![]() |
Source Extracted from Google |
Hu hu hu, siapa yang dah pernah rasa??? (Soalan untuk para ibu...bukan untuk para bapa yer.... ^_^)... Azab ooo... Memang sakit dan memang tak dapat nak dinafikan memang boleh "temper" dan nak nangis, silap2 boleh demam "uols"... Saya dah rasa masa hari ke-3 melahirkan Iman Firash... adoiiii...ini semua gara2 kerana Ash jual mahal masa mula2 tak nak "breastfeed"... ihiksss..sekejap jer dia jual mahal... lepas tu dah ok dah... Mungkin tak biasa lagi lah tu... Sekarang ni dok minta jer ngan mummy... ^_^
Bengkak susu kerap kali dialami oleh ibu yang baru melahirkan. Lagi2 yang pertama kali ye tak??? ^_^... Biasanya selepas seminggu bersalin, susu ibu akan menjadi semakin banyak. Tanda2 "uols" mengalami bengkak susu atau "engorgement" ialah apabila payudara berasa sangat membengkak, sakit, berdenyut, terasa berketul serta berasa penuh, berat dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Jika bengkak itu agak serius, "uols" juga mungkin akan mengalami demam. Walau bagaimanapun, keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja. Jangan risauuuu....
Bengkak susu atau "engorgement" ini boleh berpunca daripada:
- Kegagalan ibu mengosongkan payudara dengan kerap sama ada melalui penyusuan terus ("direct feeding") atau melalui penggunaan pam susu.
- Posisi lekapan ("latch on") yang tidak betul. Susu tidak dapat keluar dengan banyak jika bayi tidak "latch on" dengan betul.
Sedikit tips dan petua atasi bengkak susu:
- Pakailah coli/bra yang benar2 padan dan tidak terlalu ketat. Elakkan memakai bra yang mempunyai dawai sokongan.
- Tuam payudara yang bengkak dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam atau boleh juga masukkan air panas dalam botol susu, balutkan dengan beberapa lapis kain sebelum dituam pada payudara yang bengkak.
- Urut bahagian yang bengkak secara perlahan2, dari bawah ketiak hingga ke bahagian "nipple" payudara dengan mengunakan tangan atau sikat.
- Cara terbaik mengatasi masalah bengkak susu ialah dengan menyusukan bayi "uols" dengan lebih kerap. Kerapkan sesi penyusuan, iaitu pada setiap 2 atau 3 jam.
- Susukan bayi "uols" di kedua2 belah payudara. Jika bayi telah kenyang sebelum payudara terasa kosong, sambung penyusuan yang seterusnya pada payudara yang terhenti tadi. Jika tidak terlalu sakit, boleh juga terus menggunakan pam susu untuk mengosongkan payudara "uols".
- Sambil menyusukan bayi secara terus, urut sebelah payudara yang bengkak secara perlahan2.
- Ambillah paracetamol atau ibuprofen untuk mengurangkan rasa sakit akibat bengkak susu.
Jika bengkak tidak berkurangan, segeralah berjumpa doktor. Jangan dibiarkan lama2 kerana dikhuatiri boleh mendapat infeksi yang membawa kepada masalah mastitis.
Pengalaman sendiri, memang sakit, diulangi memang sakit... Penyelesaian??? Muahahahaha...tunggu bidan datang urut selesaikan masalah bengkak susu tu dengan urutan tradisional, lepas tu pam... Alhamdulillah, lepas tu ok dah... Dan lepas tu secara tiba2 Ash tak jual mahal dah... ^_*
*Kredit: SINI
yessss dear, bagi kenit bengkak susu ni sama azabnya dengan sakit gigi haha. Boleh mendtangkan marah silap2 meroyan pun boleh!:D
ReplyDelete@Kenit Cinonet
ReplyDeleteuiksss sampai nak meroyan pulak kenit, takut pula Farah membacanya...he he he...
memang azab kak..zee 3 kali bersalin 3 kali bengkak..sampai kena demam panas la..nak sentuh sikit pon tak boleh..bermacam petua dengar,last2 nurse soh telan jugak panadol..tapi lepas tu memang memancut2 keluar..
ReplyDeletealololo...anak buah sally jual mahal..hahaha...dah okay dah kan kak??
ReplyDeleteyupp sgt berinfo entry ini..mmg sakit sgt bila bengkak susu ni..pernah alaminya dan cam bubbly umi tunggu bidan dtg urut je hehehehe
ReplyDeletepara ibu-ibu tentu pernah mengalaminya...antara cepat dan lambat jer....sakit sangat...
ReplyDeletedpt info lagi..blm prnah rasa lagi sbb blm kawin hihi..tpi sis dah ok kan
ReplyDeletePC dapat tambah ilmu..belum berpengalaman tapi boleh dijadikan ilmu simpanan ni..
ReplyDelete@Zee Suhaini
ReplyDeletebila susu memancut2 keluar tu seronok rasanya sebab murah rezeki baby zee, tapi memang akak akui sangat azab... hu hu hu...
@Sally Samsaiman
ReplyDeleteha tu lah anak buah sally ni jual mahal pula masa mula2 tu, but now dah ok dah...
@Love Umi'
ReplyDeletebila bidan dah datang urut tu sangat lega rasanya... hu hu hu...
@Sukma Haron
ReplyDeleteakak memanglah tau macam mana kan, dah berapa orang dah tu pengalaman... he he he...
@Asha Lya
ReplyDeleteAlhamdulillah sis dah ok dah Asha... thanks for asking... ^_^
yup! mmg sakit! CN pernah rasa dulu, CN buat, sebelum bf Irfan, urut2 dulu bagi lega then baru susukan, lepastu kalau baby dah kenyang, pump smpai breast kosong, at the end, ebm telah memenuhkan peti ais umah mak mertua ! heeh
ReplyDeleterara penah kena dulu.sakit gila weiiii~
ReplyDeletegood sharing..
ReplyDeletesakit.. tapi nikmat... :).. bkn lpas bersalin je rasa, tapi spnjng tmpoh menyusu tu brp kali rasa, tmbh2 time keje dan tak smpat pump... mmg merana gak la...
ReplyDelete@PeRdU cINta
ReplyDeleteUntuk kegunaan ilmu di masa akan datang PC... ^_^... In Shaa Allah...
@Cikgu Norazimah
ReplyDeletesakit gila ok CN...
@Cik Puan Rara
ReplyDeleterara memang sangat2 sakit... hu hu hu...
Hu hu hu. X leh tahan sakitnya tu tau. Dok urut pun x ilang ilang. Rasa nk meletup je.
ReplyDelete@Normi Nieza
ReplyDeletealways trying to share the good things cik nor... ^_^
@Maria Firdz
ReplyDeletetime kerja tu memang akan mencabar jugalah tu maria...
@Ibu Lala
ReplyDeletepart meletup tu tak rasa kak, tapi berdenyut2 sangat... hu hu hu...
alamak, takut pulak nak kawin tapi tingin nak berlaki "ayat org gatai"
ReplyDeletewah pengetahuan awalan utk tb ni kak farah..good info..thanks kak farah ;)
ReplyDeletex pernah rasa lagi...tapi dapatimagine kesakitannya berdasarkan entry farah..hehe
ReplyDeletekak MV pernah alami bengkak susu..pergh smpi demam...oh ya farah dah bersalin rupanya..nampak sangat dah lama tak bw ke blog farah..tahniah dear.,,
ReplyDeletemse mule2 pas b'salin..mlm, sampai tgh hri baby xnyusu...sb mrajuk kut..sb ad komlikasi skit ms b'salin tu... yg hppy, bla dhia kuat minum susu, chubby gteww.. memang skit sgt ble bengkak..smpai ad sehari tu mama n baby skali demam...nsip baby nk gk susu..klau x, seksa la...huhu, btw,it is a best momment rite? ^^
ReplyDeleteHaha. Amazing kan woman ni :D Dalam tummy boleh bawa baby for 9 months. Dalam breast pula boleh ada susu. Something we can never thought of and something that seems impossible. Indescribable gituu :D
ReplyDeleteMmg sakit Farah.....dah macam rasa angkat 'batu' kat dada bila alami bengkak susu ni.....
ReplyDeleteMasa kena hari tu Mia demam terus...nasib baik mak tolong tuam2kan dengan botol yang disimpan air panas......
@iu-hazirah
ReplyDeletekalau tak teringin nak berlaki tu harus tempuh dear...he he he...
@intanfirdaus247
ReplyDeleteIn Shaa Allah, satu hari nanti sekiranya rezeki tu tiba pasti boleh rasa kak...
@Mrs Velentine
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selamat bersalin dah kakak mv.... thanks kak...
@Akma Niza
ReplyDeleteyup dear that's the best moment... ai pun ada komplikasi juga masa bersalin...
@Vee Lea
ReplyDeleteyup women are amazing... ^_^
@Mia Kassim
ReplyDeleteseksa kan mia??? hu hu hu...
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.