"Playboy" Itu Suami Aku??? ... Belum Layan...

Farah Waheda Wahid
34
Source Extracted from Google
Sehabis jer "Love You Mr. Arrogant", terus ditinggalkan slot ni walaupun seperti kebiasaan akan menonton dari laman web Tonton kan??? ^_^... Tak taulah apa yang membuatkan liat sangat nak tengok cerita ni...adakah kerana tak baca novel ni lagi??? atau kerana sibuk fokus pada perkara2 lain sekarang ni.... hurmmm ataupun memang kurang berminat??? 
Source Extracted from Google
Sebelum tau cerita ni bakal diadaptasi ke layar perak, sebenarnya dah terpegang novel ni di Popular di bawah "office" tu... Biasalah bila tengok penulisnya Suri Ryana kan??? Dalam hati terdetik pasti menarik... sebab kalau buku Suri Ryana ni dah 2 kali baca hasil penulisan beliau... pertama M.A.I.D dan yang kedua Isteri Separuh Masa. Terdetik pasti menarik tapi tak terdetik pula nak membeli... muahahaha.... so bila dah baca sinopsis...biarkan dulu... letak balik kat para... Tup tup tup...dah jadi drama bersiri pulak ek "uols"... al-maklumlah sekarang ni demam adaptasi novel... 

Ramai juga antara kawan2 blogger2 yang dah "update" tentang cerita ni kan??? Dan pastinya ada juga yang dah baca novel ni... tapi nak juga kongsikan sinopsis novel ni di sini.... 

"Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje"

Itulah permulaan segala2nya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama 'manja' yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina. 

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar2 melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin. 

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing2 punya agenda tersendiri. 

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu. 

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga2 cinta di taman hati masing2. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya? 

"Playboy itu suami aku?! Biar betul!"

Macam biasa, bila baca sinopsis macam ni yang nak taunya kenapa dia terpaksa tinggalkan mamat tu kan? he he he.... Masih belum layan lagi... tapi mungkin akan mula tengok cuma lambat sikit kot... masih tak dapat seru lagi nak menonton ni... 

"Uols" macam mana??? Agak2 menarik ke cerita ni??? *_^ 

Post a Comment

34Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. xleh nka komen sbb sy kurang melayan drama..hu3..sekali sekal je tengok teman bini

    ReplyDelete
  2. da tgk 2. 3 episod..kurang mengancam la..xmcm lyma..maybe sbb pelakon br sgt kot..

    ReplyDelete
  3. mcm xbest la tb tgkkk..pelakonnye xhensem heheh

    ReplyDelete
  4. aiza pun baru tengok 2 episod drama ini..

    ReplyDelete
  5. layan gak kak sementara nak mandi siap anak2 sebab takde citer lain..ahahaaa..

    citer okey la best cuma pelakon tu yang tak besh..kalo orang lain yang berlakon mungkin feel tu lain skit kot..

    ReplyDelete
  6. tak pernah tengok lagidrama ni..:)

    ReplyDelete
  7. kurang sikit minat tengok citer nie......

    ReplyDelete
  8. Dalam novel best.. Bila dah tgk drama ni kat TV, macam bosan pulak tapi tetap tengok ;D

    ReplyDelete
  9. drama ni lambat sikit nak panas
    myb watak pelakon utama yg kurang menyengat..hikhik

    pa pun watak pembantu mcm chacha n wan sharmila, terbaik, nampak neutral

    bg yumida, watak afina kengkdg nampak x neutral, dibuat2
    wataknya byk mainkan monolog...kelemahannya bila suara monolog tu kendengaran mendatar
    xde feel bila dengar n tengok

    watak king adrian, nampak kaku. mcm slow siput sedut. haha! dia memang ensem. peranannya kena tonjolkan seorg playboy. yg yumida tgk seolah2 watak perempuan penggoda lebih menonjol dari dia.

    hmmm..kita wait n see drama seterusnya.bila la pengarah nak panggil yumida ni acting. wakakaka!

    ReplyDelete
  10. Hero pisa ni berlakon mcm jerry yan berlakon dlm meteor garden la..:D

    ReplyDelete
  11. abak tak tengok lagi.. Mr Arrogant pun tak tengok lagi..hahaha..

    ReplyDelete
  12. x rajin lyn drama bersiri skrg ne hehehe

    ReplyDelete
  13. Tak layan sgt slot ni..sbb waktu yg kurg sesuai...

    ReplyDelete
  14. dah ramai sgt yg update pasal drama ni.. sy pun dah naik muak.. haha! jadi takde mood dah nak tengok terus. hehe

    ReplyDelete
  15. Tengok ikut dan jer.. Kalau kebetulan tv tengah on layanla.. Kalau tengah sibuk dengan dunia siber ni, memang sunyi sepi jer tv tu tak berusik.. Sebab pelakon muka2 baru.. Tak syok tengok.. Citer Mr. Arrogant pun tak ikut.. Haha..
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
  16. mcm menarik..tp mls nk tgok..huhu ;p

    ReplyDelete
  17. @blogger lelaki

    yang tu saya faham...he he he...orang lelaki biasalah...

    ReplyDelete
  18. @S. Faezah

    akak pun rasa mungkin sebab pelakon tak best...

    ReplyDelete
  19. @TelingaBulat

    akak pun kurang berminat dengan pelakon2nya TB...

    ReplyDelete
  20. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    akak baru tengok sekali jer ni, tapi rasa cam tak berminat sangat...

    ReplyDelete
  21. @Zee Suhaini

    akak pun rasa kalau orang lain mungkin feel sikit zee...

    ReplyDelete
  22. @ika zulkefli

    tak tengok pun tak apa kot ika? ^_^ tapi tulah bergantung kepada minat masing2 kan....

    ReplyDelete
  23. @Cik Mun

    mun pun tak tengok lagi, he he he...akak setakat hari ni sekali jer mun...

    ReplyDelete
  24. @Sukma Haron

    samalah kak, kita ada perasaan yang sama tentang cerita ni...

    ReplyDelete
  25. @Sally Yatiey

    novel best ek sally... tapi betullah kat tv macam bosan jer...

    ReplyDelete
  26. @Yumida Huda

    yumida actor and actress selection kena panggil yumida, kalau dapat yang menyengat mesti drama ni boleh hit akak rasa... *_^

    ReplyDelete
  27. @Maria Firdz

    akak kalau nak tengok ikut tonton jer maria...time2 pukul 7 tu memang jaranglah...

    ReplyDelete
  28. @Rosmiza Ali

    Farah pulak selalunya dua kerja dalam satu masa...

    ReplyDelete
  29. @Cik Yaya

    akak tak tertarik lagi buat masa sekarang nak tengok cerita ni yaya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !