Bergaduh??? Beza Lelaki & Perempuan...

Farah Waheda Wahid
30
Source Extracted from FB
Jika dilihat dari gambar di atas, sejauh manakah kebenarannya? Lelaki kalau bergaduh sekejap jer.. lepas tu dah boleh baik balik macam biasa... tapi kalau orang perempuan ni bergaduh... Muahahaha... Gaduh zaman remaja, atau gaduh sebelum kahwin, lepas tu "drag" sampai dah kahwin, beranak pinak dan sampailah anak masing2 dah bujang dan dara...belum tentu baik lagi "relationship" tu... betul ke? Tapi kalau ada lelaki yang bergaduh tak baik2 tu adalah sesuatu yang sangat besar tu yang berlaku... sampai tak boleh nak baik lagi... "Well", tak semestinya betul kan? "It depends on the individu itself" sebenarnya.. Pokok pangkalnya adalah diri dan hati seseorang individu itu... Yang kaki gaduh tu, memey ler agaknya... Mereka lebih arif kot pasal hal2 ni...

Gaduh??? Cik Puan Bubbly pernah bergaduh ke dengan siapa2? Jap fikir jap... Hurmm... selalunyalah kan, Cik Puan Bubbly ni bukan jenis yang suka bergaduh... dan bukan jenis yang suka cari gaduh... ataupun cari pasal... Biasanya (jujur ni dari pengalaman hidup sendiri)... orang yang dok sibuk cari pasal dan cari gaduh... "and I have this one habit of being an ignorant... really to me" orang  yang suka mencari pasal dan mencari gaduh ni adalah orang yang rendah IQ dan juga rendah EQ... "so the conclusion is..."...toksah dilayan and "don't stoop down my own level to their level"... muahahaha...hidup lebih bahagia giteww... Buat apa nak semak2 kepala... Tapi tak dinafikan "typically women" memang ada jenis2 yang macam gambar kat atas tu.... Apakah??? Adakah disebabkan dendam??? Bukanlah nak menjatuhkan orang perempuan itu sendiri, tapi ini adalah dari senario yang pernah dilihat oleh mata kasar dan juga pernah dialami... memang ada jenis2 yang begini... hu hu hu... Macam yang "ai" cakap... "I chose to be an ignorant person..." sebabnya buang masalah gaduh2 ni... tak datangkan hasil pun dan tak dapat capai apa2 pun dari pergaduhan tu betul tak??? 

Pernah terbaca... 

1. Pengertian Dendam
Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak padam2. (Huishhh...dahsyat betul, ini memang betul dendam kesumat ni... )

2. Keburukan2 Dendam
Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat marah yang tidak dikekang atau diredhakan dengan segeral. Sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya:

Perasaan hasad dengki dalam diri, sehingga pendengki itu merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu daripada orang itu. Dengan makna yang lain, seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan. Kelakuan ini adalah contoh dari kelakuan orang2 munafik. (Huishh...minta2 dijauhkanlah... nauzubillahminzalik).

Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan hasad dengki dalam dirinya, malah ia merasakan senang sekali apabila orang yang didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana. 

Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya. 

Pendengki akan mengucapkan kata2 yang tidak patut terhadap orang yang didengkinya, iaitu sama ada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia lawannya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya. 

Pendengki akan menganiaya lawannya sama ada dengan memukulnya atau sebagainya. 

Pendengki akan menahan hak milik orang yang didengkinya seperti menahan hutang yang patut dibayar, enggan mengembalikan amanah yang diserahkan kepadanya dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan seperti di atas itu adalah haram dilakukan dan ianya merupakan perbuatan iblis terkutuk. 

3. Orang Pendendam Menjadi Rakan Iblis
Sekiranya orang yang berdendam itu dapat menguasai dirinya dari perbuatan2 buruk yang disebutkan di atas, tetapi masih memiliki perangai yang tidak baik seperti sengaja tidak mahu bermuka manis terhadap orang yang didendamnya itu, tidak belas kasihan terhadapnya, tidak mengambil berat terhadap dirinya dengan menunaikan segala keperluannya, tidak bersedia membantu pada perkara yang memberi kebaikan kepada orang itu, maka itu menandakan sifat dendamnya masih ada. Semua perkara yang disebutkan itu akan menjatuhkan darjat seseorang dan akan melenyapkan pahala yang banyak, seterusnya ia menjadi rakan2 iblis. 

Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. bersumpah tidak akan memberikan bantuan (harta) kepada Misthah yang masih tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:

"Janganlah sampai bersumpah orang2 yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu, kerabat, orang2 miskin dan orang2 yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang," (An-Nur:22)

Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka beliaupun akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu beliau pun kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun Misthah telah melakukan penganiayaan terhadap beliau. 

Ayat di atas  memberikan pengajaran kepada kita supaya jangan menaruh dendam, yang perlu hendaklah berlapang dada dan suka memaafkan. Teruskanlah melakukan kebaikan sekalipun mendapat penganiayaan. Bahkan kalau boleh tambahkanlah kebaikan dari kebiasaan yang dilakukan, sebagai suatu cara untuk menundukkan hawa nafsu dan mengecewakan hasutan syaitan. Bilamana seseorang itu dapat melakukan seumpama itu, maka ia mencapai kedudukan dan darjat para siddiqin. 

4. Dendam Perbuatan Haram
Nyatalah dari penjelasan di atas bahawa sifat dendam itu tidak dibenarkan dalam Islam. Mengenai Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam".

Walaubagaimanapun, untuk memberikan penjelasan yang lebih mengenai sifat hasad, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Tiada hasad (dibenarkan berhasad) kecuali 2 perkara sahaja, iaitu seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan harta itu pada perkara yang haq/benar, sehinggalah hartanya habis. Dan seorang lagi dikurniakan Allah ilmu, lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang ramai."

Apa yang disimpulkan dari maksud hadis di atas bahawa tidaklah dilarang kiranya lelaki mahupun wanita itu mengharap2kan sesuatu nikmat yang sama, yang ada pada orang lain untuk dirinya. Maka selagi ia menginginkan nikmat yang sama untuk dirinya dan tidak pula mengharapkan lenyapnya nikmat itu dari orang lain, ataupun ia tidak akan membenci kalau orang itu dapat mengecap nikmat itu terus-menerus, maka cita2nya itu tidaklah dihukum haram, malah ada kalanya dituntut oleh syariat. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan dalam (mencari kelebihan) itu, maka hendaklah berlumba2 orang yang ingin perlumbaan". (Al-Muthaffifin:26)

Kredit: SINI

Jadinya, kalau yang gaduh2 tu, tak kiralah perang dunia ke, perang saudara ke, perang dingin ke, perang mental ke...apa2 jenis perang sekali pun... he he he... jom lah kita bawa2 muhasabah diri memasing... Kalau boleh janganlah cam gambar kat atas tu, sampai 20 tahun pun bermasam muka lagi atau tak bertegur sapa... muahahaha... tak apa orang nak masam muka, nak buat kita, nak gaduh ngan kita, tapi kita jangan berhenti lakukan kebaikan, sekurang2nya kita dah lakukan bahagian kita untuk berbaik, tak rugi pun, yang rugi adalah orang tu ye tak? Pahala kat kita, dosa kat dialah kot sebab tak mau berbaik ... Kita "maintain" diri kita sendiri dan terus lakukan kebaikan... tak rugi apa2 kat kita... memanglah tak boleh tak bertegur sapa lebih dari 3 hari... tapi kalau dah ada spesies yang macam ni, nak buek camno... abaikan jerlah, dan teruskanlah dengan hidup kita... hidup pasti lebih aman dan tenang... he he he... dan itu sebabnya dalam "certain2 cases" saya beritahu tadi, "I chose to be ignorant and live in my own world"...Janji saya tak ganggu periuk nasi orang dan tak jadi pendengki ataupun pendendam.... *_^. Kalau orang nak pijak2 maruah dan kepala tu, itu dah lain cerita... tapi apa yang saya selalu lakukan istighfar dan ingat Allah banyak2... Allah tu Maha Adil dan Maha Mengetahui...Lambat atau cepat satu hari nanti segalanya akan terjawab dan Allah pasti tunjukkan... bukannya tak nak melawan... "of course we have too when it's related to our pride and self but then do it the most classy, stylish and educated way... not trashy" giteww... *_^... Tak kuasa akak nak semakkan kepala kepada perkara yang tak perlu...banyak lagi kojo yang boleh buek... wakakaka... 

"Cheerios!!!" 

Post a Comment

30Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. KA pulak jenis yg marah dah cepat pulak sejuknyer... hehehe tu yg payah !

    ReplyDelete
  2. nice tips.. pmpuan ni suka makan dalam.. tu yg payah tu...

    ReplyDelete
  3. Sya pun sama cam KA..cepat marah..pastu cepat sejuk..hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, saya diberi sifat yg boleh bersabar dengan perangai kawan2. Tapi bila saya dah betul2 marah, saya hanya akan berdiam diri dan jauhi org tu.

    ReplyDelete
  5. hee...teringat plak ttbe zaman sek dlu2 mmg perkara biasala..

    tp nsb baik la xseteruk zaman sekrng..gado smpai btumbuk..huhu lagi dasat!

    ReplyDelete
  6. betul tu kak,buang masa je nak bergaduh bagai,hee....cool2 suda kan kak:)

    ReplyDelete
  7. hu2.. teman pun macam KA gak, cepat marah cepat sejuk..

    ReplyDelete
  8. terkena kat uni hal mcm ni kak.. time sekolah takde pulak.. tapi takde lah gaduh pun.. macam akak lah, sy pun jenis yg malas nak layan benda2 macam ni.. kalau salah faham sikit tu biasa lah.. tapi yang ni bila org dah bermasam muka dgn kita, kita tegur dan tanya pun buat sakit hati, lagi dimasamnya muka lebih baik kita takyah peduli.. memang lebih bahagia.. haha.. cuma sometimes tertanya2 jugak, apa kes sebenarnya.. dan kenapa sampai skrg dia mcm tu.. :)

    (dah macam komen luahan perasaan pulak dah.. hehe)

    ReplyDelete
  9. time sarah skola dulu pun pernah gaduh..tpi x la gaduh sampai bertumbuk just tak bertegur je.. ade la dlm 2 3 minggu x bertegur.. last2 baik sendiri.. hehe.. lau teringat macam lawak je.. :)

    ReplyDelete
  10. pg td dengar "Tanyalah Ustaz"...org yg berdendam ni semua perkara bauk dia kan terhapus sbb hati dia tak tenteram

    ReplyDelete
  11. setuju sangat lelaki kalau gaduh mmg sekejap, tapi berbeza dgn perempuan...tapi tak semua begitu.....

    ReplyDelete
  12. Absolutely right Farah...bagus betul entry farah ni. kalau ada masa nanti akak nak pinjam dan terbitkan pulak

    ReplyDelete
  13. x suka nak gaduh2 la..selalunya biarkan aje...tp dgn yg sorang lagi tu mmg bergaduh selalu la kan...

    ReplyDelete
  14. @Kesuma Angsana

    baguslah kalau cepat marah cepat sejuk kak... susah juga nak cari orang yang macam ni... kan memaafkan itu lebih mulia..betul tak kak?

    ReplyDelete
  15. @Maria Firdz

    betul tu maria, kaum hawa ni memang suka makan dalam...

    ReplyDelete
  16. @adrianna syaz

    bagus orang yang marah cepat sejuk ni...heee...

    ReplyDelete
  17. @Ainim Suju

    Alhamdulillah Ainim, keep it up... akak pulak memang ignorant jer... hu hu hu...

    ReplyDelete
  18. @Cik Yaya

    budak2 sekarang memang lagi dahsyat...budak perempuan pun gaduh dah macam lelaki...hu hu hu...

    ReplyDelete
  19. @nanakimie

    nan kita chillex jer selagi boleh... kalau dah pijak maruah dengan kepala tu, memang haruslah nak kena kan? erkss...pemarah juga akak ni ek?

    ReplyDelete
  20. @aisya

    that's why most of the time i chose to be an ignorant person...sebab tak mau semak2 kepala...cuma kadang2 tu memang betul terasa cam...apa kes???

    ReplyDelete
  21. @Pwincess sarah

    bila teringat macam tu mesti terasa childish kan?

    ReplyDelete
  22. @Sally Samsaiman

    orang yang simpan dendam walau sekelumit atau sekuman pun, hidup memang tak akan pernah tenteram...semoga orang2 yang berdendam tu sedarlah kan sally?

    ReplyDelete
  23. @memmetlenggeng

    ok akak tak ada masalah, silalah...dengan berbesar hatinya... ^_^

    ReplyDelete
  24. @Amanda Suria

    yang sorang tu tak ley nak wat apa dah kak...wakakakaka...

    ReplyDelete
  25. dari pengalaman saya sendiri, bukan berniat menjauh diri tetapi bila cuba berbaik akan memberi kesan lebih buruk. Jadi ambil keputusan utk tidak rapat lagi...

    ReplyDelete
  26. mcm betul fakta sbb pernah bergaduh dgn kwn girl & amik msa yg lma nk baik..tapi laki ni mmg sempoi habis la..hahaaha

    ReplyDelete
  27. Baca entri pasal gaduh2 ni teringat masa zaman sekolah & zaman kolej matrik dulu pernah member ajak teman diorang gaduh.. Macam poyo jer nak gaduh ajak orang teman.. Haha! Tapi iols tak layan ler.. Malas nak semakkan kepala otak ngan masalah yang takde kena mengena ngan kita.. Gaduh plak tu pasal rebut laki.. Pui, lagilah poyo beribu2 lemon.. Tak kuasa mak jah.. Haha..
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !