![]() |
Source Extracted from Google |
Pergh kalau tidur lepas solat Subuh dan tidur petang bawa ke "time" senja a.k.a. Maghrib...memang mendapatlah dengan mama saya... dari kecil sampai besar ini memang menjadi kepantangan mama dan dari itu memang waktu2 terlarang ni saya elakkan dari tidur sebelum kena sembur tak tentu pasal kan??? Cumanya diakui, sebagai manusia yang tak lari dari khilaf dan bukanlah sempurna sekali sekala tu ada juga terbabas tidur masa2 larangan mama tu...ihiksss...itupun disebabkan kerana ketidakdayaan diri ini sangat kerana terlalu letih atau terlalu mengantuk...
Setiap larangan pasti ada sebabnya kan??? Dan bukan suka2 dilarang betul tak???
Melalui satu kajian oleh Dr. Alyssa Cairns dari Associated Professional Sleep Societies di Minneapolis terhadap 738 kanak2 yang berusia 2 tahun ke atas yang suka tidur lewat petang terbukti sukar untuk tidur malam dan gagal memainkan "puzzle". Akibat kebiasaan tidur di lewat petang, mereka akan lewat tidur 39 minit berbanding dengan rakan sebaya yang tidak tidur.
Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur di saat yang sangat diperlukan tidur (sangat mengantuk). Demikian juga, tidur di awal malam lebih bermanfaat daripada tidur di akhir malam. Tidur di tengah hari lebih bermanfaat daripada tidur petang. Apabila tidur antara lewat petang dan waktu Maghrib, maka manfaatnya akan semakin berkurang dan memudaratkan.
Apalagi tidur di waktu Asar (atau sesudah solat Asar) dan tidur di awal siang, kecuali bagi yang malamnya tidak tidur. Selain itu, waktu2 yang dimakruhkan untuk tidur adalah waktu antara sesudah solat Subuh dan terbitnya matahari. Secara ringkas, tidur yang paling bermanfaat adalah tidur selama setengah malam yang pertama dan seperenam yang terakhir, kira2 8 jam.
Inilah tidur yang perlu menurut para doktor. Kurang dan lebihnya waktu tidur dari 8 jam akan menimbulkan ketidakseimbangan pada badan. Tidur menjadi sesuatu intipati dalam kehidupan kita kerana dengan tidur, kita menjadi segar kembali. Tubuh yang letih, urat2 yang mengerut dan otot2 yang diguna untuk bekerja seharian boleh meremaja semula melalui tidur. Tidur menjadi sesuatu yang intipati dalam kehidupan kita.
Ada 2 waktu tidur yang tidak disarankan oleh Rasulullah iaitu:
1. Tidur Di Pagi Hari Setelah Solat Subuh
"Termasuk hal yang makruh bagi mereka yang orang soleh adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai manfaat waktu tersebut dari orang2 soleh, walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak akan berehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit.
Ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya. Ia merupakan masa turunnya rezeki, adanya pembahagian, turunnya keberkatan dan mengembalikan segala kejadian hari itu di atas kejadian masa yang mahal tersebut. Oleh itu, tidurnya pada saat seperti itu seperti tidurnya orang yang terpaksa" (Madaarijus-Saalikiin 1/459)
2. Tidur Sebelum Solat Isya'
Diriwayatkan dari Abu Barzah R.A. "Bahawasanya Rasulullah SAW membenci tidur sebelum solat Isya' dan berbual selepas" (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647). Beberapa ulama menjelaskan, sebab dibenci tidur malam sebelum Isya' adalah boleh menyebabkan tidak menunaikan solat Isya' pada waktunya.
Akibat terlalu banyak tidur:
1. Banyak tidur akan mematikan hati.
2. Menambahkan berat badan.
3. Menghilangkan manfaat masa.
4. Menimbulkan kemalasan.
5. Banyak tidur ini hukumnya sangat makruh.
6. Banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tidak bermanfaat bagi badan.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com. Wallahu'alam bissawab.
Bacaan dari SINI
*Jadinya, kalau boleh elak2kanlah tidur di waktu2 pagi yang dinyatakan dan juga lewat petang kalau letih macam mana sekalipun... hu hu hu...
terima kasih atas perkongsian dan peringatan...baguih2
ReplyDeletewaktu tidur yg baik ialah sebelum zuhur.. faiqah mmg dilatih tidur sblum zuhur... Alhamdulillah.. boleh nmpk perkembangan otaknya...jika kita selalu latih ank waktu tdur yg baik..
ReplyDeletekekadang bila hari minggu,lepas subuh selalu jugak tidur balik..
ReplyDeleteanyway farahJemput Join Mini GA akak ...
http://www.kisahsidairy.com/2013/11/mini-ga-like-saya-dalam-contest-3b_18.html
slalu tidur after zuhur, hehe
ReplyDeleteKadang2 anis pun terbabas jugak sbb penat sangat especially bila balik dari kelas waktu petang tu.. Penat... =_='
ReplyDeletegood sharing farah..:)
ReplyDeletegud sharing...
ReplyDeletebiasa tidur lepas masak sementara nak tungggu anak balik sekolah dlm 15 minit aje...12.45p.m -1.00p.m.dpt selelap segar biji mato nie..bleh meneruskan kerja rumah yg xpernah habis....
ReplyDeletetips yg sgt berguna
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsiaannya :) acik selalu tertidur lepas solat subuh tu ..ishh
ReplyDeleteyumida selalu tdo petang2
ReplyDeletewah lepas ni takmo buat lg la
nice sharing kak
kalo dah mengantukk tahap kritikal camne kekeke
ReplyDeleteselalu beringat tak boleh tidur pada waktu yang dilarang tapi kadang-kadang mengantuk jugak....hihi
ReplyDelete@Montana
ReplyDeletesama sama kita ingat mengingati... ^_^
@Maria Firdz
ReplyDeletetulah maria benda2 macam ni penting untuk kita tahu juga kan??? walaupun nampak remeh tapi sebenarnya penting kan?
@Kisah Si Dairy
ReplyDeletekak eda, farah pun kalau dah letih sangat lepas subuh mesti flat balik... hu hu hu...itu tak dinafikan... kak... In Shaa Allah Farah join, mesti support punya...
@ika zulkefli
ReplyDeletewaktu tu waktu favourite ramai orang juga tu... *_^
@Anis Athia
ReplyDeleteakak faham anis sebab akak pun pernah rasa macam tu masa jadi student dulu...
@Normi Nieza
ReplyDeletesama2 kita kongsi knowledge Cik Nor... ^_^
@Ct Noraishah
ReplyDeleteuntuk pengetahuan kita bersama... ^_^
@Maszie Fatah
ReplyDeleteada orang memang cam tu kan? dapat lelap sekejap jer dah ok...
@Mimi Azirah
ReplyDeleteuntuk panduan kita bersama dear...
@Aku Penghibur
ReplyDeleteAcik akak pun sama kadang2...ini untuk kita semua sama2...
@Yumida Huda
ReplyDeleteadatlah tu yumida, kekadang kita ni letih sangat ye tak?
@Nurfaezah Abdullah
ReplyDeletefae, kalau dah mengantuk tahap kritikal ni yang payah nak cakap ni...
@Sukma Haron
ReplyDeletebetul tu kak, kadang2 terbabas jugak...
Mmg kurang suka tidur lepas Subuh dan Asar sejak dah kertu ni Farah...dulu masa anak sorang selalulah jugak tidur lepas Subuh...buruk perangaikan hehe
ReplyDeleteTq for sharing ...sangat berguna ...
ReplyDeletebyk yg tb baru tau..dlu main sebat je bgn lambat..pastu kne marah ngn ibu tb..org tua ckp tdo pg smpi matahari atas kepala dlm kol 9-10 xelok..sbb tolak rezeki,,,klu tdo asar lak..tb pernah gak kne..bgn2 mcm meracau..hehehe ingt da subuh..sbb tuh org tua xkasi tdo asar tp nk wt cmne degil ;p
ReplyDelete