Tanda-Tanda Bersalin

Farah Waheda Wahid
30
Source Extracted from Google
Ooopsss, jangan salah sangka dan jangan salah faham... saya belum nak bersalin lagi!!! Entri ini adalah sekadar perkongsian dari hasil pembacaan di beberapa laman web...  Masih ada beberapa minggu lagi untuk Cik Puan Bubbly...dan beberapa minggu tu pun agak lama lagi... ahakss... (lama tak lama lah...sempat sambut "birthday" dulu bulan November nanti... *_^).

Mengetahui tanda2 awal bersalin ni adalah penting untuk dititikberatkan. Dengan demikian, kita dapat melakukan persediaan bagi menghadapi proses kelahiran yang bakal berlangsung terutamanya selepas kehamilan melepasi 38 minggu. Nak nak lagi cam akak kannnn??? Tak pernah ada pengalaman... Walaubagaimanapun, perlu kita ketahui bahawa pengalaman sakit bersalin yang dialami nanti adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Ingat tu ek "uols"...tak semestinya sama...

8 TANDA2 AWAL BERSALIN

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil. Dalam masa yang sama, ia juga menjadi petanda awal kelahiran. Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang. Keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang. 

Sementara itu , bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami posisikan diri "uols" seperti merangkak, kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas. Lakukan sehingga kiraan lima. Ulangi cara yang sama untuk beberapa kali. Selain itu, "uols" juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan. Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami "uols" urut bahagian belakang semasa "uols" berbaring secara mengiring. 

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk "uols" bersalin. Kontraksi adalah rasa tegang pada perut malah kadang2 "uols" akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari2. 

Sekiranya sudah mengalami kontraksi, cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya. Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak masa yang konsisten. 

Jika kontraksi yang dialami berlaku setiap 5 minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan semakin kerap, segera bergegas ke hospital pilihan agar "uols" boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan. Perlu diingatkan bahawa Braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Braxton Hicks??? Nanti kita cerita ek... *_^. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama kelamaan akan hilang sendiri. 

Bloody Show
Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. 

Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks. Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi. Jika "uols" mengalami tanda sebegini, "uols" tidak perlu tergesa2 untuk ke hospital. Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum "uols" melalui proses kelahiran. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. 

Pecah Ketuban
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna. Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan.

Ramai wanita hamil yang keliur tentang perbezaan air ketuban dan air kencing. Untuk pengetahuan, air ketuban keluar tanpa "uols" mengalami rasa ingin membuang air kecil. Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. 

Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik2nya "uols" perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat2 akhir proses bersalin. Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban "uols" untuk mempercepatkan proses bersalin.

Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim "uols" akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan. Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1cm sehingga 10cm.

Perut Memulas
Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan, ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar. "Uols" dinasihatkan agar berhati2 dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas umpamanya.

Perut Turun
Perut "uols" akan kelihatan membuncit di bahagian bawah, manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong. Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar 2 minggu sebelum kelahiran.

Kerap Membuang Air Kecil
Apabila bayi sudah bergerak ke bawah, sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah, "uols" akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil.

Walaupun tanda2 yang dinyatakan ini merupakan petanda awal bersalin, namun "uols" tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyakit bayi kurang bergerak. Dikhuatiri bayi lemas dalam kandungan. Dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang2nya 10 kali. Jika secara tiba2 anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Kredit: HERE

Post a Comment

30Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. 4 org anak..2 normal,sorg kena induce dan sorg lagi akak mintak dibedah hehe...
    antara 3 cara tu..akak suka pembedahan..tak sakit apa pun...tp kat spital kerajaan..jgn pandai2 nak mintak bedah ke apa kalua takde masalah...

    ReplyDelete
  2. info menarik tp kdg2 xde tanda tiba2 nak kuar dah acaner hehehe.. moga dipermudahkan yer farah

    ReplyDelete
  3. wah guud info n make me more preparation even blom lg pn hehehe..tq kak farah comel ;)

    ReplyDelete
  4. Wah buat persediaan awal.. gud2.. semoga dipermudahkan nanti yer akak.. =D

    ReplyDelete
  5. info yang bagus untuk dikongsi farah...nak ke mana2 standy barangan si junior jugak ye..can't wait to see ur junior dik..

    ReplyDelete
  6. Walaupun lelaki..tapi informasi ni sngat penting.esok2 nanti jadi suami jugak..hahaha.. tq kak.. nice sharing...

    ReplyDelete
  7. nice sharing....rajin betul farah bt research utk n3. hehehe
    Semoga semuanya selamat =)

    ReplyDelete
  8. turn FW tak lama lagi,kan..jgn nebes..

    ReplyDelete
  9. mama anak fes, lewat 5 hari dari due, tanda darah keluar..

    anak kedua, on due! hihi, tanda darah juga.. sakit belakang start sehari sebelum nak bersalin, kontraksinya tak bape kuat, ... hihi

    setiap org pengalamannya berbeza-beza kak, harap semuanya dipermudahkan buat akak ye..

    ReplyDelete
  10. ingat akak nak bersalin dah tadi..heheee..kalo dah keluar tanda2 ni kena get ready jer la..

    ReplyDelete
  11. Ros ingat akak dah nak bersalin :)

    ReplyDelete
  12. nice info farah :) boleh lah share dengan PG ya :)

    ReplyDelete
  13. Masa anak first okje ada keluar darah...tp tak sakit pun.....

    ReplyDelete
  14. adehhh buat suspendek je sis ni hehehe. Ingatkan dah sampai masa sis :). Kenit pernah rasa sumerrrrrrr tu! Yang takleh tahan kontraksi la...mengucap tak henti tiap kali sakit tu datang.

    ReplyDelete
  15. sy ank sulg sakit kat bhgn atas ari2..mcm senak..ank second lgsg tak sakit pe2

    ReplyDelete
  16. panduan buat mereka yg berbadan dua..hehe..

    take care kak farah!! ;)

    ReplyDelete
  17. akak..nanti kita berperang sma2 ye..:)

    ReplyDelete
  18. Maklumat yang bagus..Semoga Farah bersalin dengan senang nanti

    ReplyDelete
  19. sarah air ketuban leak sikit ja. tanda lain semua takde.last, kena induce baru bukak jalan.hehe

    ReplyDelete
  20. pengalaman bersalin adalah menakjubkan....

    ReplyDelete
  21. Assalamamualaikum.. farah,

    bagus info nie buat mselim3...

    mselim3

    ReplyDelete
  22. sebulan jer lagi kan..x sabar tunggu baby ash kuar...apa pun..x sabar tunggu adik abih confinement...leh gether2 kan....

    ReplyDelete
  23. Dua anak tanda bersalin lendir berdarah, yang sorng pulak pecah ketuban....:D
    Tak sabar kan Farah tunggu saat2 tu, pengalaman berharga bagi seorang wanita...

    ReplyDelete
  24. nice info kak... moga slmat semuanya nnt ea kak...

    ReplyDelete
  25. info yg bess....mntak share ke bel0g ye

    ReplyDelete
  26. info yang menarik...tq for sharing

    jemput singgah n follow blog saya
    http://cheentaku2.blogspot.com/2014/09/set-ibu-hamilbersalin-menyusu-shaklee.html

    ReplyDelete
  27. Dok google tnda kelahiran trsrmpk plk dgn entry kak farah... trima kasih atas prkongsian ni kak...

    ReplyDelete
  28. Perkongsian yg bagus dan sgt berguna buat sy.. walaupun bakal melahirkan anak ketiga, namun nebes nya tetap ada..tq Farah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !