyDelete
  10. Yg mnyapu lantai tu tahu..tp skrg mxm nmpk je masih mnyapu.hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !