Home »
ash
,
bubbly
,
experiences
,
moments
,
parenthood
,
thoughts
» Avent Pacifier Yang Tak Laku!!!
Avent Pacifier Yang Tak Laku!!!
Ini kisahnya tentang si Ash lagi... Alahaiii anak omak... wakakaka... Kalau lepas mandikan Ash, masa nak pakaikan baju, wah3 tak taulah mummy-nya nak cakap sama ada Perang Badar ke Perang Uhud ke Perang Cyber ke??? Aktifnya lahai kaki dan tangan tu... memang nak kena cekap dan pantas handle... tak boleh nak lemah lembut uols... hu hu hu... tapi malangnya Ash dapat mummy yang sememangnya lemah lembut dalam membelai anak walaupun pada dasar dan hakikatnya mummy-nya bukanlah lemah lembut sangat pun... lemah lembut sangat tak diva ok??? hik hik hik....
Dan tak cukup dengan keaktifan kaki dan tangan tu uols... dalam masa yang sama, dia nak jugakkkk.... hisap bottle milk dia.... ha acaner tu? cuba cerita? macam mana mummy nak buat kerja nak pakaikan Ash segala jenis lotion, segala jenis minyak, pampers dan baju???? Cam mana mummy nak "handsome"kan Ash kalau dah nak menyusu "at the same time"??? Mummy ada 2 tangan jer nak oiiii.... Phewwww....
Mula2 dan sememangnya saya tak berminat nak bagi pacifier pada Ash... Tapi, kalau tak dibagi pula, cenggitu gelagatnya... pakai baju dan dalam masa yang sama nak nyusu... if bagi sebelum pakai baju lepas dia mandi karang apa pula kan??? Sebab terbogel lama... tak elok biarkan bogel lama2...if bagi sebelum mandi, lepas mandi surely nak lagi... Disebabkan tak berapa nak minat bagi pacifier... konon2 demi memudahkan kerja mummy nak ler bagi pacifier khusus pada waktu dan ketika sesi memakai baju...
Dengan semangat yang gigih mummy pun pergilah jalan2 dengan Ash semalam beli pacifier Avent tu ha cam gambar kat atas... Avent ko? Puting kosong pun nak Avent... ahaksss ini semua poyo... tapi itulah hakikatnya... la la la la...
Episod seterusnya bermula... lepas mandi macam biasa, masa nak pakai baju masa tu lah dia meragam nak susu kan? suka benau terbogel lama2 putera kecik sorang ni... (memang sorang pun buat masa ni)... jadi dengan confident-nya saya yang mana kekununnya itulah mungkin penyelesaiannya kan??? sumbatlah pacifier tu kat Ash... ha ha ha... macam mummy-nya... tak laku pacifier tu... tak minat Ash... terus dikeluarkan... try few times pun sama juga.... dia keluarkan juga dan tolak dengan lidah.... ok memang tak laku... jadi pasrah dan redha dengan ketentuan.... kenalah keluarkan skill wonder mum tu... nak tak nak... kena gak pakai baju cepat2 dan train Ash lepas siap pakai baju baru minum susu... org kata melentur buluh biarlah dari rebungnya... anak2 jangan diikutkan sangat ye tak? nanti lemak tu berlebih2 pula.... nak didik anak sometimes ni kena firm... kalau ikut jer kehendak mereka bak kata orang tua2.... turutkan sangat, esok2 kot tak jadi orang pula.... hu hu hu... orang tua2 lah kata... kehendak anak2 ni ada yang kita boleh turut ada yang tidak... bergantung pada kesesuaian keadaan... ahaksss poyo bercakap macam pakar kanak2 pula....
Membazirlah pacifier tu... RM 32.90.... Ahaks... Kedekut mummy kan??? RM 32.90 pun nak mention kat blog???... Rezeki anak tu kan sentiasa ada. Ha ha ha... tak adalah cerita jer dengan uols... bukan nak gebang harga tu pun.... tapi kalau ikut2 kan bazirlah... RM32.90 tu boleh buat macam2.... Tapi nak buat macam mana.... Dah Ash tak nak takkan nak paksa pula kan??? Macam kita yang dewasa ni jugalah... dah kita tak suka satu2 tu jadi takkan nak paksa kita suka pula... cuma yang bezanya kita dewasanya lebih berakal dan matang....kalau tak suka pun kita ignore jer kan??? bukan meragam atau merengek macam budak2 dan berkelakuan seperti budak2....Wal'allahualam...
*Akhirnya pacifier ke dalam bakul Ash dan elok terletak tersimpan di situ....
Terimakasih telah membaca artikel Avent Pacifier Yang Tak Laku!!!. Jangan lupa share ya
Share
29 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
ash pon pndai memilih tau..hehe ish mahal gile putin tuh tp memandai laa ngn brand die kn kak farah..kualiti mybe better la ngn brand lain
ReplyDeleteamboiii...anak buah mama long ni..bukan main dia eh...semalam dah kelur ngan mommy pi jenjalan eh...wah2 belum abih pantang lagi tuh...kakak Dania dulu xde puting2 de..dia x suka...
ReplyDeletemacam macam gelagat si kecik nie kan...mesti aish makin comel..
ReplyDeleteSalam jumaat farah..ash x berminat tu.hehe :)
ReplyDeleteanak akak semua tak hisap puting tu Farah,kalau kaki tangan dia tak diam bagi dia mainan yang ada loceng tu,...senyap sekejap ler dia nanti...hihi,....
ReplyDeleteHaha..Ikut puting pacifier jgk kot..My Qaisara dulu guna yg brand doctor baby sajo..puting kaler oren tu..lembut & tebal sikit..tp pakai takat umo 5-6 bulan sajo..lepas tu doctor dh x kasik pakai..huhu
ReplyDeletepandai ash taknak pacifier.. selagi boleh elakkn je gune pacifier.. tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana kan..
ReplyDeletehahaha..mummy kedekut ea...kcian baby ash ;)
ReplyDeleteakak nak menang hadiah handphone x??jom join segmen ni..ciyes xtipu =)
http://www.nabilabiela.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html
saya guna brand Dr Brown..lembut..baby ok je :)
ReplyDeletewahh pandai memilih ^_^ mesti comelkan ashh
ReplyDeleteSalam Jumaat dari Bunda...
ReplyDeleteanak akk semuanya akk tak ajar pakai pacifier... walaupun geram tengok pacifier yg chumel2 rasa nak beli...hheee
ReplyDeletehehe..kesian Mummy ya. sabar ya kak.
ReplyDeleteAsh bby yg bijak, dia tahu itu palsu... hhe.. dia nk yg ori je...
ReplyDelete@TelingaBulat
ReplyDeleteitulah ingatkan dia nak, rupanya dia tak nak... tak apalah nak buat macam mana... hi hi hi...
@Amanda Suria
ReplyDeleteah ah la mama long...boring duduk kat rumah jer...so Ash keluarlah jalan2 dengan mummy... Ash pun tak suka puting tu...
@Kisah Si Dairy
ReplyDeletememang macam2 gelagat dia kak eda, makin comel? Alhamdulillah, ada masa nanti kita upload gambar Ash lagi yer...
@adrianna syaz
ReplyDeleteSalam belated jumaat dear... tulah tu dia tak minat tu syaz...
@Sukma Haron
ReplyDeletekan kak??? kalau boleh jangan dibagi kan?
@thisni3zahata
ReplyDeletekalau boleh memang i tak nak bagi dear... hu hu hu...
@bibi yusof
ReplyDeletesis bibi, i dah elakkan pun...he he he... itu test run tu, sebab agak bergelut bila nak pakaikan baju lepas mandi...ekekeke... pengalaman pertamalah katakan...
@nabila biela
ReplyDeleteIn Shaa Allah, ada kesempatan nanti akak join yer...thanks for inviting dear...
*tak adalah kedekut sangat mummy...he he he...
@DIARI FARISHA
ReplyDeletesince dia tak nak dear, jadi saya teruskan dengan niat tak nak bagi... he he he...
@Aku Penghibur
ReplyDeletememang memilih sikit pun acik, comel? Alhamdulillah, ada masa nanti akak upload gambar Ash yer...
@BUNDA
ReplyDeletethanks bonda for dropping by...
@msredcheesecake
ReplyDeletetu lah kak, kalau boleh memang tak nak bagi...memang saya agree, kalau tengok pacifier tu geram jer nak beli sebab comel2...
@Ainim Suju
ReplyDeletetak apa ainim, itu cabaran untuk menjadi seorang ibu...he he he...
@Maria Firdz
ReplyDeletekecik2 dah nampak eh maria, tak nak yang palsu, nak yang ori jer...he he he...
hihi. apa. boleh buat.
ReplyDelete