Air Minuman Berkarbonat SUDI

Farah Waheda Wahid
58
Source Extracted from Google
Siapa yang pernah nampak??? dan siapa yang pernah minum air minuman berkarbonat SUDI ni??? Air ni adalah salah satu air yang saya suka minum masa kecil2 dulu... ^_^ Paling suka perisa Oren "uols"... Ke memang ada antara "uols" yang memang tak tau langsung kewujudan air ni dan tak pernah dengar langsung...Adehhh, terasa macam "old skool" dan kekertuan pula akak...muahahahaha.... 

Kalau tengok gambar kat atas ni, memang dah boleh agak kan? Jenama air ni sempena nama siapa??? Meh "story" sikit untuk kongsi pada yang tak pernah tau dan "refresh" memori sikit tentang sejarah air ni pada siapa2 yang pernah minum tu ataupun tau tentang kewujudan air ni.... 

Allahyarham Dato' Sudirman Hj. Arshad pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan modal kira2 RM 3 juta, yang mengeluarkan minuman tin berkarbornat jenama SUDI. Kejayaannya dalam memasarkan SUDI telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. Minuman SUDI yang terkenal telah mengambil 5% pasaran minuman karbonat dalam masa 6 bulan beroperasi (dengan bantuan majalah perniagaan dan program TV dari Australia ke Hong Kong mengiklankan minuman SUDI).

Atas inisiatifnya juga, beliau telah membuka SUDI Shoppe di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular dan "merchandising" keluaran dirinya, termasuk cermin mata hitam yang fleksibel.

Syarikatnya merancang untuk mengeluarkan SUDI Rasa - iaitu makanan dalam tin seperti sardin, santan kelapa, buah2an, koktel dan mee segera. Dilaporkan ada juga rancangan untuk  minyak masak, sos tomato dan sos cili istimewa. Beliau dikatakan memiliki restoran yang dinamakan Restoran Selera SUDI terletak berhampiran pejabat urusannya, Sudirman Productions di Taman Sri Hartamas.

Malangnya setelah Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad jatuh sakit, perniagaannya- Sudirman Productions dan SUDI Sdn Bhd telah ditutup pada September 1991. 

Sumber: SINI

*Tak taulah pendapat orang lain kan??? Tapi sekali sekala tekak ni teringin juga nak minum air ni kembali, tapi apakan daya tak ada dikeluarkan lagi dah.... layan jugalah minum air ni... 

Post a Comment

58Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Salam blogging farah ... aaaah kan dulu top gak air ni masa Allahyarham tengah popular - Al-fatihah .

    ReplyDelete
  2. tak pernah tgk.. huhu... 1st time tgk nih..

    ReplyDelete
  3. Pnh bli dan rasa air ni..lama sgt dah rasanya.. :)

    ReplyDelete
  4. mun xpernah tahu plak..hehehe..ni first time dengar ni..

    ReplyDelete
  5. sayang kan bisness sudi tu tutup..

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah dengar dan tak pernah minum pun air ni,huhu...macam mana rasa dia akak? sedap ke? hehe :)

    oh...produk keluaran allahyarham dato' sudirman haji arshad rupanya...baru tau..tq share,akak! :D

    ReplyDelete
  7. tak sempat nak rasa,tak lahir lagi masa tu..huhuu

    ReplyDelete
  8. alamak, tak sempat nak merasa lah air ni. kecik lagi masa tu :)

    ReplyDelete
  9. salam farah yg gojes..
    aduhai.. cikda bukan saja pernah minum tapi pernah jual air SUDI nih..
    yelah..sedih kan bila ingat zaman kegemilangan arwah. moga rphnya damai di sana.. aminn

    ReplyDelete
  10. tak sempat rasa sbb sally belum lahir..

    ReplyDelete
  11. oohhh kenit baru tau ni sis. Tak pernah pulak kenit jumpa air tin SUDI Rasa ni tahun 90an dulu.

    ReplyDelete
  12. of course pernah melalui zaman air tin sudi nie...kan bagus kalau sekarang nie ada lagi kan....

    ReplyDelete
  13. wahh tak penah tau..yela zmn ni pun sy kecik lg..memang tak penah rs la..huhu
    *tin tu unikkk..:P

    ReplyDelete
  14. Belum pernah tahu pun kewujudan air ni ._. sudi tu sudirman ke?

    ReplyDelete
  15. saya membesar dengan penyanyi ni . dia juga ada anak angakt lelaki berbangsa india . Selepas bercerai , hidupnya jadi tak teratur hingga beliau jatuh sakit ... semoga allah mencucuri rahmat ke atasnya ... aaamin .

    ReplyDelete
  16. xpernah thu pasal air nie farah..:)

    ReplyDelete
  17. tak pernah tau pon kewujudan brand ni. good info sis.

    ReplyDelete
  18. adehhh.. 1st time dengar dan tengok gambar ni kak oii.. =P

    ReplyDelete
  19. fae x tau kewujudan minuman ne. plus fae x suka minum carbonated drink.

    ReplyDelete
  20. pernha minum dulu
    tapi dah tak ingat rasnya mcm mana

    ReplyDelete
  21. x pernah rasa...tapi tahu keujudan SUDI...AL-FATIHAH

    ReplyDelete
  22. dulu minuman ni sngt popular..sayang ianya lenyap begitu saja,tanpa diambil alih oleh warisnya

    ReplyDelete
  23. @Maria Firdz

    ye ke maria baru first time tengok, sekarang dah tau kan? *_^

    ReplyDelete
  24. @el

    ha ah kak sebab bisnes ni rasanya ada potensi untuk berkembang lagi...

    ReplyDelete
  25. @mirza syazwina

    ha kalau tak sempat nak rasa tu maknanya belum lahir lagi lah tu...hik hik hik..terasa kekertuan akak...

    ReplyDelete
  26. @julia jamaludin

    yelah budak kecik tak elok minum air gas...he he he...

    ReplyDelete
  27. @Cikda

    ye ke pernah jual? laris kan minuman ni dulu...

    ReplyDelete
  28. @Kisah Si Dairy

    bangga kan kak dengan buatan dan keluaran malaysia...

    ReplyDelete
  29. @Mime MF

    tin tu unik sebab gambar pengusahanya yang dikenali ramai...

    ReplyDelete
  30. @husna zahidi

    he he he...ye akak tau husna muda remaja lagi, akak dah zaman belia akhir zaman...wakakaka...

    ReplyDelete
  31. @Nurfaezah Abdullah

    akak dah lama dah fae tak minum carbonated drink...good, tak elok sebenarnya carbonated drink ni kalau diamalkan...

    ReplyDelete
  32. @zarena heeney

    orang baya2 kita mesti pernah minum kalau tak sekali pun kan ena...

    ReplyDelete
  33. @Kak Tie

    mungkin tiada yang berkemampuan kak tie pada waktu dan ketika itu untuk ambil alih...

    ReplyDelete
  34. kisah air SUDI ....20 tahun lepas pernah minum masa kat Puduraya...sayang dah terkubur bisnes SUDI....kalau tak sure popular.....

    ReplyDelete
  35. ala pertama kali tengok air nie :) ishhh macam cantik jer tin tu ,macam sedap jer air tu

    ReplyDelete
  36. x penah tgk .. 1st time tgk ni farah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni masa zaman2 farah kecik dulu... uhuks deqla kecik farah pun keciklah kannn??? he he he...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !