Done With The 1st Jap of Dexamethasone!!! ^_^

Farah Waheda Wahid
34
Source Extracted from Google
Ingat lagi tak cerita tentang Suntikan Dexamethasone yang saya cerita hari tu.... sila klik perkataan Suntikan Dexamethasone tu yer untuk mengetahui selanjutnya tentang apa??? *_^... Secara ringkasnya suntikan steroid untuk mematangkan paru2 bayi... 

Hari tu dok bercerita tentang macam mana pengalaman beberapa orang "blogger" yang pernah mengalami atau melalui suntikan ini dan ada juga terima "feedback" dalam komen dari seorang dua dari "uols" yang pernah mengalami juga... Ada yang kata beku bila kena suntikan ni, dan dari segala yang digali oleh Cik Puan Bubbly, memang katanya suntikan ni SAKITNYA YANG AMATTTTTT.... 

Suami dah pesan, "jangan baca2 sangat dan jangan nak "research2" sangat-lah yang oiiii.... redah dan lalu jer... nanti lagi baca lagi jadi trauma dan phobia", tapi biasalah akak "uols" nak jugaaaaaaaa..... nak cari "knowledge" tu dan nak faham supaya tak mudah melatah giteww kaedahnya... Dan walaupun dah dipesan, ilmu tu masih digali juga...ahaksss... baca dari blog melalui pengalaman kawan2 yang pernah merasai, "contact my best friend" kat "office" Dr.J (dia ni "gynae" juga... "a doctor as well"...kalau badan rasa tak sedap dan tak sihat kat "office" terus jer jumpa dia, tak payah susah payah...) dan "best friend" dia iaitu "gynae" saya yang bakal menyambut kelahiran Bubbly Baby ni.... biasalah "consultation FOC" la... hik hik hik... 

Ok, dah baca semua dah "research2" semua bagai, hu hu hu, tak kusangka, akak ni kental hati juga orangnya, benarlah kata orang, nak jadi ibu memang semangat tu lain macam sikit ye tak? keberanian pun lain macam sikit... sanggup redah dan lalui apa saja... Dari takut jarum jadinya tak takut jarum dah sekarang ni.... wakakaka..bukanlah tak takut...tapi berani2 takut kot kategorinya, asalkan tak tengok masa dia nak cucuk tu... 

Ok berbalik kepada Suntikan Dexamethasone ni, Alhamdulillah "peeps, I'm done with the 1st Jap of Dexa!!!" ^_^... Ha mesti ada yang nak tau kan??? Untuk "reference" dan pengetahuan akan datang, manalah tau kalau2 ye tak, tak pun sekadar sebagai "general knowledge"... macam mana sebenarnya rasanya Suntikan Dexa ni... Hurmm... cam mana yer nak cerita... Untuk "1st jap Dexa" ni, cucuk tu kat bahagian punggung yer "uols"... "sorry" perkataan punggung yang kurang sopan tapi itulah yang paling sopan untuk digunakan... macam biasa, letak ubat kebas tu kan, misi pun cucuk... jadinya tak nampaklah kan jarum tu kan... muahahahaha.... lepas kena cucuk??? 

Rasanya macam biasa cuma terasa macam kebas2 sikit dan panas2 sikit la kat kawasan yang kena cucuk tu...lepas tu masa "on the way" balik rumah terasa kemengantukan la pula kan??? Sudahnya sampai rumah terus cari katil dan berehat selelap dua "uols"... itu jer yang dirasakan setelah selesai dengan Suntikan Dexa yang pertama.... 

"However", menurut kata misi, memang betul Suntikan Dexa ni sakit dari suntikan2 biasa. Dan "my gynae" sendiri mengakui yang Suntikan Dexa memang sakit... kesannya "uols" tak akan rasa pada suntikan yang pertama sebab ubat tu masih belum jalan lagi, dan kata "my gynae" hanya keesokan harinya setelah "2nd jap" barulah akan terasa kesakitan kesan dari Suntikan Dexa ni... dan kesakitan ini akan berpanjangan selama seminggu "uols"... Semoga diri ini dikuatkan dan ditabahkan serta dikentalkanlah untuk melalui dan mengharungi kesan Suntikan Dexa ni... In Shaa Allah... Untuk Bubbly Baby, mummy sanggup jer sayang... Asalkan segalanya berjalan lancar dan selamat.... (ayat syahdu jap.... inilah salah satu pengorbanan ibu kan??? betul tak "uols")... 

Heee, tu jer nak cerita pasal Suntikan Dexa yang pertama yang telah diharungi pagi semalam.... dan hari ni selepas 12 jam, akan melalui atau merasai Suntikan Dexa yang kedua pula... ^_^... Nanti, dah rasa barulah boleh kongsi dan cerita dengan "uols" yer pengalaman ni??? 

"Till then cheerios!!!"

Post a Comment

34Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang kena ambil ke suntikan tu?
    akak tak ingat pernah ambil ke tidak suntikan tu...

    tabahkan hati yer...

    ReplyDelete
  2. Hmm... Jadi ibu mmg kna kental fizikal dan mental... Tpi klu ikutkn 37w mmg dh blh bersalin pun klu ikutkn... Tpi mgkin sbb paru2 baby x mtang ea..sbb tu kna suntik ea.. Apa2 mga dua2 selamat mudah2an... Insha Allah...

    ReplyDelete
  3. farah.. i amek dexa shot ni... both pregnancy memang kene amek.. sakit nya boleh tahan la... hehehe..

    ReplyDelete
  4. Kenit tak pernah dengar suntikan ni walau dah beranak dua! hehe. Apapun, semoga segala urusan Farah dan baby dipermudahkan ye. Kuatkan semangat, dan teran kuat-kuat! hehe

    ReplyDelete
  5. Cik dah dapat bayangkan mcm mane sakit nye..

    ReplyDelete
  6. Pengorbanan seorang ibu .. Semoga kak farah kuat yer..

    ReplyDelete
  7. may Allah bless you kak! sally tak tau nak komen...nk cakap sabar, nak cakap tahan la kak...mcm tak sampai hati....tapi...akak take care je la tau! xoxo ^_^

    ReplyDelete
  8. semoga semuanya berjalan lancar ... kuatkan semangat yer ...

    ReplyDelete
  9. bila jd ibu nih memg semangat akn kental dan kuat walaupun hakikatnye kita takut..huhuhu

    ReplyDelete
  10. suntikan nie akak tak pernah kena dulu....

    ReplyDelete
  11. kita sama kak..=( tak suka kena suntik..terpaksa tu cita lain..

    ReplyDelete
  12. tak suka kena suntik
    tapi utk bby kena kuatkan diri jgk

    ReplyDelete
  13. deqla paling takot kena cucuk2 ni.. tp kalo pregnant nanti kena la hadap jugak kan.. xpe..demi baby.. huhu..

    ReplyDelete
  14. @yang baik Ishak

    suntikan ni kena ambil bagi mereka yang berisiko melahirkan premature baby kak, tak semua orang...

    ReplyDelete
  15. @bibi yusof

    setakat ni kan, i rasa ok dexa shot ni, tak mengalami sepertimana yang mereka kata sakit sangat tu... ok experience thoughts... heee....

    ReplyDelete
  16. @Invisible Me

    akak pun tak suka nak suntik2 ni, tapi nak buat macam mana...

    ReplyDelete
  17. @Cik Puan

    cik sakit tak sakit ini yang kita kena tempuh kan?

    ReplyDelete
  18. @husna zahidi

    betul tu husna, siapa suka kena suntik tapi disebabkan terpaksa kita redha jer lah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !