![]() |
Source Extracted from Google |
Home »
bubbly
,
crappy
,
craving
,
emotions
,
experiences
,
expressions
,
feelings
,
food
,
me
,
memories
,
thoughts
,
throwback
» Aiskrim Malaysia - Homemade IceLolly!!!
Aiskrim Malaysia - Homemade IceLolly!!!
"It's throwback time peeps!!!" ^_^... Rasanya ramai di antara kita yang pernah makan aiskrim ni kan??? Aiskrim Malaysia... Masih terbayang2 bagaimana kenikmatan memegang aiskrim yang sejuk itu, kenikmatan menggigit hujung plastik sebelum dapat menikmati aiskrim itu, dan sedutan pertama air yang sejuk dari plastik yang telah digigit itu... ahaksss "over" sudah... la la la...tapi betullah, itulah pengalaman dan rasanya makan aiskrim ni... setuju tak setuju tak pada yang suka makan aiskrim ni???
Adik2 zaman sekarang pernah jumpa ke??? Tanya dulu sebab tak pasti sama ada masih ada yang menjual atau tidak... dan budak2 zaman sekarang pernah jumpa ke tidak...maklumlah zaman berubah...kalau ada "parents" yang "homemade" tu "might be" diaorang kenal lah kan??? Masih teringat lagi ada pelbagai "flavor" aiskrim Malaysia ni... dari asam boi kepada milo kepada oren kepada sirap kepada anggur kepada jagung dan macam macam lagilah... "yummylicious"... dan bagi saya selalunya beli atas bas sekolah jerlah waktu balik sekolah... menikmati aiskrim sepanjang perjalanan pulang... dan juga di rumah bila mama memang rajin tolong buatkan... ^_^
"Yummylicious" dan kenangan waktu kecil yang tak mungkin dapat dilupakan... terlewat pula nak buat sendiri aiskrim Malaysia ni kan??? Ahaks, dah nak bersalin dah, tak sempat dah... jadinya lupakan sajalah niatnya nak merasa.... la la la la...
*Ooopsss...salam pagi Isnin "peeps"... selamat bekerja, selamat belajar dan selamat menunaikan tanggungjawab serta kewajipan2 yang penting yer "uols"... Ingat tanggungjawab jangan sekali2 diabaikan...
Terimakasih telah membaca artikel Aiskrim Malaysia - Homemade IceLolly!!!. Jangan lupa share ya
Share
26 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SELAMAT HARI JADI FARAH :)
ReplyDeleteooooo teringat zaman sekolah dulu
blk sekolah mesti beli
pastu pegang ice cream batang tu dgn lapik tuala kecik :)
serius...dah lama tak makan ice cream Malaysia
ReplyDeletewaa.. sedapnya... nak buat gak... huhu...
ReplyDeletesuka makan aiskrim ni smpai skrg :)
ReplyDeletewei dulu seposen je kan eskrem ni.now dh 30sen.pas tu xsedap.buat sendiri lah best! aku mmg suka!
ReplyDelete..kalau kt sekolah ade hari jualan, ais krim ni mst terselit sama..tp harga nya x mcm dlu la..20 sen @ 30 sen..dlu2 10 je kn..
ReplyDeleteWa!!!!..terliur tgk..sy suka flavor milo...skrg susah nk cari..kedai kat kg ade lg kot..kiki
ReplyDelete@zarena heeney
ReplyDeletethanks Ena for the wish, ha ah, betullah Ena, bila makan aiskrim ni sebab sejuk mesti lapik ngan handkerchief sebabnya sejukkkkk....
@Sukma Haron
ReplyDeletesaya pun dah lama kak tak makan ais krim Malaysia ni...
@Maria Firdz
ReplyDeleteala kalau Maria buat akak tak boleh makan dah, sebab dalam pantang kan? hu hu hu, tak pe tak pe, enjoy your ice cream, makankan untuk akak ek?
@vendettatraveller
ReplyDeletememang legend kan ais krim ni?
@Cik Puan Rara
ReplyDeleteoh sekarang dah 30 sen ek? tak tau pula harganya... hik hik hik..
@Zira Aziz
ReplyDeletetentang harga tu tak berapa nak pastilah... he he he... tapi memang dulu 10 sen...
@thisni3zahata
ReplyDeletesaya rasa kat kedai kampung mesti ada lagi... he he he...flavor milo tu layan juga...
Selalu buat utk dania.....dia suka je....kalau boleh apa je akak nk inform dia....nak dia tau..takut nanti lupus ditelan zaman..
ReplyDeletewah rajinnya kak long buatkan untuk dania... untung dania ada mama yang rajin...
Deletehahha mmg nostalgia sgt.. u kata beli askrem ni kat atas bas sekolah terus I tergelak.. I pun dulu mcm tu.. makcik conductor bas selalu yg jual harga sebatang seposen lepas tu naik doposen plak hahahhaha.. ohhh I miss that moment :))
ReplyDeletebila fikir2 balik memang rindu moment tu...
DeleteKegemaran dulu ni..tambah perasa milo..mmg duk gonggong je la kat mulut.hehe
ReplyDeletesuka perisa oren!!
Deleteselamat hari lahir farah
ReplyDeleteciksu doakan smoga farah dipanjangkan umur dan dimurakan rezeki.aamiin
In Shaa Allah... amin thank you Cik Su...
DeleteBaru buat hari tu .... anak anak yg buat. Ada lagi dlm esbok tu
ReplyDeletenak sikit okje? boleh tak???
DeleteOh, sdapnya aiskrim malaysia...sekarang dan 40 sen harganya farah
ReplyDelete40 sen??? mahalnya...
Delete