![]() |
Source Extracted from Google |
Makin nak dekat ni, makin banyak pula cerita pasal "pregnancy" dan juga yang sewaktu dengannya... Nak buat macam mana kan??? Itu yang melintas depan mata dan dalam kotak pemikiran ni... ^_^ Layankan ajelah ek "uols"...
Ini bukan kali pertama bercerita tentang pantang kot??? Rasanya sebelum ni dah banyak juga bercerita, kalau nak senaraikan memang tak terlarat akak nak "copy link"...(bukan tak larat, masa yang tak larat)... Jadinya kalau "uols" nak baca...kalaulah...sila pergi ke kotak "search" dan taip sahaja "The Confinement Story"...pasti keluar senarai entri2 sebelum ni... (itulah gunanya kotak "search" pun ye tak? *_^)...
Mak2 dulu kalau berpantang memang banyak betul pantang larang dan peraturan yang kena ikut ye tak??? Hu hu hu, diri ini juga bakal menerima nasib yang sama In Shaa Allah dengan izin Allah SWT tak lama lagi... Berpeluh juga bila mengenangkan mama memang "strict" bab2 pantang ni... Inilah akibatnya bila ibu "uols" adalah anak kepada bekas bidan kampung.. memang banyak kot pantang larangnya... dan tata caranya...
Kalau ikut mak mak dulu punya tata cara berpantang...adalah terbaik sekiranya penjagaan diri dimulakan sebaik sahaja melahirkan anak pertama. Wanita yang tidak menjaga rapi tubuhnya selepas bersalin, diri sendiri juga yang rugi. Terutamanya semasa tempoh berpantang 44 hari kalau boleh elakkan keluar rumah seperti menonton wayang, membeli belah dan membuat perjalanan jauh. Kesannya hanya akan ketara selepas beberapa tahun seperti badan bisa2, lesu, perut selalu masuk angin, mudah lenguh, muka pucat, peranakan longgar, cepat berair dan berbau busuk ketika bersama (maafkan saya atas perkataan ini...hu hu hu), penglihatan terjejas dan paling teruk peranakan terkeluar dari tempatnya (tombong).
Para suami pula perlu bertolak ansur untuk memastikan kesihatan dalaman ibu benar2 pulih sebelum mencampuri isteri. Walaupun berhak bersama selepas nifas, dikatakan tetap bahaya kerana rahim dan peranakan isteri masih dalam proses penyembuhan. Walaupunnnn...dari segi fizikal kelihatan sihat, luka di dalam mengambil masa untuk benar2 sembuh.
Mak2 dulu menyenaraikan seumpama sebegini:
1. Jangan banyak minum, cuma 3 teguk sekali minum dan hanyalah air panas ("no ice at all"). Terlalu banyak minum air menyebabkan peranakan lambat bercantum rapat.
2. Kalau makan nasi, ambillah sekepal yang masih panas.
3. Amalkan minum air rebusan akar kayu, air rebusan halia dengan lada hitam ("sure" pedas ni...hu hu hu...), jamu bersalin; dan asah, tumbuh atau rebus biji manjakani dan diminum airnya. Biji manjakani untuk mencegah lelehan faraj sewaktu kehamilan akan datang. Mama cakap biji manjakani ni tersangatlah pahit adanya.
4. Dilarang keras minum minuman berais dan kacang soya.
5. Elakkan makan jambu batu, kekacang, nenas, sesetengah tumbuhan menjalar, nangka, labu dan nasi sejuk kerana menyejukkan badan. Jambu batu selalu dikaitkan dengan vitamin C iaitu bersifat sejuk. Lagipun makanan ini menyebabkan peranakan berair terlalu banyak semasa bersama suami.
6. Elakkan makanan yang gatal seperti makanan laut, telur dan ayam daging kerana khuatir luka dalaman bernanah.
7. Pemakanan yang digalakkan termasuk lada hitam, halia, sup, kunyit dan ikat yang boleh menghangat dan memberi tenaga.
Dah tu, sambung lagi...amalan semasa dalam hari...
1. Kaki tidak boleh dibuka luas dikhuatiri peranakan longgar. Duduk bersimpuh sememangnya mengetatkan otot faraj dalam jangka masa panjang untuk mewujudkan hubungan suami isteri yang lebih bermakna.
2. Sewaktu berbaring, jangan mengalihkan badan ke kiri dan kanan sesuka hati. Untuk menjaga rahim tetap pada kedudukan, tidur terlentang dan disendal bantal di kiri dan kanan.
3. Ibu dalam hari mudah masuk angin, jadi perlu pakai baju lengan panjang, rambut diikat tegang (bunjut), berstokin ketat, jangan mandi basah kepala manakala lubang telinga disumbat bawang putih. Ibu jari dilumur kunyit hidup. Amalan ini mengelakkan gila meroyan.
4. Jangan abaikan pemakaian anak baju sewaktu berpantang kerana dikhuatiri payudara yang bengkak dengan susu akan kendur dan jatuh. Tips mudah, gunakan "nursing bra".
5. Sapukan campuran kapur sirih dan perahan limau nipis pada perut. Kemudian, ikat ketat barut/bengkung panjang dari bawah payudara meliputi bawah punggung hingga pangkal peha. Bengkung dipakai selama 44 hari. Ramuan berfungsi untuk mengecutkan rahim, manakala bengkung mengempiskan kulit perut dan mengelakkan punggung melendur.
6. 2 minggu pertama elakkan mencangkung sewaktu membuang air dikhuatiri peranakan lenjan dan mudah terkeluar. Sebaliknya gunakan tandas duduk dan kaki dibuka sederhana luas.
7. Elakkan bergerak cergas ke sana ke mari (jejari cergas di "keyboard" tak per kot? he he he) dan elakkan mengangkat benda berat kerana boleh membentankan peranakan.
8. Air mandian yang baik biarlah air suam yang dicampur serai wangi, daun pandan, daun seringan, daun jambu batu, daun pisang batu dan daun lengkuas.
9. Selepas mandi sapukan pilis, iaitu memupuk kunyit di dahi dan pakailah bengkung.
10. Amalkan bertungku dengan tungku panas yang dibalut daun mengkudu. Bertungku memudahkan urutan sengkak dilakukan agar rahim mudah kembali pada tempat asal dan mengurangkan rasa sakit ketika urutan.
11. Amalan berurut seluruh badan dilakukan seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut2. Sebaiknya dilakukan selepas mandi dan bertungku.
12. Rebus bahan tangas seperti asam gelugur, garam jantan, daun sirih, daun inai, halia dan manjakani hingga mendidih. Angkat dan letakkan di bawah kaki agar asap panas naik ke vagina kira2 20 minit. Amalan ini boleh juga dibuat seperti sauna. Air yang telah sejuk boleh dibuat pencuci vagina. Amalan ini berfungsi untuk menyembuhkan luka dan jahitan, mengetatkan alat sulit, mengecutkan rahim serta otot2 yang kembang.
Tu dia...hamikkk... punyalah panjang senarai "uols"... berpeluh menaip, berpeluh membaca balik, berpeluh mengenangkan..wakakakaka... Semua orang ada cara masing2. Ikut yang tidak menimbulkan khurafat.
Pernah terbaca dulu di satu "post" di SINI yang mana Ratu Jazz Malaysia, Dato' Sheila Majid mengatakan tentang cara beliau berpantang...
"Ibu Kak Sheila paling disiplin tentang amalan ketika berpantang. Kalau nak tahu, masa berpantanglah ibu akan jaga Kak Sheila sesempurnanya. Memanglah bosan tapi kebanyakkan pantang larang itu sebenarnya memberi kesan yang baik kepada tubuh kita untuk jangka masa panjang. Ibu selalu pesan, kita bukan tahu berapa banyak urat kita yang terputus ketika bersalin? Mungkin selepas beranak, kita rasa dah ok tetapi apabila tua sikit nanti mulalah rasa sengal2 badan, angin sana-sini"
"Terlalu banyak yang 'dipaksa' ibu. Sebaik keluar dari hospital, naik sahaja ke bilik jangan haraplah nak turun ke mana2 dah. Stokin hanya dibuka ketika hendak mandi sahaja. Kalau nak panggil sesiapa, guna loceng, tidak dibenarkan menjerit. Tak boleh membaca. Kalau tidur di katil, kaki tidak boleh dibiarkan tergantung. Bengkung hanya dibuka ketika berurut sahaja, kemudian mesti diikat balik. Berparam, berpilis jangan cakaplah. Tetapi Alhamdulillah dengan amalan2 itu memang senang mahu kembali segar, sihat dan langsing."
Ikut masing2 kan? Sendiri yang tahu rasanya badan sendiri... ^_^... Yang mana dirasakan baik kita ikut, "again" yang agak2 khurafat tak payahlah gatal nak ikut...
Credit & Reference: HERE
Cmtu lah sy bwrpntg kak.. Tapi sy over sikit lah.. Berstokin tu lama sikit.. Bertungku pun lama...sbb mak kata.. Bdn kita nak pakai lama...kna la jga betul2... Tpi org skrg sy tgk dh x titik brt pun psl nih... Dlm pntg berjln sna sini dh. Mkn lagi lah kn.. Mmg x rasa apa skrg tpi umur dh meningkt carilah supplement mcm2...
ReplyDeletememang kalau nak cerita tentang berpantang, panjang lebar kan ceritanya.. hihi
ReplyDeleteKakak pyka pon berpntng mcm nie la . Tmbah mama pyka jga btol2 cos nie kali ptama kan kakak pyka berpntng .
ReplyDeleteai masih ikoot pantang my mom...memang elok...alhamdulillah sepanjang pantang tak berapa nak ada masalah kecuali terlanggar pantang padan muka badan sendiri tanggung seksa
ReplyDeleteTu la. Waktu berpantang kena jaga betul2. Tp skang ni ramai dh langgar pantang..lgpun seminggu bersalin dah nak kena bawak anak check jaundis kat spital. Huhu..
ReplyDeleteAssalamualaikum awak. wahh bagus entri ni. sheila takda pengalaman langsung. insyallah kalau ada rezeki untuk zuriat.. sheila bolehlah terjah entri ni balik. heehhee
ReplyDeleteselamat dpt baby la lepas ni.hehe
ReplyDeleteDah sampai pun ni..!
ReplyDeletengilu rasanya teringat semasa dalam pantang...akak bersalin caesarian, so ngilu sebab nak cover perut lagi, tak boleh batuk, tak boleh ketawa, senyum jer....hehe
ReplyDeletenak tau tak,dulu akak suka makan makanan orang berpantang sedap tau..nak2 ikan bilis yang ditumbuk dgn lada hitam...atau ikan bakar...wah..sedap...tapi kata orang2 tua,kalau badan nak cantik kenalah pantang betul2..so farah..make sure pantang ikut ckp mak ye...heheh
ReplyDeletewah...mmg byk disiplin kan
ReplyDeleteteringin nak merasa pengalaman sebegitu
good sharing..:)
ReplyDeletesemoga berjaya kaum hawa....dikau sungguh istimewa.
ReplyDeletewoah! byk nye pantang...eh, nnt akak pantang sape jaga..? :)
ReplyDeleteYang penting jangan lupa makan vitamin yang doktor bekalkan, minum ubat periuk, minum jamu, pakai pilis, pakai stokin dan jangan lupa berbengkung kalau tak nak membuak lepas habis hari nanti..hehehe.
ReplyDeletewah panjang senarainya..hihi..teringat pulak masa berpantang dulu..hihi
ReplyDeletemcam ginilah kenit kene dulu sis! seksaaaaaaaa weh hahaha. Mak kata nak sihat??? nak cantik tak?? kalau nak ikut apa mak cakap! hehe.
ReplyDeletedah 3 kali berpantang..kena pandai2 jaga diri kalau nak cantik dan sihat
ReplyDeleteMemang masa berpantang ni byk betul pantang larangnya. Tapi alhamdulillah ketika berpantang kedua-dua anak ( first normal and second C-sect) takda masalah langsung. Segalanya pun lancar saja :D
ReplyDeletesume tu tuk hari tua kita.. sbb akibat tak menjaga akan buat kita sakit bila umur meningkat
ReplyDeleteAda kawan2 sya yg amik org tuk jaga diaorg selamat berpntng..mahal jgk bayarnya..tp berbaloi..
ReplyDeletedulu hannis selalu tgk arwah ayah jaga mak , mak nangis sb kena pantang giler2 :) , then lepas 2 akak lak yang kn ... tapi betul la yang akak tulis 2 memang nak kn jaga dr anak yang first kan? hurmmm susah sikit kan tapi badan still maintain n sihat kan?
ReplyDeleteyer..nak badan cantik mase pantang mmg kena pantang betul2..
ReplyDeleteakak utk ketiga2 anak akak mmg pantang betul2..kalau nak pantang seperti yang farah senaraikan tu boleh guna set bersalin tropical herbs sebab set bersalin tu mmg cukup lengkap utk bengkung, mandian, pilis, param, sauna, air rebusan herba..hoho..agak memenatkan tapi hasilnya puas hati..kena ingat badan kita nak kena pakai lama..so kena jaga betul2 utk servis yang lama..hihi..:)
CiM 2x berpantang..... 60 hari tak mengelat semata2 nak jaga badan jgn smpi bolat
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian berpantang ni, memang benar mak-mak dulu dulu banyak pantang larang.. banyak juga makanan tidak boleh di sentuh, dan boleh akibatkan kekurangan nutrisi, mengamalkan makanan tambahan atau supplement sepanjang berpantang sangat penting untuk memastikan nutrisi yang berkurangan boleh di tambah sepanjang proses berpantang
ReplyDelete