![]() |
Source Extracted from Google |
Wang Syiling Dan Batu...
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen... melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siapa yang mereka bina itu. Sebenarnya ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit dari aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Allah menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak" ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberi-Nya tanpa ucapan syukur malahan gebang sedunia lagi.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Untuk renungan kita bersama....
Terimakasih telah membaca artikel Wang Syiling Dan Batu.... Jangan lupa share ya
Share
40 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
betul tu..tq ats perkongsian :)
ReplyDeletesgt2 meninggalkan kesan citer ni, tq berkongsi yer
ReplyDeletemanusia mudah alpa dengan kesenangan..sehingga lupa siap yang memberi kesenangan itu ..nice sharing kak :)
ReplyDeleteNice one.. Menyentuh hati :")
ReplyDeletecerita yang sgt menyentuh hati. :)
ReplyDeleteNice sharing :) Baru semalam baca kat Fb :) hee
ReplyDeletehuhu....itula kan kak..jangan mudah leka dengan kesenangan yang kita dapat.terima kasih atas perkongsian..:)
ReplyDeletebetapa lalainya diri ini dalam mengingati Allah... cerita yang penuh dengan pengajaran yang sangat2 bermanfaat..
ReplyDeletesgt memberi kesedaran bila baca cerita nie...
ReplyDeletebetul tu semua...susah atau senang pun kita,jangan lupa untuk mendongak keatas mensyukuri nikmat yang Alllah berikan..
ReplyDeletep/s..semalam pi mana ek???cari tade...nk wassap enpon tarak..
nice sharing
ReplyDeletepernah dengar citer ini, kita kena selalu beringat dan kenal asal usul kita...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteperkongsian cerita yg menarik..
sbg peringatan utk kita spya jgn pernah sskali lupa daripada siapa nikmat yg kita dapat ni..
smoga kita tidak mjadi slh seorang hambaNYA yg tidak tahu bsyukur..
Akk pun baca gak td
ReplyDeletethanx untuk perkongsian ni kak Farah :)
ReplyDeleteterima kasih..perkongsian yang menyentuh hati supaya berhati dan tidak lupa Ilahi
ReplyDeletetadi hannis baca sekali lalu je hihi now dah faham.. yer la selalu time senang dah x ingt kan kat Dia ,,, memang cerita ni betul2 bg pengajaran kan...thanks akak
ReplyDeletenice sharing dik...semua memng betul..
ReplyDeletepengajaran yang berguna disebalik duit syiling yang nilainya kecil saja
ReplyDeleteNice sharing.., akk comment kt fb..trus nek wall n baca true fb smlm...
ReplyDelete@ika zulkefli
ReplyDeletesama-sama kita berkongsi perkara yang baik kan? ^_^
@Kesuma Angsana
ReplyDeletememang meninggalkan kesan kak... sama2 kita berkongsi perkara yang baik yer...
@Fizi Zaidi
ReplyDeletesupaya kita tak tergolong dalam manusia yang mudah alpa kan fizi... my pleasure dik...
@Vee Lea
ReplyDeletesis when i read this i also feel touch...
@Lieya Von Jay
ReplyDeletelieya memang menyentuh hati dan menyedarkan...
@Sally Yatiey
ReplyDeletethanks dearie sally...
@nanakimie
ReplyDeletebetul tu nana, semoga kita tak mudah terleka dan hanyut...
@Aben Mpun
ReplyDeleteadakalanya kita sendiri tak sedar kan... tapi masih ada ruang untuk kita memperbaiki kan?
@Lisa Ibnu Abas
ReplyDeletesaya pun rasa benda yang sama...
@Kisah Si Dairy
ReplyDeletesentiasalah ingat pada ALlah SWT...he he he...kak eda sorry hari ni baru nak jawab... ada mission memanjakan diri masa hilang tu...
@Normi Nieza
ReplyDeleteterima kasih cik nor...
@Sukma Haron
ReplyDeletebetul tu kak, farah setuju...
@Cik Yaya
ReplyDeletemarilah kita sama2 muhasabah diri dan beringat...
@Ibu Lala
ReplyDeletebagus intipati cerita ni kan kak?
@ros_reeza
ReplyDeletemy pleasure dear...
@Faizal Mohamad Twon Tawi
ReplyDeletesupaya kita sentiasa mengingati Allah SWT...
@nur hannis mohamad
ReplyDeletesama2lah kita beringat di waktu senang dan juga susah kan...
@Amanda Suria
ReplyDeletebenda yang baik sama2 kita share kan kak? untuk kita semua juga...
@Ainim Suju
ReplyDeleteyup betul tu ainim...
@Maria Firdz
ReplyDeletetulah tertarik tu yang komen terus dan share sini...