![]() |
Source Extracted from Google |
"Diwali is just around the corner..." ^_^ dan hari ni nak cerita sedikit tentang sejarah perayaan Deepavali... "Just for general knowledge and leisure time reading"... Bukannya berniat apa2 pun... Ilmu pengetahuan, tak salah kan kalau kita tahu??? Sekurang2nya manalah tahu kalau2 ada yang bertanya kita pun tau jawapannya...^_^... Contohnya anak2...sebab kadang2 sifat ingin tahu mereka memang agak tinggi... Jadinya tak adalah kita terkial2 sangat bila mereka bertanya dan juga sekurang2nya dapatlah kita memberikan info yang betul dari mereka2 cerita dongeng ciptaan sendiri...ahakss... *_^
Deepavali adalah antara sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Deepavali bermaksud "sebarisan pelita". Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Deepavali juga lebih dikenali sebagai "pesta cahaya".
Perayaan Deepavali disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Masyarakat di selatan India meraikannya selama 3 hari berturut2 berbanding 5 hari di sebelah utara negara itu.
Terdapat 2 kisah yang menceritakan tentang kelahiran sambutan Hari Deepavali iaitu:
Kembalinya Dewa Rama ke Ayodhya
Sesetengah orang Hindu percaya bahawa perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama, iaitu Raja Ayodhya pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun. Rama pulang ke Ayodhya dengan isterinya Sita, dan adindanya Lakshamana selepas membunuh raja syaitan Ravana iaitu seorang yang jahat. Sepanjang perjalanan Dewa Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, penduduk yang tinggal di situ menyalakan pelita minyak sapi bagi menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana. Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Dewa Rama kembali ke tanah jajahannya.
Pembunuhan Narakasura
Menurut lagenda terdahulu, perayaaan Deepavali disambut pada hari di mana salah seorang dewa Hindu iaitu Dewa Krishna telah berjaya membunuh seekor syaitan durjana yang telah mencetus huru hara dan selalu memeras rakyatnya iaitu Raja Narakasura. Sebelum kematian Raja Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan cahaya berwarna warni. Raja Narakasura meminta semua manusia meraikan kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Dengan kata lain, untuk meraikan kejayaan, kebaikan perlu mengatasi kuasa kejahatan.
Begitulah kisahnya tentang sejarah perayaan Deepavali dan perlu diingatkan sekali lagi, entri ini sekadar berkongsi ilmu pengetahuan umum buat pengetahuan umum kita semua dan tiada niat untuk memesongkan mana2 pihak... (ahakss... "disclaimer" kena jelas sebab kadang2 ada juga orang yang tak jelas walau dah baca keseluruhan intipati entri... *_^)
"Reference and Credit: HERE"
suka bila tengok pakai sari cantik-cantik...thanks farah kongsi info nie..
ReplyDeletenice sharing...
ReplyDeletethanks dear share about this..slalu kte tau aje deepavali nih tp tak tau sjrhnye..
ReplyDeleteoh.. gitu ke kesahnya... kene lah faham dan respek bangsa dan agama lain... 1Malaysia..!
ReplyDeletejiran depan rumah dah cat rumah dah...gegak gempitalah raya nnt..haha
ReplyDelete@Kisah Si Dairy
ReplyDeletemy pleasure sis...
@Maria Firdz
ReplyDeletetiba tiba terfikir nak share pasal ni... ^_^
@Mimi Azirah
ReplyDeleteha ah, sekali sekala tau pasal sejarahnya menarik juga dear...
@cheq eem
ReplyDeletebetul kalau sekadar nak faham tak ada salahnya dan betul kita kena respek agama lain juga sebagaimana kita nak mereka respek agama kita... sama2 memahami...
@izan mama mia
ReplyDeleteyang sebelah rumah ni pula dah sibuk main mercun dah kak...
hehehe..semalam kembar saya gi shopping deepavali dgn kawan makmal dia kak. dia beli kain utk buat punjabi sut..hehe
ReplyDeletetapi masih lagi tertanya-tanya...deepavali 2hb ke 3hb ek..? :D
ReplyDelete@Ainim Suju
ReplyDeleteainim akak tak pernah tengok gambar ainim dengan kembar, postlah sekali akak nak tengok...
@Sally Samsaiman
ReplyDeletesally akak pun tak sure yang...ha ha ha...boleh tak?
panjang citernya, tapi akak suka maruku.....
ReplyDelete@Sukma Haron
ReplyDeletesaya pun suka maruku kak...he he he...
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.