Amalan Berpantang Bersalin Secara "C-Sect"

Farah Waheda Wahid
11
Source Extracted from Google
Kalau dulu2 dulu punya entri banyak bercerita tentang berpantang atau lebih kepada cara berpantang bagi bersalin secara normal... "uols" boleh cari di kotak "search" di "side bar" dengan kata kunci "confinement story" untuk entri2 itu... kali ni nak bercerita pula tentang penjagaan dan amalan berpantang secara "C-Sect"... Hu hu hu, tengah gali ilmu sebanyak yang mungkin ni... 

Berpantang selepas pembedahan "C-Sect" agak berbeza daripada berpantang selepas bersalin normal. Sesetengah amalan ketika pantang yang dilakukan wanita yang bersalin normal mungkin tidak sesuai oleh wanita yang bersalin melalui pembedahan. 

Dari satu sumber di SINI

Kelahiran secara "c-sect" sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun bentuk tulang kajang yang sempit dan sukar memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara normal.

Ada juga ibu2 hamil yang membuat piliha bersalin secara "c-sect" kerana mahu mengelakkan rasa sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar... Ada lagi... menurut apa yang saya tau lah kan disebabkan Plasenta Previa ... 

Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara "c-sect" tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka2 pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka2 itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu2 yang bersalin secara normal.

Ibu yang bersalin secara "c-sect" perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang2nya 50 hari. Petua2 ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesanannya telah terbukit. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujug anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata2 telah terbukti bahawa ibu2 pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!!! Wah gitewww... 

PENJAGAAN DAN RAWATAN LUARAN
Mereka yang bersalin secara "c-sect" lebih mudah mengalami pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tumbuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun banyak melakukan senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas2 sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.

Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada benta urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin "c-sect' perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagaiman ibu bersalin normal.

PANDUAN CUCIAN BAHAGIAN SULIT
Ibu bersalin secara "c-sect" perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu2 yang melahirkan secara normal. Ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu2 tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu2 faraj. 

PANDUAN RAWATAN TUAMAN BATU ATAU BESI
Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik2nya tuaman dilakukan 2 kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat. 

PANDUAN MANDIAN
Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur sepertimana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun2 yang mudah didapati pada masa kini.

PANDUAN BERBARUT ATAU BERBENGKUNG
Ibu dalam pantang bersalin secara "c-sect" perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga menggunakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.

Mula2 sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama 2 minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan. 

Selepas ini selama 2 minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas 4 minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. Pakai barut itu selama 2 minggu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari. 

Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin "c-sect" akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.

Tanpa rawatan ini, ibu2 bersalin secara "c-sect" mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan debngan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian. 

Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda2 penyakit dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peradaripnak, ari2 dan celah peha.

*Masih ada beberapa perkara yang kurang jelas lagi ni daripada apa yang dibaca... dan masih mencari2 lagi maklumat tambahan... Akak2 atau adik2 yang pernah mengalami proses bersalin secara "c-sect" mungkin boleh kongsikan bersama macam mana cara2nya berpantang bagi bersalin secara "c-sect" secara ringkas??? Sama2 kita berkongsi ilmu pengetahuan kan??? ^_^

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. byk tgk pengalam org pas bersalin samaada secara normal or pembedahan. ada kelebihan ada jgk kekurangan antara dua tue ... tp buat diri sdr belum ada pengalam lg. hehehh terima kasih share ^^

    ReplyDelete
  2. banyak pulak kekdahnya yerk farah..tak lama lagi ni kan farah...lama tak jenguk farah kat sini..tak sabar nak tengok junior...boleh geng ngan bby broframestone...heheh

    ReplyDelete
  3. pengalaman akak semua bersalin secara pembedahan...

    ReplyDelete
  4. ok juga ada entri macam nie..kita pun boleh belajar.sapa taw t kita ada rezeki kan lepas kawin ;)

    ReplyDelete
  5. yg sulung sy bersalin czer.dh lebih 12jam tp bukaan 6cm jgk.doc amek keputusan utk operate.masa operate pon ada prob.Doc kata dagu baby tersangkut (tak sure sgkut cmna sbb tak ingt nk tny doc cerita masa tgh mamai.doc kata,dagu sgkut tu sbb bukaan tak capai 10cm tu).Dah operate,baring 14jam atas katil..dh boleh bgun,jalan pon slow2...tapi xlak rasa sakit mcm yg org lain kata.pantang kt rumah,tak pon betoi sbb malas (jgn tiru)tak buat dh utk anak kedua ni insyaAllah.hehehehe...tak bertungku pon.tpi mengurut buat jugak(tp bidan yg mmg dh pndi bab urut org operate ni).bab makan,lepas hbis pantang pon stil kena jaga.selain sbb bf anak,tp kita jugak.sy kena bentan sejuk satu badan smpi nak kena sawan tarik la sbb sejuk sgt.lepas 2 jam baru OK...itu dah lepas tempoh pantang tu..makan tak samapi seketul pon pau kacang merah.dah serik dah.utk luka kering cpt,sy sapu ngn manjakani.tak digalakkan minum pati haruan.penah baca kat mana tah,tak elok..try gugel.Ok la..panajng menjela.elok buat entry drpd komen kan?hahahahha..

    ReplyDelete
  6. Czer plak....x kisah la dik..janji baby selamat...

    ReplyDelete
  7. Actually, sawan sejuk atau orang melayu kata bentan adalah simptom kekurangan kalsium dalam badan. Pantang orang-orang melayu yang tidak benarkan ibu minum susu dan makan telur atau makanan berkhasiat yang lain banyak menyumbang pada kelemahan sistem badan siibu. Akak dua kali c-sect. Anak kedua dan ke tiga. Yg ke dua tu, extended breech, yg ketiga tu bukak 4cm je, air ketuban dah abis. Akak ada buat entry pasal pengalaman bersalin ceaser ni dulu.

    ReplyDelete
  8. Bagus info ni bagi orang yang belum berpengalaman macam Mieza ni.. Boleh buat rujukan.. Thanks Farah.. =)
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
  9. info berguna untuk jua kutip segala ilmu seperti ini..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. @memmetlenggeng yaka kak..seriknya sy sbb sejuk sgt..sakit badan n kaki masa kena tu...serik sgt..ingatkan sbb mkn pau tu..sy kena sejuk 1 bdn smpi nk krem 1 bdn..serik..serik..

    ReplyDelete
  11. pengalaman jg kakak dan adik, dorg pernah deliver normal dan czer.. seeloknyer normal.. apepun , bahagian masing2.. ada yg mudah dan ada yg susah.. hp u deliver , u n baby sihat yer dear

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !