Throwback #6: Kisah Cik Moo Yang Terlepas & Ibadah Korban 2011

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Masih segar di ingatan Cik Puan Bubbly... 8 November 2011, "yawning..."...begitulah gayanya bila "first day" masuk kerja selepas 2,3 hari bercuti...macam biasa bila sampai "office" masuk ke kawasan "parking", duduk lepak sekejap di dalam kereta sebelum memanjat tangga naik ke tingkat 3 "office" saya yang lama iaitu di SYABAS, Petaling Jaya. 

Luar biasa sedikit pada hari tersebut sebab secara kebetulan ada majlis ibadah korban di "office". Semua sekali ada 5 ekor lembu. Jadi sampai2 ajer, memang ramailah "staff"2 yang dah "standby" untuk memulakan tugas di pagi hari kan???.... TAPIIII....

Tak adalah saya jangkakan seawal 8 pagi ek...he he he...Jadi, dalam termenung2 tu tiba2 saya terperasan ada kawan sekerja lelaki yang ketuk cermin kereta, saya pandang pada dia, ingat apalah...tiba2 dia tunjuk pada pagar dawai hijau tempat parking "office" saya tu...erks...pagar tu goyang2 tapi saya tak nampak apa bendanya... Saya jengketkan badan dari "seat driver" tu sikit dan ternampak... Cik Moo tengah menanduk2 pagar dawai hijau tu...Hu hu hu... Rupa2nya Cik Moo punya ikatan pada tempat yang abang2 ni tambat terlurut atau terbuka... Mungkin ikat tak berapa nak ketat kot??? 

Cik Moo tu agak agresif juga dan ganas... lepas Cik Moo menanduk2 pagar dawai hijau tu, Cik Moo tu lalu la kat tempat sempit depan kereta2 yang ada dalam barisan parking tu, termasuklah depan kereta saya. Cuak juga masa tu...Dalam hati "kalaulah dia menanduk kat kereta aku habislah...aduyaiii....". Dalam "time"2 tu dah terfikir dah "contigency plan or Emergency Response Plan (ERP)" iaitu kaki dah "standby" kat "brake" kereta, tangan dah "standby" nak masuk "gear reverse"...he he he...nak selamatkan kereta...memang cuak gila masa tu, yelah risau la kot2 kalau dia tanduk Baby Mia saya...Kesian nanti Baby Mia saya tercedera...Hu hu hu... Tak pun kalau ditanduknya cermin kereta??? Mau retak atau pecah cermin kereta dan saya sendiri mungkin tercedera... Jangan buat  hal wooo... 

Selepas beberapa minit Cik Moo bergelut serta mengelupur ibarat dia dah tau yang dia nak kena korban pagi tu, dia pun melarikan diri ke tempat lain yang mana agak jauh jugalah menurut cerita abang2 yang bertanggungjawab menyembelih Cik Moo tu... Dengar ceritanya sampai keluar dari pagar bangunan "office" kitaorang dan juga sampai ke bangunan kat belakang "office" dan juga kat sebelah "office"...jauh betul Cik Moo ber-"round" "uols"... Lepas Cik Moo tu dah hilang dari "parking" kereta tu, baru la saya keluar...bila keluar rupa2nya sahabat saya "my office colleague" yang juga merupakan BFF "colleague" pun rupanya ada kat kereta dia masa tu...rupa2nya sama2 cuak dan fikir pada kereta masing2... Baby Mia dan Taylor Swift... (nama kereta kitaoranglah tu...he he he....) 

Walau apa pun, Cik Moo berjaya juga ditangkap dan telah pun selamat dikorbankan...hu hu hu...itulah dia kejadian yang telah saya dan BFF "colleague experienced" pada 8 November 2011.... cuak sey...maunya tidak ye tak? 

Proses mengangkat Cik Moo yang terlepas lari di jalan besar berhampiran "office" pada waktu dan ketika itu... Masa ni Cik Moo dah lemah dah... 
Abang Wan... Tukang sembelih, tukang lapah dan salah seorang yang kejar Cik Moo di pagi2 hari dengan "Boot Phua Chu Kang" beliau... he he he... 
Daging2 yang telah disusun dan bersedia menunggu masa untuk dilapah...
Daging2 yang sedang dilapah dengan jayanya....
Upacara timbang menimbang dan juga "packaging"...dengan tulus, telus dan amanah ok? *_^ 
Selain dari aktiviti2 di atas ni, kami juga memasak beramai2 secara bergotong royong selepas selesai segala aktiviti2 yang dijadualkan dan menu pada waktu itu (masih ingat lagi ni..."of course"lah...suami "ai" salah seorang tukang masak yang berjaya pada waktu itu... ha ha ha...)... Sup tulang, rendang hati (masakan suami "ai" ok? "yummylicious"... #pujisuamisendiri - siapa lagi nak puji kan?), nasi putih, daging masak kicap dan air sirap.... Memang memenatkan tapi bila dah selesai semua dan tiba waktu makan, kitaorang duduk makan dan lepak beramai2... seronok!!! Rindu suasana dan tika di waktu itu... ^_^

Bila dah berpindah kerja ni, dah masuk ke "office" baru... dah tak ada lagi majlis ibadah korban macam ni... Itulah pengalaman dan juga memori ibadah korban yang pernah saya lalui sepanjang bekerja di tempat kerja lama... dan sepanjang bekerja di situ, 2 kali juga saya terlibat sebagai AJK majlis ibadah korban... ^_^... "memories are sweet and that's why we have something that we call throwback" kan??? 

*Untuk tahun 2013 ini, suami masih menjadi AJK majlis ibadah korban sebagai ahli dapur a.k.a. tukang masak... dah 3 tahun berturut2 tu...ekekekeke... cuma bezanya, isteri dah berpindah ke tempat kerja lain... tiada lagi kelibat isteri dalam majlis ibadah korban... tapi kalau datang jadi tukang makan tak taulah kan??? Jemputan dari kawan2 kerja yang lama tu ada, tapiii...tengoklah kalau rajin nanti...dan juga kelapangan waktu pada waktu dan tika itu... ^_^ ... Kalau tak ada pun, bekerjasama masak di dapur bersama2 di rumah ajerlah di hujung minggu... wakakaka.... 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. salam aidil adha Farah..alhamdulillah syukur dah menunaikan ibadah qurban..

    ReplyDelete
  2. hihi sapa xsayang kereta kan..huu
    btw salam aidiladha :)

    ReplyDelete
  3. Isshhh, bleh plak terlepas eak ...

    ReplyDelete
  4. buat kerja sesama camtu memang seronok, sambil cakap, gurau sendakan, cuma jangan terlajak ke benda lain dah lah yea..;)

    ReplyDelete
  5. last kenit saksikan penyembelihan lembu masa raya aji tahun 1999. Pastu dah tak berapa nak tengok dah hehe. Tay2 daging lembu sampai depan pintu umah.

    Teringin jugak kenit nak tunjukkan pada anak2 suatu hari nanti . Camat aghi ghayer farah dear (^_^)

    ReplyDelete
  6. Teringat masa kami student dulu kena kejar dengan lembu masa buat amali..

    ReplyDelete
  7. hahaha... sure meriah.. haha.. best kot.. main kejar2 dengan cik mooo... hahaha

    ReplyDelete
  8. kalau akak pun ngeri...rasa nak tercabut jantung gamaknya,,tapi happening jugak ye farah...

    ReplyDelete
  9. seronok dengar pengalaman Farah yea....salam aidiladha.....

    ReplyDelete
  10. tapi mmg nasib baik betul tak langgar kereta..bahaya kot!

    ReplyDelete
  11. nasib die x "sodok" baby mia dgn taylor swift tu... hahaa xD

    ReplyDelete
  12. Huhu.. Scarynya.. Mieza takleh nak tengok lembu kena korban.. Tak sampai hati.. Lari jauh2.. Huhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !