Savings for Ash???

Farah Waheda Wahid
23
Source Extracted from Google
Banyak betul perancangan kerja untuk awal tahun 2014 ni nanti, walaupun 2013 belum melabuhkan tirai, tapi perancangan 2014 tetap diteruskan dan perancangan rapi (rapilah sangat) tentang tugas2 peribadi (ni tak termasuk tugas pejabat lagi ni...ahaksss...) memang saya suka buat awal2... Semenjak dua menjak ada Ash ni, semakin "details" pula saya buat "planning" untuk "future".... Lebih2 lagi untuk Ash... Bukan apa, cuma memastikan yang terbaik untuk Ash...ye lah setiap "parents" kat luar sana semuanya nak yang terbaik untuk anak2 masing2 kan...bukan nak kata poyo ke mengelabs ke... hu ha ke... tapi itu satu keperluan untuk masa depan anak juga... Tapi haruslah simpanan tu kekal simpanan dan tak boleh suka2 gali jer tabung anak atau akaun bank anak tu kan??? Kena kuat pendirian dan tetap hati "uols"... Kalau dah guna kena ganti balik ok??? Jangan tak ganti...Kesian anak2... Ekekekeke... Yelah kadang2 kita ni terdesak atau ada kecemasan mana nak tau ye tak??? Itu biasa lumrah kehidupan....

Kenapa nak kena simpan duit untuk anak2 walaupun anak tu kecik cinonet jer lagi??? 

1. Demi Masa Depan
Kita sering mendengar nasihat ini... "...menabunglah demi masa depan". Tanpa kita sedari sebenarnya ramai di kalangan mereka yang telah pencen dari makan gaji merasa menyesal kerana pada usia muda tidak melakukan simpanan duit untuk masa depan. Mungkin bagi yang masih merasakan diri masih muda tidak nampak kelebihan menyimpan duit tetapi akan nampak kepentingannya selepas 20-30 tahun dari sekarang... Masa depan ni macam2 dan sangat subjektif dan universal untuk ditafsirkan.... 

2. Sikap Jimat Cermat
Anak2 In Shaa Allah dengan izin Allah bakal menjadi seorang yang berjimat. Penjimat di sini bukanlah sampai tahap kedekut sehingga perbelanjaan harian menjadi masalah. Jangan sampai orang mengelarkan sebagai bakhil lagi kedekut sudahlah ek... Harap tak adalah sampai macam tu yer... 

3. Kecemasan
Sebagai manusia kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku di masa depan melainkan Allah SWT. Kita tidak tahu bila masa kita ditimpa musibah. Tak mungkin pada masa itu kita akan meminjam dari rakan2 kita. Dah tentu mereka akan anggap kita 'pokai' kan walau sama2 bekerja... dan pelbagai lagi tanggapan buruk... Eloklah kita elakkan dari terpaksa meminjam... Masa nilah kita tahu kepentingan menyimpan... 

4. Pendidikan Anak2 dan Hiburan
Kerajaan telah sediakan satu tabungan untuk pendidikan anak2 seperti SSPN, tak ada SSPN tak boleh dapat PTPTN ye tak? Erks...betul kan??? Saya tak ambil "port" sangat tentang PTPTN ni sebab masa "study" dulu, saya dapat MARA Scholarships... Tak payah bayar balik "uols"... Sebab dapat CGPA yang tinggi...ekekeke... (ok sila muntah "rainbow", nak juga saya "interframe" kat sini kan???).... "Parents" mana yang tak ingin memberi satu pendidikan yang terbaik kepada anak2 mereka kan???

Dari segi hiburan, tetapkan simpanan untuk melancong atau "leisure" di mana "uols" boleh berbincang dengan pasangan "uols" untuk wujudkan satu akaun simpanan khas untuk pelancongan keluarga atau aktiviti2 keluarga. Persetujuan kedua2 pihak amat penting bagi merealisasikannya terutama bagi suami isteri yang bekerja. 

Sikit2 lama2 jadi bukit kan??? Memang kadang2 tu nak menyimpan dengan "cost of living" sekarang ni terasa perit...tapi nak tak nak kena pejam mata juga buat simpanan...tak banyak sikit pun jadi... "Savings for Ash???"... masih lagi "survey2" bank mana yang bersesuaian dengan pakej yang bagus...Kalau ikutkan abah Ash, buka akaun Yippie Maybank untuk Ash... tapi kita tengoklah macam mana dulu...sebab sikap saya memang suka "survey" dan dapatkan pilihan yang terbaik lepas tu berbincang dan barulah buat keputusan... Tak bolehlah buat keputusan sendiri kan??? Nama pun bersuami dan anak pun sama2, jadi untuk kebaikan dan kepentingan anak kenalah berbincang bersama2... Takkan nak buat "decision" syok sendiri pula...He he he.... 

Post a Comment

23Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul tu sis..nak menabung bermula dari kecil..kita dah besar panjang nie baru beringat nak menabung..tak apala masih belum terlambat

    ReplyDelete
  2. akak ada buka akaun Tabung Haji dan SSPN untuk semua anak-anak akak, di samping terjamin yea mengikut syarak....

    ReplyDelete
  3. bagus sgt... perancangan masa depan. Sekarang harga rumah pon dah mahal. Masa depan tak tau la cemana kan? Kawan2 saya selalu merungut, kalau la dulu bnyk menyimpan, dah bleh buat deposit beli rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kita ni fikirkan masa depan anak jer supaya tak menghadapi apa yang kita hadapi...

      Delete
  4. Perlu tu, untuk masa depan dia.. :)

    ReplyDelete
  5. Savings for anak is the must...in the future kita x tau what will happened kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, kita takkan tau apa yang akan jadi pada masa akan datang...

      Delete
  6. semua orang nak gembira dan bahagia sentiasa..tapi takdir hidup kita sukar dijangka..bila ada tabungan..simpanan sekurang-kurangnya kita dapat teruskan kehidupan untuk memulihkan keadaan andai dugaan melanda..moga firash suka menabung..

    ReplyDelete
  7. eloklah buat saving sejak dari awal ni farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dari awallah kita nak kena mulakan kan kak???

      Delete
  8. Plann8ng for future...mmg sgt perlu.ayut ni pon kna start planning dh ni...hidup bakal bkeluarga sndiri sakit klu xplanning awal2x...

    ReplyDelete
  9. Betul kak..memang kena start menabung dari sekarang demi masa depan Ash

    ReplyDelete
  10. betul kak. memang kena saving dari awal kan.. demi masa depan si kecil jugak.. sikit-sikit pun kita simpan hari ni, nanti bila dah besar, tak ke banyak jadinya kan :)

    ReplyDelete
  11. tersangat la perlu kak!! sedih kita kita takde org tabungkan :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !