Suami Aku Ustaz???

Farah Waheda Wahid
27
Suami "ai" ustaz??? Eh taklah... (ayat propa!!!)... Suami saya bukan ustaz tau!!! Tapiiii...ini adalah novel yang sedang dalam tatapan sekarang ini selepas Jodoh Itu Milik Kita... Baru jer mula baca semalam dan sekarang ni masih di Bab 14... 

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang boleh dia buat?

"Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah."

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila 'TIDAK' bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. 

Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia? "Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk 'Kelab Peminat Ustaz Hafiz' sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula." Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

"Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well."

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Nak cerita lebih2 masih belum sampai setengah lagi novel ni dibaca...ekekeke... dan kalau dah baca pun takkanlah nak cerita keseluruhan kat Bubblynotes kan??? Nanti "I kill the thrill and fun" pula... Tapi yang dah baca tu mungkin boleh komen sama ada "worth it for readings or not"... Apapun, disebabkan novel ni diwar2kan akan ke layar perak... dan dah diberitahu siapa pelakon2 utamanya... Dalam membaca cuba membayangkan Adi Putra dan Nora Danish "uols"... Terbuai2 oleh "feelings" lah konon... Ahakss...

*Semakin banyak adaptasi novel ke layar perak kan??? Apa pun, "the positive side of it" sebenarnya dapat memupuk minat membaca di kalangan kita yang berminat nak tau kesudahan sesuatu cerita tu (bagi yang tak sabar2 macam akak...ekekekeke) dan juga sekaligus meningkatkan jualan novel2 sebegini yang diadaptasi ke layar perak di pasaran.... 

Post a Comment

27Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Dulu suka baca novel.. skrg ni dah malas nak baca.. tapi kalau sekali dah baca mmg layannnnn kan farah.. =)

    ReplyDelete
  2. bubbly...umi baca ni pun dah rasa cam nak g beli novel tu...dah lama kot tak baca novel ni, last ari tu baca novel love u mr arrogant hehehe....

    ReplyDelete
  3. rasa macam dah pernah baca novel nie...semua novel lama-lama akak dah hilang entah ke mana sejak berpindah dulu...

    ReplyDelete
  4. isteriku ustazah lak lepas ni.. hehe

    ReplyDelete
  5. ura-ura dengar akakn ade cerita ni pulak dkt tb..xpe kak farah bace nnti cite kt tb tau ;p
    heheeh

    ReplyDelete
  6. hurm hannis pun dulu kaki novel but now mcm malas tapi tgk mod la if baca hurm memang mengadap novel 2 jer hihi

    ReplyDelete
  7. Zai beli novel tu dan dah lame baca. erm bg zai novel ni best la kat awal2 n pertengahan..tp dh blkg2 tu mcm jd boring plk..hmm taktau lah myb zai je ke rase mcm tu. Tp overall oklah novel ni. Zai suggest akk baca plk novel Projek Memikat Suami & Kisah Naz&Khalish..dua2 dari penulis yg same..hehe. Dgr cerita projek memikat suami pn akn didramakn..wallahualam :)

    ReplyDelete
  8. belum ada lagi novel ni dalam koleksi...nana rasa kan kak,nana suka beli novel je..bacanya tak,hihi...dekat 10buah jugakla yang belum rasmi lagi..elok tersusun atas rak novel:)

    ReplyDelete
  9. @ZazaMyMoon

    rasa malas tu sekali sekala memang datang zaza, tapi memang betul kalau dah layan tu payah pula nak lepas... hu hu hu...

    ReplyDelete
  10. @Love Umi

    Umi, Love You Mr. Arrogant tu khatam 2 kali Farah baca tau...hu hu hu...

    ReplyDelete
  11. @Zamani Abe

    zam ni buat akak nak ketawa guling2 plak...mungkin juga ye tak?

    ReplyDelete
  12. @TelingaBulat

    ala tak suspen ler kalau cerita kat tb, biar tb tengok sendiri, baru thrill.. i dun wanna kill the fun dear...

    ReplyDelete
  13. @mama amir

    menarik juga dari permulaan cerita sampai bab 14 ni bila baca...

    ReplyDelete
  14. @zainatul abu bakar

    Projek Memikat Suami tu memang nak diadaptasikan kan...hari tu ada terbaca, pelakonnya pun comel jer...dan Kisah Naz & Khalish tu semalam ada ternampak kat kedai buku, tapi tak terambil pula... hu hu hu..

    ReplyDelete
  15. @nanakimie

    bagi akak pinjam baca lah nana kalau tak baca...ekekekeke...

    ReplyDelete
  16. Saya pun da baca novel ni.... seeonok jugak kan....

    ReplyDelete
  17. fae dah x baca novel lagi heheh

    ReplyDelete
  18. iman pon hari tu ada review novel ni

    ReplyDelete
  19. Akak dh ada novel ni...dh baca dh..not bad la..

    ReplyDelete
  20. anis kurang minat sikit kalau baca novel sebab bagi anis jln cerita hmpr sama. =p dan anis mmg malas nak bce tebal2 ni. tp novel yang ni mmg best sgt3. mampu buat anis tergelak sorg2. =>

    ReplyDelete
  21. baru tahu rajin jugak farah baca novel yea

    ReplyDelete
  22. dulu masa buat TESL kat UM kena study 8 novel per semester...tu utk 2 kertas literature...adoii....whatever i survived the ordeal.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !