Cara2 Memotong Kuku Bayi

Farah Waheda Wahid
18

Hamik ko penumbuk sulung dari Ash!!! ^_^...Muahahaha... Tak adalah acah2 jer, ini gambar jari jemari Ash selepas mummy selesai memotong kuku Ash beberapa hari yang lepas... Yesss!!! Akhirnya misi berjaya uols... Iolss berjaya juga memotong kuku Ash...ha ha ha... Ibu baru kannn? Potong kuku pun nak dijadikan cerita kat blog... Pengalaman tu pengalaman, manalah tau 1 hari nanti kalau ada rezeki Ash, dia boleh belek2 entri mummy kat sini dan tersenyum sendiri membaca cerita masa dia kecik2...kannn??? Who knows??? *_^... 

Dari pengalaman sendiri, kalau nak memotong kuku baby ni bukanlah kerja mudah... Yes, memang ada pengetip kuku khas untuk baby...Itu jugalah yang saya gunakan, tapiiii risau juga uolss, manalah tau disebabkan Ash lasak ke, tiba2 berlaku kecederaan yang tidak diingini... lebih2 lagi saya ni mana pernah ada pengalaman menjadi seorang ibu, inilah anak saya yang pertama... jadi segalanya memang baru bagi saya...Kalau Ash jaga, tak tidur memang langsung2lah niat nak memotong kuku tak jadi kan??? Sebab bila berjaga tentunya bergerak dan mesti Ash tak bagi tangannya tu dipegang untuk dipotong kuku... bahaya potong kuku dalam keadaan macam ni, jadi mengikut hemat2 pemikiran saya adalah lebih baik saya tunggu Ash tidur dulu dan kemudiannya barulah saya mencuba2 untuk memotong kuku Ash... Terbukti cara ni berkesan... *_^... tapi memang kena lemah gemalai eh macam nak menari pula...lemah lembut yer uolss.... supaya Ash tak terjaga dari tidur... nanti jadi terbengkalai pula misi nak memotong kuku tu... 

Dan sedikit tips untuk memotong kuku bayi yang comel!!! ^_^... Hasil pembacaan dari SINI

#1: Pastikan uols menggunakan alat pemotong kuku khas untuk bayi dan berada dalam keadaan bersih. Jangan sesekali memotong kuku bayi yang baru lahir menggunakan gunting atau pemotong kuku orang dewasa ya!!! Susah kita nak mengawal kaedah pemotongan nanti dan yang paling teruk boleh melukakan jari2 bayi yang kecil comel itu... hu hu hu... 

#2: Sebaiknya potonglah kuku bayi sesudah mandi, atau pastikan bayi sudah lena tidur untuk mula memotong kuku mereka. Ini SANGAT PENTING kerana uols pasti tidak mahu bertarung sambil memotong kuku seorang bayi yang dalam keadaan tidak selesa dan asyik bergerak kannn??? 

#3: Boleh haluskan hujung kuku yang tajam selepas dipotong dengan kikir kuku jika perlu.

#4: Jika "uols" tak sengaja terkena kulit bayi semasa memotong, tekan perlahan bahagian tersebut dengan tisu atau kain kasa, letak ubat yang perlu...(hu hu hu, moga2 dijauhkanlah ye tak???)

#5: Peringatan! jangan plaster tangan bayi. Kulit bayi akan cepat tumbuh. Bagi kita yang beragama Islam, lebih baik kita memotong kuku si kecil mengikut sunnah.

Source Extracted from Google
#6: Latih diri uols memotong kuku bayi pada hari Isnin, Khamis atau Jumaat supaya fadhilatnya bermula sejak bayi kita masih kecil. Dan janganlah potong kuku bayi uols pada hari yang tidak patut, kerana kita inginkan anak yang terbaik, jadi bermulalah pada peringkat bayi. Jangan remehkan sunnah tau!!! ^_^ 

Pada bakal2 ibu dan juga ibu2 baru seperti saya, harap2 entri ni dapatlah membantu sedikit sebanyak memberi penjelasan kepada uols cara2 memotong kuku bayi... ^_^ Ngee, sebab inilah yang akan dilalui juga oleh setiap wanita yang bergelar ibu, sesi memotong kuku anak, takkan nak biarkan kuku anak tu panjang dan tajam ye tak??? Karang calar balar pula muka baby tu, tak pun melekat pula kotoran2 pada kuku baby tu...sangat tak sesuai ok??? Jadi nak tak nak, takut tak takut, berani tak berani, tau tak tau, kena juga ok??? Sila potong kuku baby "uols"...Hygiene tu kan penting...lebih2 lagi kan baby??? Antibodi mereka tu cepat berjangkit dengan penyakit kalau tak dijaga betul... Memang kena sangat2 titik beratkan hygiene supaya penyakit tak mudah hinggap... Mencegah kan lebih baik dari merawat??? 

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nice tips kak farah..tb pernah sepit kuku baby..aduii xreti dok diam..takot nye terkepit daging

    ReplyDelete
  2. sally tak pernah try ketip kuku baby..hehehe

    ReplyDelete
  3. comelnyer penumbuk ash tue.
    hahaha..
    gerun uncle shark tgk nie.

    ReplyDelete
  4. A'ah bukan senang nak potong kuku baby. Tersilap langkah lain jadinya..

    Beli dengan harga murah dan dapat diskaun jadi lagi murah kat SINI :)

    ReplyDelete
  5. salam jumaat sis farah..bagus nie tips nanti blh d praktikkan ehehe

    ReplyDelete
  6. dulu masa Dania kecik..pernah terketip isi daging kuku dia..x reti duk dendiam kan...sejak tu x berani nak ketip kuku dia dah...bila dah besar sikit dia sendiri ketip guna gigi...kena marah kan selalu...la ni dah pandai ketip sendiri guna ketip kuku....

    ReplyDelete
  7. akk pun tunggu bby tidur baru potong... kalau tak kang terpotong jari plak... ee takut...

    ReplyDelete
  8. tips yang bagus..hehe. nanti nak ikutlah.;)

    ReplyDelete
  9. aikk ash nak tumbuk sape tu hehehe

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum farah...mama pun baru jer lepas potongkn kuku Awisy tadi...:)

    ReplyDelete
  11. CN masa first time potong kuku jari baby , berdarah tau, terketip isi ! selamat sikit, tapi mmg menakutkan, yang pelik, baby CN masa tu boleh relax jer tido tak menangis, kita yang mama dia menggelabah semacam ! hehe

    ReplyDelete
  12. terima kasih bagi tip ini. Kena hati-hati masa potong kuku mereka kan.

    ReplyDelete
  13. Ank 1st kn..pglman xde.takpe..lpas2x ni tahu dh..adik2x ash kompem xde msalah.hihi

    ReplyDelete
  14. Main potong aje.. Ygpnting kna berani..

    ReplyDelete
  15. Pernah potongkan kuku anak sedara.. takut takut je masa tu. Hihi. Tapi Alhamdulillah semuanya ok.

    ReplyDelete
  16. waa.. terbaek mummy ni.. heee tips yang baguss..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !