"Umbilical Cord" Firash Tanggal Dalam 5 Hari...

Farah Waheda Wahid
16

"Umbilical Cord" a.k.a. tali pusat, yang mana sejak dari zaman kecik2 dulu kalau tengok anak2 sedara yang baru lahir, tengok kat pusat, alahaiii macam kesiannya dan macam sakit jer... hu hu hu... walaupun "baby" tu nampak ok kan? Tetap terbayang di fikiran yang betapa berdenyut2nya "baby" tu tanggung sakit tu dan memang tak sabar tunggu tali pusat tu tanggal kan??? "Even my mum" pun seriau juga bila berkaitan dengan tali pusat ni... bukan apa, kena "handle with care"... 

Kebiasaannya tempoh tali pusat "baby" tanggal adalah antara tempoh 5 hingga ke 21 hari, dan dikatakan "baby" sebaiknya tidak dimandikan langsung sebaliknya dilapkan saja badan mereka supaya tali pusat tidak lembab dan tetap kering. Hurmm, memang tu pun yang saya buat. Seriau ok "uols" nak mandikan dengan tali pusat masih tak tanggal. 

Macam mana nak jaga tali pusat "baby" ni? Entahnya... setakat ni, melalui pengalaman sendiri, cuma sapukan ajer dengan "spirit" yang pihak hospital bagi hari tu di sekeliling pusat "baby" tu... lepas tu pakaikan jer lah baju macam biasa...ahaksss.... 

Sedikit perkongsian dari pembacaan di SINI

Setelah bayi dilahirkan, penjagaan tunggul tali pusat perlu diberi perhatian utama oleh ibu bapa. Walaupun cara penjagaannya nampak mudah, tetapi jika tidak berhati2 ia boleh mengundang bahaya. Tali pusat atau "umbilical cord" adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru2a. Setelah bayi "uols" dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi "uols". Di tempat tali pusat melekat ke perut, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm. 

Tunggul tali pusat bayi "uols" akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas kelahiran. Apabila bayi dilahirkan doktor akan menyemat tunggul itu dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor "uols" akan menanggalkan ikatan tersebut selepas sehari dua, apabila tunggul itu kering dan tertutup. Ia akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi "uols". 

1. Kelengkapan mesti ada sebelum cuci baki tali pusat bayi.
  • Bekas air
  • Bebola kapas
  • Alkohol
  • Putik kapas
  • Kain barut bayi
  • Lampin pakai buang
2. Basuh tangan dengan air yang bersih sebelum memegang bayi. "Uols" juga perlu pastikan tangan sentiasa bersih selepas menukar lampin bayi.

3. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bahagian pangkal tali pusat termasuk daerah sekitarnya dan lipatan2 pusar dengan perlahan. Lakukan 2 kali sehari. 

4. Kemudian sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi "uols". Pastikan sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan. Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika "uols" baru sahaja memandikannya. 

5. "Uols" juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antiseptik di sekeliling baki tali pusat bayi. Dalam pada itu, jika baki tali pusat itu terkenan air kencing atau najis, basuh dengan berhati2 dengan pencuci bayi PH neutral. Ia untuk mengelakkan sebaang jangkitan kuman kepada baki tali pusat bayi "uols".

6. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut. 

7. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin khas untuk mengelakkan tali pusat bayi ditutup (yang ada lengkukan di bahagian hadapan lampin). Juga jangan lupa selepas dimandikan pastikan tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian. 

8. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering terkena udara. 

9. Pastikan pakaian si kecil longgar supaya tidak mengganggu pengaliran udara di sekeliling tunggul tali pusat bayi. 

Tanda2 Tunggul Tali Pusat Telah Dijangkiti:
1. Demam panas
2. Lesu
3. Tidak mahu menyusu susu ibu
4. Tunggul tali pusat di sekelilingnya menjadi bengkak, busuk atau bernanah
*Segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan

Penulis artikel ini pernah mendengar cerita daripada seorang rakan beliau mengenai seorang nenek yang telah menggunting tunggul tali pusat cucunya yang hampir tertanggal iaitu hanya tinggal selembar benang. Akibat tindakan itu, menyebabkan pendarahan berlaku di bahagian tunggul tali pusat bayi itu. Ekoran dibiarkan berlarutan beberapa hari ia telah menyebabkan kematian kepada cucunya. Oleh itu, nasihat penulis artikel ini dalam soal penjagaan tali pusat ini, lakukanlah dengan penuh hati2 supaya tiada sebarang jangkitan berlaku dan biarkan ia tertanggal sendiri kerana ia berkaitan dengan sistem saluran darah bayi itu. 

*Iman Firash punya "umbilical cord" tanggal dalam masa 5 hari... Alhamdulillah... ^_^... Kejadian berlaku malam Sabtu, 30 November 2013 hari tu semasa abah nak salinkan "diaper's" Firash dan mummy terperasan... Masuk jer hari Ahad, yeeehaaa, mummy dah mandikan Firash... baru segar rasanya badan kan??? *_^

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. seriau cik tengok...tah mcm mane lah kalau cik dapat baby..

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah baby firash dah segar dah

    ReplyDelete
  3. akak rasa budak sekarang cepat je dah tanggal tali pusat...sekarang nie cepat sungguh kan...

    ReplyDelete
  4. sy mndikan je bby mcm biasa wlaupun tali pusat blum tggl... hari ke-4 dh tggl... sama je nk jaga, sapu ubat doc bg n pastu spu minyak herba kg di sekelilingnya.. mmg kna make sure kering dan betul2 kering... lap dgn putik kapas sntiasa...

    ReplyDelete
  5. Mesti puan bubbly sibuk jaga firash yg comel tu kan ? hehe

    ReplyDelete
  6. fuhhh banyak juga ya penjagaan untuk baby nie !! :D MACAM mana lah penjagaan saya kat bakal bby saya nanti ^^

    ReplyDelete
  7. orang kata kalau lambat tanggal tali pusat...degil katanya....semua tali pusat anak-anak akak simpan dengan baik sehingga kini......

    ReplyDelete
  8. Firash good boy kan...x byk kerenah..yg penting demand.....si firash ni serba serbi cepat nanti ni....tau2 pejam celik dh mintak adik dh....opppss

    ReplyDelete
  9. tahniahhh farah for your adorable bby boy Iman Firash...lega dah lah ek...selamat berpantang ok
    so turn k.el pulak ahaks

    ReplyDelete
  10. dah lama aiza tak singgah sini.. tahniah kak farah dah selamat bersalin.. aiza takde pengalaman lagi.. hehe.. tali pusat tu mesti sensitif nak jaga..

    ReplyDelete
  11. mana gambar baby firash lagi...xpuas tgk lol..

    ReplyDelete
  12. Mmg seriau tgk tang pusat tu. Akk since bb lahir mmg bg mandi cam biasa. Pastu lap dan sapu spirit tu kat pusat bb. Pastu tuam bb. Ms 2 mgu pertama bg bb mandi air suam. Lps tu bg mandi air sejuk la. Nanti cepat tegap badan dia.

    ReplyDelete
  13. anak saya yang sulung pun tanggal dalam masa 5 hari

    ReplyDelete
  14. mesti firash pon tak sabar nak rasa kehangatan air kan..hehehe..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak farah.. dah bangun ke?.. hihihi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !