![]() |
Source Extracted from Google |
Rasanya mungkin ramai yang dah menonton video Provokasi Terhadap Penyelamat Kucing di FB seperti yang di bawah...
Dan video kedua yang telah di "upload" di laman Persatuan Kucing KL Selangor di FB boleh dilihat di SINI
Ceritanya... Kejadian di mana Puan Zainab Rahman diserang oleh seorang penduduk yang tidak suka beliau memberi kucing makan di kawasan rumah pangsa yang didiami oleh Puan Zainab Rahman. Lelaki ini mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk yang tidak berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Sila perhatikan dengan teliti dan dengan betul kemarahan Pakcik ini terhadap Puan Zainab Rahman berkenaan masalah memberi kucing2 "stray" makan.
Puan Zainab Rahman merupakan seorang ahli Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur dan Selangor. Beliau merupakan antara salah seorang antara Jawatankuasa Persatuan selain Puan Norisam, Mrs Lam dan En Rezan Tambi yang aktif melakukan kerja2 rescue dan memberi makan kucing2 terbiar dalam Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur dan Selangor.
Lokasi Kejadian: Desa Pandan
Tarikh: 19 Oktober 2013
Dalam erti kata lain Pakcik ini tidak suka pada kucing dan tidak mahu berkongsi hidup dengan kucing "stray". Padahal dunia ni bukanlah milik pakcik ni seorang!!! Untuk makluman semua 1 laporan polis telah dibuat oleh Puan Zainab Rahman terhadap Pakcik ini berikutan keganasan dengan memukul Puan Zainab Rahman kerana memberi kucing terbiar makan.
![]() |
Source Extracted from FB |
Haih... apalah salahnya bagi kucing2 "stray" makan ye tak? Walaupun saya ni penakut kucing tapi rasa macam tak patut jer tindakan pakcik ni... Apalah salahnya...Kucing tu tak dosa pun dan tak luak apa2 pun kat Pakcik tu kalau ada yang nak beri kucing2 "stray" tu makan... Hu hu hu...
Bukan saja perbuatan tidak dapat diterima oleh pecinta2 kucing, saya yang penakut kucing ni pun rasa cam tak boleh terima jer...
Nak tau cerita lanjut atau kisah rentetan tentang penyelamat kucing ni...boleh lawat laman FB INI
*Kadang2 bila fikir balik, semakin ramai di kalangan kita yang rendah IQ serta EQ dan mengalami tekanan atau gangguan mental ye tak??? Takut pula... Apakah puncanya masyarakat zaman sekarang ada yang berkelakuan sedemikian...
*Kadang2 bila fikir balik, semakin ramai di kalangan kita yang rendah IQ serta EQ dan mengalami tekanan atau gangguan mental ye tak??? Takut pula... Apakah puncanya masyarakat zaman sekarang ada yang berkelakuan sedemikian...
tak tahu apa yang pakcik tu sedang fikirkan. Adakah kerana dia khuatir kucing2 itu akan berak dan mengotori kawasan perumahan bloknya?? Blok G tu tak jauh dari blok kenit. Bagi makan kucing pun boleh dijadikan masalah besar pada dia.... Allahurobbi!
ReplyDeleteadeh! bg makan pun jadi masalah ke??
ReplyDeletepergghh saiko ke apo pokcik tu...
ReplyDeletehahaha dah lah tak bagi org tu bagi kucing tu mkn.. siap nak pukul lagi.. phuii hahaha dunia dah nak terbalik dah Farah oiii.. hahaha
SALAM KAK FARAH. SAYA PUN SUKA KUCING. KIKI DAN MANJA NAMANYA. BERBALIK KEPADA VIDEO, APA SALAHNYA DI BERI MAKAN KEPADA SI COMEL TUE.
ReplyDeletetak dapat nak tgok video tu.. intenet slow// huhu.. so x dpt nk komen lelebih .. hehe
ReplyDeletesalam blogging..blogwalking.
ReplyDeleteapa lah pacik ni. kucing tu makhluk Allah juga.
ReplyDeletenory suka bagi kucing2 terbiar makan, kdg2 jumpa kat parking,mesti bawak naik kat rumah bagi makan dulu, belai-belai baru lepaskan...
ReplyDeletetapiii salah ke bg makan kat kucing terbiarr...alaaa sedihlah cmni, cmne ngan nasib kucing2 terbiar tu nnt kan...huhuh
Huhhh terbelek entri ni trs menyirap darah deqla tau....ko ingat ko sorg jer nk mkn !!! Ko sorg jer nk hidup dlm dunia mi pokcikkkkk!!!!! huhh...bebila masa Allah bole tarik rezeki yg ko ada la pokcikkkkkk!!! Sedar dri tu skittttt..!! huhhh
ReplyDeleteKenapa pakcik tue...bagi kucing makan salah ke..
ReplyDeletekita rasa pakcik nih terlampau anti dengan kucing. mungkin dia ada masalah dan sejarahnya dengan kucing. mungkin pakcik ni kena bawa pergi kaunseling.
ReplyDeletekalau tengok kat stesen lrt putra atau komuter, banyak kucing terbiar kat situ, dan ramai yg bagi makan kat kucing2 situ dengan letak makanan di dalam bekas atau atas kertas.
Akak x suka kucing tp xde sampai membenci kucing dan nak aniaya...pak cik tu if xde perasaan suh je duk dlm hutan..x yah la sibuk2 nk belasah org sbb kucing je kot...
ReplyDeleteEeee, sakit betul hati ni dengan pakcik poyo ni.. Ingat dunia ni dia sorang je ke nak idup? Bengong..
ReplyDeleteMieza Suri Shaklee
Busuk hati namanya. Bukan mintak makan dgn dia pun.
ReplyDeletealahaiii kes camgini pon ade ek
ReplyDeletekurang kasih syg kot pakcik nih hihi
kesian tu kucing2 kan..setakat bagi makan kucing pun jadi isu kan
ReplyDelete