![]() |
Source Extracted from Google |
Selesai sudah AF2013 yang mana akak tak adalah fanatik mana pun tengok "uols"...Ahakss...cuma melayan mama tercinta yang suka bangat tengok rancangan realiti tu... "Personal point of view" sendiri... bosan dah melayan "reality singing show" macam AF ni... bukan apa, kalau dilihat banyak sangat propa dan gimiknya... tapi kannnn...dalam tak fanatik tu, layan juga dalam terpaksa demi ibu tercinta...wakakakaka...bila dah layan demi terpaksa tu... apa lagi, tiba2 terjebak emo sekali "uols"...wakakaka.... Tapi "honestly" cakap, kalau tak tengok AF2013 pun tak apa kot??? Entahlah... rasa cam buang masa jer tengok... ooopss ini pendapat peribadi tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah pergi ke alam barzakh... mungkin kurang berkenan sesuatulah tu pada pandangan peribadi Cik Puan Bubbly... hu hu hu...dan apakah itu? biarlah rahsia... (akak kan suka main rahsia2 ni.... tak suka nak "open2" sangat...muahahaha)....
Dah habis AF2013 apa lagi rancangan menarik atau pengganti kepada slot ini??? Jeng jeng jeng...rasanya ramai juga yang dah tahu kot? MasterChef Malaysia All Stars... Yang mana dalam rancangan ni, kalau ikut "advertisement" dia, seramai 10 selebriti popular dan 10 bekas peserta kegemaran musim terdahulu yang tak menang datang bertanding kembali.
MasterChef Malaysia All Stars ni akan disiarkan setiap Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam bermula 23 November 2013 secara eksklusif menerusi saluran 104 di Astro Ria dan siaran serentak di Maya HD saluran 135. Konsep dengan format samalah macam musim sebelum ni....
Tema kali ni, "Hidangan Pembalasan"...wah macam nak balas dendam sebab kalah dulu "uols"... dan 3 juri biasalah iaitu Chef Johari Edrus, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran. 10 peserta selebriti yang kembali adalah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie dan Enot.
Manakala 10 peserta bekas MasterChef Malaysia ialah Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah.
Peminat2 MasterChef mesti seronok, gembira dan melekat lagi ni. Samalah dengan mama tu... huwaaaa...jawabnya memang tak boleh tengok "channel" lainlah ni...tapi MasterChef ni akak minat "uols" tak apa sebab "concern" dengan masak2...akak kan minat memasak...ihiksss.... cuma ada sorang tu jerlah peserta yang mungkin akan tak berapa berminat dan berkenan nak nengoknya...tapi layankan ajerlah...hik hik hik...
I tak sabaq nak tgk gelagat si AA.. x sabar bukan minat okeh.. tak sabar nak kutuk dia muahahahaha
ReplyDeleteMIL tak minat tengok masak masak nie..jadi hampa sudah nak tengok Masterchef all stars nie..Tapi kekadang tu ajak jugak dia tengok...
ReplyDeletesy suke sy suke..hehehe
ReplyDelete23 Nov ye? hrmm..kalau bini sy tau ni mesti tak lepas remote stro tu haha..
ReplyDeleteaduii AA ade mst sibuk ngn bulu2 pink die kt leher tuh...semak aje
ReplyDeletehahaha.. sape yang Farah x minat nak enngok tu.. cer citer.. heeee
ReplyDeleteeheh masterchef nk ada.suka-3 hehe
ReplyDeletefiza pun suke MC.. cume tak suke bile time dorg ngumpat2 nk menjatuhkan org.. tp biasela kan realiti tv..
ReplyDelete@ZazaMyMoon
ReplyDeleteha ha ha, dialah yang i maksudkan yang i kurang berkenan tu babe...lepas ni memang jadi bahan What's App kita lah ni...
@Kisah Si Dairy
ReplyDeleteakak pujuk2 manja kak ajak dia tengok rancangan ni... he he he...
@Mimi Azirah
ReplyDeleteai pun suka jugak dear...
@Elih Japahar
ReplyDeletesila beritahu isteri anda...he he he...
@TelingaBulat
ReplyDeletedan gaya dia mesti sangat over kan TB???
@tenku butang
ReplyDeleteteman tak minat dengan AA, takut jugak nak tengok sebab tak minat takut terkenan pulak kat anak... wakakakaka...
@ika zulkefli
ReplyDeletegive me five ika...minat juga ek...
@Hafiza AizZawa
ReplyDeletepart ngumpat2 tu sangat tak sihat, tak patut diamalkan pun dalam rancangan tu, cakap apa orang kata biar berpada...
cik nor tak sabar nak tgk che lah masak..:)
ReplyDeletemasterchef malaysia sangat drama.bosan.
ReplyDeleteMasterchef ni ganti AF yeh....
ReplyDeleteAF tu walaupun Okje kurang suka tapi layanlah jugak tiap minggu hehe
tak sabar gak nak tgk nih.... ada michael ang.. mesti over kalau dia berlawan mulut dgn AA... hahah....
ReplyDeletemmg excited kot!
ReplyDelete