Tua Sebelum Usia???

Farah Waheda Wahid
31
Source Extracted from Google
Tua itu pasti menjelma bagi setiap makhluk yang bernyawa ye tak??? Mana ada orang yang umur dia statik jer tak meningkat2... (mentang2lah hari kelahiran semakin dekat... bercerita tentang umur pula kita ye??? layankan ajerlah "uols", kalau masih larat layan...kalau tak larat ...tutup "browser" Bubblynotes yer... hik hik hik)... Tapi bab tua sebelum usia ni bagi saya "scary" lah kot??? Eeee...tak maulah kelihatan tua sebelum usia.... kalau boleh walaupun umur kita meningkat, kena "maintain diva" gitewww...ahakss...bagi perempuan lah, bagi lelaki pula, "maintain macho"... ekekekeeke.... diva2 juga tapi janganlah buat sesuatu atau berpakaian yang tak bersesuaian dengan umur pula...maksudnya memakai atau "represent" diri sendiri pada "public" dengan cara yang melucukan dan buatkan orang mengetawakan kita... Jangan sampai orang ketawa kita ketawa tapi orang ketawakan kita, kita tak perasan pula... 

Cuba bayangkan??? Umur baru dalam 20-an tapi dah nampak macam 30-an ke 40-an... adehhh, minta2 dijauhkanlah untuk kita semua...ini contoh ajer untuk menggambarkan tua sebelum usia ni... bukan ditujukan kepada siapa2....

TUA SEBELUM USIA??? IKUTI TIPS DIET UNTUK KEKAL MUDA MENURUT KEVIN ZAHRI ... Baca kat jaringan ni "uols" mana tau kot2 boleh diamalkan???

Lagi satu... 9 PETUA AWET MUDA CARA ISLAM yang diperoleh dari SINI seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Don Daniyal di SINI ... Jom jom jom amalkan... heeee.... ^_^

1. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah "uols" tu dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3x. Amalkan setiap hari urutan ini.

2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3x. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

3. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

4. Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

5. Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas Solat Subuh bacalah Surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak 3 teguk sahaja. Wajah "uols" akan kelihatan lebih muda daripada umur sebenar "uols".

6. Hafalkan ayat 35-36 Surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama mulakan dari kepala. 

7. Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah "uols" akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

8. Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. (huh mana nak dapat kat sini??? huk huk huk)... Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. In Shaa Allah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. Ini kalau ada air telagalah...wakakaka.... 

9. Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua2 belah tangan dan diletakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari "uols" ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah "uols" dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. 

*Saya??? Setakat ni tak adalah buat benda ni semua, cuma bangun pagi terus gi dapur minum air masak  dengan selawat Nabi 3x sebelum cuci muka atau mandi....lepas tu baru mandi dan Solat Subuh...selain dari tu, merajin2kan diri pakai "mask" dan buat spa sendiri di rumah.... itu jer... lepas tu, sentiasa senyum walau dilanda 1001 masalah sekali pun, elakkan mengeluh dan juga tarik muka masam serta serabut2kan kepala kepada perkara2 yang tak perlu ataupun remeh temeh....lebih suka kepada konsep "let it go by the flow" tapi tak adalah sampai biarkan ajer..."monitor" juga...ihiksss.... 

Post a Comment

31Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tip awet muda cara Islam memang bagus diamalkan. Fiza pun on process utk mengamalkannya. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. info yang berguna untuk kekal cantik...teringat lagu fauziah latiff...
    eh...akak baru 20 an...bhahaha

    ReplyDelete
  3. Petua yang bagus. so far I tak amal kan kesemua petua2 diatas.. cuma some of them I amalkan.. lepas ni boleh lah amalkan..

    Selamat beramalllll hehehe

    ReplyDelete
  4. terima kasih di atas perkongsian petua ini.. ada di antaranya aiza amalkan..

    ReplyDelete
  5. Hahahaha...tua sebelum usia....mcm best jjer tajuk....hamboi2.....sentap plak kang ada yg baca...eh....I muda belia hoke....

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum..farah,

    wahh..bagus nyer tips2 nie.. boleh amalkan ...tima kasih bebanyak yer.

    mselim3

    ReplyDelete
  7. tips yg sgt berguna

    amalan ena
    suka wap muka dgn rebusan air sireh
    bgn pg mmg akan minum air dahulu

    ReplyDelete
  8. bagus la petua ni, nanti boleh la diamalkan..:)

    ReplyDelete
  9. nk cantik bkn sng.. thx atas perkongsian nie sis...

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang bagus dear, insyaAllah ia akan menjadi amalan kita semua (^_^)

    ReplyDelete
  11. tips awet muda..selalu amalkan yang minum kalau bangun pagi tuh..rasa sedap sangat air tuh..hahahah

    ReplyDelete
  12. @Fizalinolie

    jomlah kita sama2 amalkan yer fiza, semoga kita tak dimakan tua sebelum usia...

    ReplyDelete
  13. @Kisah Si Dairy

    ha ah kak, lagu fauziah latiff tu makan dalam... "tua mengejar..pasti bila tiba saatnya..." he he he..ternyanyi pulak...

    ReplyDelete
  14. @Amanda Suria

    eh pergi mana2 orang kata muda lagi lah kak...ihikss..siapakah, apakah yang nak sentap tu??? la la la...

    ReplyDelete
  15. @zarena heeney

    wap muka dengan rebusan air sirih ek? wah boleh cuba juga ni ena...

    ReplyDelete
  16. @ika zulkefli

    ika muda lagi tapi nak amalkan pun boleh.. tak ada masalah...

    ReplyDelete
  17. @Huny eda

    yelah air tak cuci apa2 lagi kan tiba2 terus dah telan...hik hik hik...

    ReplyDelete
  18. @Fatanah Khirizan

    adik muda lagi, belum perlu lagi kot... he he he...

    ReplyDelete
  19. thanks kongsi tips yg amat bmnfaat ni..mmg suke lau gune ayat2 atau sunnah nabi SAW ni ^_^

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah.. suka bila org kata deqla muda dari usia.. hihi.. apapun kita bakal tua jugak nanti.. kalo umur pjg la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tua itu pasti tapi yang penting dari awal kita kena jaga kan deqla???

      Delete
  21. Pndapat sy sapa dh brkhwin sllu2 lh brksih syg ngn psangan,sbb mse tu rse hepi spt dlmun cnta cm bdak rmaja bcinta...brseri je wajah tu.mmg nmpk muda cm rosyam nor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kasih sayang tu salah satu cara untuk mengelakkan tua sebelum usia juga... saya setuju...

      Delete
  22. Senyum antara petua untuk sentiasa nampak awet muda...dengan jage wuduk, mcm sunnah nabi tu kan..Alhamdulillah penambahan lain dari cik puan memang sgt2 berguna,..insha Allah saya pun akan amalkannye..terima kasih cik puan..moge sentiase di rahmati Allah. ^_^

    www.vitaminorganik.blogspot.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !