Teman Setia Tandas???

Farah Waheda Wahid
21
Source Extracted from Google
Pada yang dah biasa mengalami tu, memang dah taulah kannn? Bila jadi "preggy mummy" ni, salah satu perkara yang akan ditempuhi atau dilalui adalah menjadi teman setia tandas... hu hu hu... Mungkin orang lain berbeza, tapi bagi saya, itulah yang saya tempuhi seawal trimester yang pertama dulu... Sebelum "preggy" dan juga selepas disahkan "preggy"... Sangat2 kerap ke tandas untuk membuang air kecil... Kadang2 tu rasa penat yang amat "uols" sebab asyik berulang alik ke tandas jer... Kalau boleh nak jer letak "workstation" tu kat sebelah tandas... Senang cerita... wakakakaka...^_^...Tapi tu semua kan pengalaman... betul tak??? Rugi kalau tak menghargai pengalaman itu...Bak kata suami, setiap wanita yang bergelar isteri dan bakal bergelar ibu pasti akan merasai fasa2 seperti itu dan ini...^_^...Bersyukurlah seadanya kan kerana diberi kesempatan untuk melalui pengalaman itu... Dan melalui pengalaman itu bolehlah kita berkongsi dengan kawan2 yang lain juga kan???

Kekerapan membuang air kecil bukan sahaja dialami oleh wanita hamil malah wanita yang tidak hamil juga. Bagi bakal ibu mereka akan berhadapan dengan kebiasaan membuang air kecil pada minggu ke-6 kehamilan hingga berakhirnya trimester pertama. Ada juga yang mengalaminya ketika kandungan memasuki usia ke 12 minggu ke 14 minggu. Kenapa ek?

Sebenarnya semasa hamil kandungan darah bakal ibu akan meningkat 2 liter lebih dari biasa. Tambahan darah ini digunakan untuk membina rahim. Ia juga berfungsi membantu organ tubuh untuk bekerja lebih kuat, menggalakkan pertumbuhan jaringan payudara dan gusi ibu serta mengangkut oksigen dan makanan ke janin. Peningkatan jumlah darah yang mendadak ini mengakibatkan cecair yang perlu ditapis ginjal dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk air kecil. Manakala peningkatan jumlah darah yang berlaku di bahagian pinggul menyebabkan kantung rahim menjadi penuh dan perlu dikosongkan sekerapnya.

Ginjal dan saluran air kencing membesar kerana peningkatan kadar hormon progesteron yang berlaku sebaik sahaja janin berada dalam kandungan. Begitu juga dengan ukuran rahim yang semakin membesar sehingga mendesak pundi kencing yang berada di bawah rahim. Akibatnya, daya menahan di bahagian pundi kencing menjadi berkurangan sehingga ia perlu kerap dikosongkan. Begitu juga dengan diabetes kehamilan yang berlaku sepanjang kehamilan juga menggalakkan wanita hami kerap membuang air kecil.

CARA MENGATASI???
1.Kurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing misalnya minuman berkafein, kopi, teh mahupun air berkarbonat.

2.Banyakkan minum air di siang hari dan kurangkan pengambilannya pada sebelah malam. Pastikan jumlah air yang diambil mencukupi. Sekiran "uols" perlu berulang ke tandas, ia hanya akan dilakukan di siang hari dan bukannya pada sebelah malam sehingga mengganggu tidur "uols". Pastikan pundi kencing "uols" benar2 kosong setiap kali membuang air kecil.

3. Pastikan "uols" membuang air kecil sebelum pergi atau pulang dari tempat kerja agar "uols" tidak perlu bersusah payah mencari tandas ketika dalam perjalanan pergi dan balik.

4. Berhati2 sewaktu membuang air kecil. Sekiranya "uols" merasakan seakan terbakar pada alat sulit, ia merupakan tanda berlakunya jangkitan kuman pada saluran pundi kencing yang kerap berlaku kepada wanita hamil. Segera dapatkan nasihat daripada doktor jika mengalami masalah sedemikian. 

SUMBER DAN RUJUKAN: SINI

*Setiap wanita pasti merasai pengalaman sebegini, sama ada cepat atau lewat hanya Allah SWT yang tau bila masanya kan??? Jadi bila diberi peluang, hargai peluang itu... dan sekiranya masih belum berpeluang, banyakkan berdoa dan jangan pernah berhenti berusaha...In Shaa Allah... Ada rezekinya nanti tu...   

Post a Comment

21Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang betul.. berdasarkan pengalaman kawan-kawan.. suka ayat farah yang last tu..
    Ros pun sentiasa berdoa moga Allah berikan rezeki untuk menjadi ibu kepada Ros..

    ReplyDelete
  2. teh yg tak dapat di pisahkn ..hehehe

    ReplyDelete
  3. rasa nak sambung saluran ke bilik air.....hihi

    ReplyDelete
  4. ar ar dulu masa buat part time ada juga akak2 yang 'preggy' cakap yang 'preggy mommy' kerap buang air... jadi memang betul la kan? hurmm kesian kesian kesian... sabar je la akak ... bukan lame pun kan ?

    ReplyDelete
  5. betul farah, betapa bertuah nya wanita dpt mengalami fasa2 tu masa mengandung... best! =)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum awak. bestkan lalui semua fasa ni... hehe. thanks sharing info berguna ni ♥

    ReplyDelete
  7. huhu even belum bernikah dan belum bergelar mummy peyot, ni satu ilmu yang berguna.. thanks kak fara for sharing :)

    ReplyDelete
  8. tq share yer kak farah. tips berguna

    ReplyDelete
  9. patut lah bos saya yg mengandung tu asyik2 pergi tandas. kalau buat kerja kat luar pun, mesti dia akan ke tandas. pelik saya.. baru tahu..

    ReplyDelete
  10. owh..
    shark tumpang baca..
    untuk rujukan kelak :)

    ReplyDelete
  11. perkara biasa lah waktu preggy ni, neway jaga diri yer

    ReplyDelete
  12. pengalaman yg sukar dicari kan Farah..
    kerap ke tandas mmg tu perkara biasa utk ibu preg...sllnya sy akn brcukur utk tjn kebersihan..

    ReplyDelete
  13. dulu sblm k.el preggy for ketiga2 anak k.el ni kan..xde pulak sllu pi jpa Mr. T..tp sejak dah beranak tiga ni mmg kerap p jpa Mr. T..mmg time preggy dulu kerap gilo kot buang air..smpi k.el marah2..baru je buang..xsmpai seminit nak buang lagi..penatttttttttlahhhhhhhhhhhhh hahahaha tu pun jd stress gak agagaga

    ReplyDelete
  14. yer..berdasarkan pengalaman anak tiga ni..mmg kerap nak buang air kencing time preggy..huhu..

    ReplyDelete
  15. saya pon dh merasai..smpai en suami geleng kepala..hihi

    ReplyDelete
  16. erkkkk.....alhamdulillah, takde masalah melawas

    ReplyDelete
  17. Kalau perut dah besar, memang kerjanya ke toilet ajelah kita nih..

    ReplyDelete
  18. tb pon kuat ke toilet adela sehari lebih 9-10x..hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !