![]() |
Source Extracted from Google |
Sekadar perkongsian dan mood cuti Chinese New Year dah mari...ihiksss...^_^ Ong mali ong mali...muahahaha...
TUAH BAIK
Kredit: SINI
TUAH BAIK
- Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada Tahun Baru.
- Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
- Gula2 dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
- Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari Tahun Baru agar mudah menerima tuah bagi tahun menjelang.
- Ada orang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
- Memakai selipar baru yang dibeli sebelum Tahun Baru bermaksud memijak orang yang bergossip tentang pemakainya.
- Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
- Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit" (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya")
- Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
- Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini).
- Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi Tahun Baru.
- Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
- Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sama bunyinya dengan perkataan "kalah".
Kredit: SINI
Macam2 diorg ni.... Kita ikut yg melayu dah la...hheee
ReplyDeleteselagi tak bertentangan ngan syarak oklah kak... hee yang bertentangan tu kita abaikan jer lah...
Deletehihihi lawok pun ada hiks <3
ReplyDeleteitulah bila baca2 balik ada juga yang lawaknya...
Deletebagus jgk bad luc diorg tu mlarang jgn blanje lelebih msa raya tu
ReplyDeletepakai yg lama lg yg mna masih elok :)
berjimat cermat kaedahnya... ^_*
Deletehehe tak apa sekadar prkongsian kan sis
ReplyDeleteyup Asha sekadar perkongsian...
DeleteNice post, I like it...
ReplyDeletethank you for liking it... ^_^
Delete1jak yang cik tahu...tak boleh menyapu....bile bace entry ne baru tahu lebih mendalam lagi..
ReplyDeleteCik mula2 Farah pun tau bab tak boleh menyapu tu jer... Heee...
DeleteBanyak jugak pantang larangnya yea. Hehe
ReplyDeletetu lah akak ingat sikit jer...
Deletesetiap kaum ada cara tersendiri untuk mempercayai adat resam masing2..dan tak kurang juga macam kita kan..:)
ReplyDeletesalam perkenalan dari akak..singgah sini n follow sekali :)
salam perkenalan kak, terima kasih kerana sudi singgah, nanti kita singgah balik dan follow yer...
Deleteaah org cina pun ada pantang larang kan kak
ReplyDeleteasyik meledak je mercun ni..ala2 hari raya gitu
Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
setiap kaum ada pantang larangnya yang tersendiri... bunyi mercun tu toksah cakaplah yumida...
Deletehihi..macam-macam kan kak?
ReplyDeleteitulah bila baca macam2 pulak anim...
DeleteNice info. Seronok tau ttg budaya org lain :)
ReplyDeletethanks my dear... ^_^
DeleteOuh... macam tu... nice kak
ReplyDeletemacam tu lah lebih kurangnya abak...
Deleteassalam..yelah diorg ni byk pantang larang..xpe kita tau ..x salah pun..at least kita boleh fhm tradisi diorg
ReplyDeleteyup kak, sekadar untuk mengetahui dan memahami...
DeleteYg mnyapu lantai tu tahu..tp skrg mxm nmpk je masih mnyapu.hihihi
ReplyDeleteDISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.