Kunyit Hidup & Selsema Bayi...

Farah Waheda Wahid
23
Nikmatilah gambar Ash dengan double chin yang hampir2 menjadi triple chin itu...Muahahha... Perasan tak dari dahi ke batang hidung Ash tu warna kuning segaris... Itu namanya kunyit hidup yang dioles dari dahi hingga ke batang hidung... Fungsi??? Kalau baby terkena selsema atau hidung tersumbat kesan akibat dari selsema, inilah petua orang2 lama dulu menurut mama saya dan juga saya rasa ramai juga orang yang sememangnya tahu tentang petua ni. Especially yang dah menjadi ibu bapanya. Ahakss entri terhasil olahannya kali ini disebabkan Ash kan tak berapa sihat dengan selsema yang melanda dirinya. Hidung dan nafas tu tak berapa nak seronok pula mummy dengar dan lihat. Jadinya Nek Ma Ash oleskan kunyit hidup ni. 

Kalau sebelumnya dioleskan kunyit hidup ni, Ash resah, gelisah dan tak selesa. Alhamdulillah, selepas dioleskan dengan kunyit hidup hidung tu saya sendiri nampak Ash beransur selesa, lega serta nyenyak tidur. Nak buat macam mana??? atau nak oles macam mana kunyit hidup tu??? 

Terlebih dulu ada ke yang tak kenal rupa kunyit hidup??? Makanya kiranya tak tahu, silalah ambil tahu yer??? Inilah dia rupanya kunyit hidup... 

Source Extracted from Google
Apa yang diperlukan untuk mengoles kunyit hidup ni pada hidung baby selain kunyit hidup itu sendiri adalah lesung batu yer uolss... 

Source Extracted from Google
Nak buat apa lesung batu??? Nak tumbuk sampai lumat ke kunyit hidup tu??? Taklah... untuk asah kunyit hidup tu. 

Meh kita walkthrough cara2nya... 

1. Mula2 kupas kulit kunyit. 
2. Basuh kunyit dengan bersih.
3. Asah kunyit di permukaan kasar pada lesung batu bagi mendapatkan sedikit cecair dari kunyit tersebut. 
4. Sapu kunyit yang telah diasah tadi pada batang hidung baby. Jangan lupa selawat 3x ke atas Nabi SAW. 

Kita usaha, ikhtiar dan tawakal. Harus yakin kepada Allah SWT. Hanya Dia sahaja yang mampu untuk menyembuhkan sebarang penyakit. 

* Parents out there dan bakal2 parents bolehlah kiranya mencuba petua ini ketika atau sekiranya memerlukan. Setakat yang saya lakukan pada Ash. hasilnya Alhamdulillah. ^_^

Post a Comment

23Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang ini petua org dulu2..akak pun guna petua ni....

    ReplyDelete
  2. ada gak guna petua ni kat semua baby k.el tp mostly k.el guna vicks n sapu kat tapak kaki baby n stokin kan then letak kat ubun2 kepala..tu pun boleh ilangkan selsema gak..smpai skun k.el guna lau budak2 tu flu :)

    ReplyDelete
  3. Petua turun temurun ni mummy..kesian ash..

    ReplyDelete
  4. baru aiza tahu petua ini kak farah.. aiza takde anak lagi tak tahu, hehe..

    ReplyDelete
  5. tq utk petua nih..bb sumayyah selalu kena selsema sbb sejuk..huhu

    ReplyDelete
  6. Alahai, siannya Ash tak sehat ye.. Semoga cepat sihat ye sayang.. Btw, hai farah! Lama tak bw.. kebizian.. Huhu..

    ReplyDelete
  7. K nrl pun guna petua ni tuk baby... lg satu sapu vicks(baby balsam)kat dada depan & belakang, kat tapak kaki & ubun2 kepala dia... :)

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing...saya baru je tau ni...lepas ni boleh la dipraktikkan...^_^

    ReplyDelete
  9. kadang² bagus juga petua tradisional ni.good sharing kak

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Farah, memang petua nenek kebayan ni....kak ummi pun guna masa anak-anak kecik dulu, mujarab....alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. kalu orang dewasa selesama, guna cara ni, sama ke kesannya..?

    ReplyDelete
  12. ooo baru tau.kalau dah tua2 mcm kite ni bleh jugak ke guna petua ni?

    ReplyDelete
  13. Petua nenek moyang ni....memang amalkan kat anak2 masa dorang baby dulu...:D

    ReplyDelete
  14. Yg ni ayut xpnh tahu la plak...petua baru utk ayit ni..hahaha.thanks info kak..

    ReplyDelete
  15. akak, tak panas ke kat idung Ash kak?

    ReplyDelete
  16. banyak kegunaan kunyit hidup ini, boleh hilangkan kudis di kaki....

    ReplyDelete
  17. Thanks 4 sharing akak.. baru tahu pasal nie.. sgt2 berguna untuk Emir..=D

    ReplyDelete
  18. Anak nini letak kunyit terus kena marah dgn avi dia sebab kesan kunyit tak ilang...hahahah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !