Riadah Di Tasik Biru Kundang, Sg. Buloh

Farah Waheda Wahid
47

Petang Ahad yang lepas (punyalah dah lama cerita ni kannn??? dah nak basi dah... he he he... ^_^)... dari tak ada buat apa2 di rumah, kami telah menggerakkan diri ke Tasik Biru Kundang, Sg. Buloh... Minggu lepas aktiviti tak ada yang di luar kawasan sangat, semua dalam kawasan... *_^... 

Walaupun dah lama tinggal di Shah Alam 2, tapi sekali pun tak pernah menjejakkan kaki ke Tasik Biru Kundang Sg. Buloh... tapi selalulah dengar2 orang bercerita kan??? dan sememangnya tau kewujudan Tasik Biru, Kundang ni... Dikatakan tasik ini merupakan bekas lombong yang begitu popular bagi peminat "AIR" dan juga bagi penduduk di sekitarnya atau yang tahu dengan nama TASIK BIRU terutama pada hujung minggu atau hari cuti umum. Tasik ini berada di kawasan Kundang atau jika sebut Tasik Biru, Sg. Buloh pasti ramai yang tahu dan tasik ini dikelilingi oleh kawasan perumahan baru dan juga kampung. 

Kat sekeliling Tasik Biru Kundang, Sg.Buloh ni terdapat beberapa gerai penjaja yang aktif pada musim cuti ataupun hujung minggu. Permainan "jet ski" yang semakin popular selain dari aktiviti memancing serta mandi manda. Kadang2 pihak berkuasa seperti Bomba melakukan aktiviti di sini untuk menjalankan latihan. Tak ketinggalan juga beberapa pihak lain seperti pelajar uni dan juga individu2 lain. Cumanya untuk kaki pancing rasanya kena lupakan niat "uols" pada hujung minggu dan cuti umum disebabkan peminat "jet ski" akan menganggu keseronokan "uols" untuk melayan ikan yang diidam2kan melainkan "uols" tak kisah dan serahkan segalanya pada rezeki...he he he... ^_^


Seronok tengok air tasik yang berwarna biru tu... cuci mata sekejap... bila "jet ski" tak meluncur atas air tasik...tenang jer... buaya??? he he he... setakat ni belum dengar cerita lagi lah... Duduk berdua di tepi tasik, tengok keindahan alam ciptaan Allah... (erkss..silap bertiga...lupa pula nak kira junior dalam "tummy"...wakakaka)... ayat puitis sikit...rasanya mendamaikan...bukan selalu layan tasik macam ni... sentimental berdua sekejap... sekurang2nya tempat yang sesuai jugalah untuk sesi berbicara hati ke hati...ahaksss... sebab tak ada orang lain yang dengar kannnn??? (carilah "port" yang bersesuaian untuk berbincang)... terasa macam zaman2 "dating" 2 tahun lepas pula... Sekali sekali "refresh moments" berdua itu perlu... "relationship" kalau "stiff" saja pun "boring" juga "uols"....ekekeke.... Bak kata suami, cinta dan kasih sayang itu perlu dipupuk setiap hari biar bercambah dan menjadi semakin subur, mekar dan kuat...erkss...puitis ok? Tapi itulah ayat "copy paste" sebiji2 dari suami...he he he... 



*Tengok orang ber- "jet ski" macam seronok jer... Teringin juga nak mencuba atau merasa naik "jet ski" ni satu hari nanti...In Shaa Allah, dengan izin Allah kan? Siapa tahu? ^_^

Post a Comment

47Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. syoknya dapat beriadah macam ni.. tenangkan fikiran.. naik jet ski?.. Ros ni penakut air.. memang tak naik kot.. hikhik

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum farah. lama gila tak jejak sini padahal dekat dah dengan rumah.. hehehe

    ReplyDelete
  3. First time dengar Tasik Biru ni. Kalau datang empat beranak, agak-agaknya esklusif tak tempat ni? :D

    ReplyDelete
  4. ala...tak dapat nak tengok keek tu...rugi2...tenang kan bila berhadapan dengan tasik atau laut..

    ReplyDelete
  5. ingt ade gambar akak..nak tengok perot cumel tu..hihi

    ReplyDelete
  6. Tasik Biru Kundang..kampungku tu Farah! Cantik dan boleh tahan ramai nyawa yang diragut juga...dulu zaman akak kecik2 memang tak dibenarkan kesana..kerana kawasannya dalam memang airnya cantik....kini dah jadi tempat komersil untuk permainan jet ski, memancing dan beriadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..sis..nak tanya ada x rumah sewa area kuang,tasik biru? Kalu blh umah teres..bajet dlm rm 600 ke bwh..tq..jika ada please inform sy kemasukan bln 4/5 .. 0133302752..tq

      Delete
  7. tak pernah sampai sini..memang selalu dengar orang sebut..
    kat puchong pon ada jugak kak kalo nak berski..jommm try asian water sports village..selalu kat groupon ada promo tiket murah..hehe

    ReplyDelete
  8. oh ye baru dengar...walaupun tak jauh dari rumah..thanks.,.

    ReplyDelete
  9. dah lama tak beriadah.....jog pun dah jarang sgt

    ReplyDelete
  10. wahhh.. seronoknya.. nak riadah jugalah macam ni..

    ReplyDelete
  11. wahh..seronoknya..release semua tension kan farah..

    ReplyDelete
  12. dkt ngn area opis Fiza.. ader gerai char kueh tiow sedap kat sini...

    ReplyDelete
  13. akak selalu pergi cini..nnti kita jumpa yea farah..hehehehe

    ReplyDelete
  14. tak pernah dgr pun tasik kundang ni hee.. tapi canggeh laa ada jet ski gitu ;)

    ReplyDelete
  15. Sesekali beriadah camni, hilang sekejap stres dan tekanan kan Farah...:D

    ReplyDelete
  16. laaaa kakak kenit duk dekat area situ jugak...naper boleh tak perasan ye :D

    ReplyDelete
  17. @ros_reeza

    ros penakut air, Farah pula tak pandai berenang...he he he...acaner tu??? *_^

    ReplyDelete
  18. @Sheila Salim

    wah dekat dengan rumah Sheila ke? maknanya tak jauhlah kita yer... *_^

    ReplyDelete
  19. @Mummydearie

    tempat ni tak adalah seekslusif mana tapi untuk santai oklah kot?

    ReplyDelete
  20. @Kisah Si Dairy

    erks, kenapa tak boleh tengok keek tu kak eda? tapi tak apa, tak ada apa pun keek tu, cumanya gambar orang main jet ski jer...

    ReplyDelete
  21. @Puan Zaniff

    Eja, tak adalah Eja, sejak preggy ni banyak gambar dari kepala ke bahu jer... *_^

    ReplyDelete
  22. @RamRamCute

    oh kampung akak kat situ ek? ooo banyak ker dah meragut nyawa... yelah tasiknya pun dalam kan?

    ReplyDelete
  23. @Zee Suhaini

    Zee, dengan perut macam ni belum lagi lah kot...ekekeke... tunggu sok sok dah stable balik...

    ReplyDelete
  24. @Muhammad Khairuddin Lim

    oh awak tinggal di kawasan ni ke? la tak jauh rupanya...

    ReplyDelete
  25. @Salam Yahya

    saya pun lama juga, tapi tiba2 hari minggu hari tu, tergerak pula nak ke sana...

    ReplyDelete
  26. @Ena's Stories

    tak adalah semua Ena, tapi release jugalah... *_^

    ReplyDelete
  27. @Normi Nieza

    kalau personal point of view, boleh diperindahkan lagi ni Cik Nor...

    ReplyDelete
  28. @Hafiza AizZawa

    la dekat jer rupanya... tak jauhlah office Fiza rupanya... Fiza tinggal situ ke?

    ReplyDelete
  29. @Imani Iwani

    In Shaa Allah kak, mana tau kan satu hari nanti kita berjumpa kat situ...he he he...

    ReplyDelete
  30. Tak tau pulak tasik biru kundang ni tempat rekreasi rupanya. Pernah terjumpa dalam Google Map, ingatkan lombong tinggal biasa je. Boleh buat aktiviti rupanya yer.

    ReplyDelete
  31. terkejut k.el igtkan tgh buyung2 ni nak naik jet ski hahahahah sabor je lah

    ReplyDelete
  32. @Hanida Moss

    Sis, jet ski tu bukan sewa tau, tapi private own punya...

    ReplyDelete
  33. @Mia Kassim

    ha ah Mia, riadah tu penting juga sebenarnya...

    ReplyDelete
  34. Wah. Cntiknya.
    x pnh lak smp wpun sllu gak ke sg buloh... Blh try jenjalam nnt ni...

    ReplyDelete
  35. baru saya tahu ada tasik kat sg buloh ...

    ReplyDelete
  36. Nama tasik pun best kak..kalau pegilah best kan. teringin nak pergi satu hari nnt

    ReplyDelete
  37. tenang je kan tempat dia..best la Ai suka..kalo jet ski Ai biasa naik kat langkawi.best :)

    ReplyDelete
  38. sesekali lepaskan tension dan rehatkan minda...kat tasik nie ler yea Farah.....

    ReplyDelete
  39. wahhh..nie tempat shaila selalu lepak dengan family..^^

    ReplyDelete
  40. dekat la ek dgn tempat akak g mkn western tu..???

    ReplyDelete
  41. Wuu..cntiknya...best naik jet ski..melmbung2..haha..abes koyak seluar masa g naik jet skit kat btu feringgi dulu..hehe

    ReplyDelete
  42. Sebelah kawasan apartment saya je tasik biru ni. Kalau petang2 balik kerja umpama macam lalu tepi pantai plak. seronok hari-hari dapat tengok air.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !