Kufi On Canvas...

Farah Waheda Wahid
37
Source Extracted from Google
Salah satu obsesi baru Cik Puan Bubbly adalah Kufi on Canvas... Pernah lihat??? Menarik kan??? Kufi on Canvas, salah satu wadah untuk mengekspresikan keindahan seni Islam daripada aspek penulisan kaligrafi. Penzahiran keindahan seni khat Islam yang tersusun daripada huruf2 jawi ataupun Arab dengan seni reka dan bentuk yang tersusun dan menarik serta kreatif dan kadang kala unik, amat memukau mata dan hati serta perasaan bagi siapa2 yang amat meminati seni khat. Seni khat mampu diaplikasikan dalam pelbagai dimensi sama ada secara maya ataupun nyata. 

Kalau masa sekolah2 dulu, belajar buat khat ni pakai pensel khas untuk khat dan juga ada cara kan nak mengasah pensel khat ni dengan menggunakan pisau.... Ahakss...teringat pula zaman2 guna pensel khat dan nak asah pensel khat ni guna pisau belit masa sekolah rendah dulu...Ada sekali tu, sampai terkena pisau tangan "uols"... Tapiii, dengan kemajuan teknologi sekarang ni, boleh dihasilkan juga secara digital... 

Minat ni boleh cantikkan ruang rumah juga, kenapa Cik Puan Bubbly obses dengan seni Kufi ni??? Sebabnya, tengah terfikir, kalau ada ruang yang 'mati' kat dalam rumah bolehlah letak sedikit dekorasi takkan nak kosong jer??? Bosan "uols"...Terutama kat ruang atas tangga rumah tu... macam dah bosan dengan dekorasi "sticker" dari IKEA "uols" dan nak ubah pula kepada seni Kufi... Sekali sekala buat perubahan apa salahnya... ^_^...Ruang yang cantik untuk dekorasi dalam rumah ni sayang kalau disia2kan betul tak??? 

"Survey2" juga secara "online" dan terjumpa blog INI yang mana kita boleh hantarkan tempahan kepada mereka dan dari Instag Diana Amir hari tu, terlihat ada Kufi On Canvas Gallery juga, wah boleh layan mata secara "live" ni... Ada siapa2 yang minat nak cuci2 mata tengok seni Kufi On Canvas??? Bolehlah melawat galeri Kufi On Canvas di....

ZP-01-23, Zest Point, 
Lebuhraya Bukit Jalil, 
Bandar Kinrara, Puchong
E-mail: kufionkanvas@gmail.com
Contact No: 012-2525644
FB Page: HERE

*In Shaa Allah, "one of these days I'm gonna go there" untuk layan mata dan memenuhi minat seni yang tak seberapa ini... ^_^.... 
\\

Post a Comment

37Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. SALAM... ^_^

    mmg cntik...suka tgok =>

    ReplyDelete
  2. masa sekolah dulu, ada classmate Ros memang pandai buat tulisankhat tu.. cantik sangat...

    ReplyDelete
  3. new fenomena in art.. I suka babe cantik plus rainbow colour in the art... cantik sangat :))

    ReplyDelete
  4. mmg tgh femes kufi ni kann
    kt area opis akk ni ada satu gallery tp akk x masuk pon lg huhu..apadaa kann hikss

    ReplyDelete
  5. cantik seni kufi ni...pernah tgk dekat pemeran kt pwtc tak silap..cantik...letak kat rumah lg la cntik..lg2 kalau colorful cm pic kt atas tu..:)

    ReplyDelete
  6. Seni sangat sampai tak nampak bacaan dia apa..huhu

    ReplyDelete
  7. akak takde seni untuk tulis khat nie...beli boleh la,....:)

    ReplyDelete
  8. Memang cantik kan seni ni .. Teringat pulak zaman mengasah pensel khat . Skrang dah ada mechanical pencil khat

    ReplyDelete
  9. yela.. drp letak gambar2 pemandangan kan indah letak seni kufi nie...

    ReplyDelete
  10. @ros_reeza

    kalau pandai buat tulisan khat ni memang cantik ros...

    ReplyDelete
  11. @mama_ka0ri

    apa lagi kak, lepas ni boleh lah mencuba atau membeli...he he he...

    ReplyDelete
  12. @ZazaMyMoon

    bolehlah letak kat ruang 'mati' dalam rumah babe... ^_^... tambah seri rumah...

    ReplyDelete
  13. @dak-eiza

    wah kat mana tu kak??? kalau dekat boleh pergi dan survey... ^_^

    ReplyDelete
  14. @Mime MF

    memang cantik kan??? tu sebab akak minat...

    ReplyDelete
  15. @Asha Lya

    minat juga asha...kalau ada masa memang suka buat2 kerja arts...

    ReplyDelete
  16. @Cheq Kaq

    kena tengok betul2 baru boleh faham yaya... ^_^... farah pun mula2 tak faham juga...

    ReplyDelete
  17. @Kisah Si Dairy

    tak ada seni tak apa kak, tapi boleh beli..he he he... lama2 boleh jadi berseni...

    ReplyDelete
  18. Fiza pun suka seni kufi ni. Sangat menarik lebih2 lagi zaman sekarang macam2 teknik diorang guna untuk hasilkan khat yang cantik.

    ReplyDelete
  19. cantik dan teliti..hehehe...masa kat skola ustaz la yg paling busy...hehehe...sbb dia yg buatkan :P

    ReplyDelete
  20. mmg cantek sgt...umi pun ada survey-survey ni...nnti leh la jenuh kat sana plak...tq bubbly :)

    ReplyDelete
  21. rasanya ada pen tertentu untuk menulis khat ini....

    ReplyDelete
  22. hehe . teringat time nak asah pensel khat . payah bebenor~ xD

    ReplyDelete
  23. Salam blogging ...wow sangat cantik untuk hiasan dalaman rumah :)

    ReplyDelete
  24. rara punz baru berjinak jinak buat sendiri.hehehe

    ReplyDelete
  25. @Hafiza AizZawa

    sekali sekala buat sesuatu kelainan dalam seni hiasan dalaman rumah... ^_^

    ReplyDelete
  26. @Sally Samsaiman

    aikk sally suruh ustaz buatkan, sallylah belajar sampai expert lepas ni boleh bagi hadiah pada yong hwa...hik hik hik... cepat sikit dia minang sally...wakakaka...

    ReplyDelete
  27. @Danee

    time nak asah tu, tangan akak sampai lukalah .... hu hu hu...

    ReplyDelete
  28. @Cik Puan Rara

    wah rara pun dah mula berjinak2 lepas ni bolehlah buat bisnes pulak...he he he...

    ReplyDelete
  29. zest point dekat jer dgn tpt saya .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !